KOTA BHARU – Padah berhati kering kerana sanggup mencuri RM2 duit tabung masjid, seorang penganggur dihukum penjara dua tahun oleh Mahkamah Majistret, di sini, semalam.
Malah, Mohd Hadi Hamzah, 36, dari Kampung Jerlus Melor, turut didenda RM5,000 atau perlu menjalani penjara tambahan selama tempoh enam bulan jika gagal bayar denda.
Tertuduh mengaku salah mencuri dua wang kertas RM1 milik Masjid Muhammadi Jalan Sultanah Zainab di sini, pada jam 9 malam, 24 September lalu.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej