Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, August 17, 2016

apa PAS mementingkan undang undang Islam sedangkan Rakyat masih memerlukan kebajikan ekonomi dan keluar dari Kemiskinan

Kekeliruan RUU355 #1

Soalan: Kenapa PAS mementingkan undang undang Islam sedangkan Rakyat masih memerlukan kebajikan ekonomi dan keluar dari Kemiskinan. Apa alasan PAS mendahulukan RUU daripada tindakan tindakan lain?

Jawapan:

PAS adalah harakah Islam yang menggunakan Politik untuk memuliakan ISLAM dan mengajak manusia selamat dan selesa dengan janji ALLAH bahawa Islam adalah Rahmat untuk seluruh Alam. Maka, tindakan PAS membawa usaha RUU 355 dan sebelumnya seperti pindaan undang undang Islam peringkat Negeri adalah mengikut apa yang dilakukan oleh Rasulullah SAW. PAS berpegang kepada laksanakan perintah ALLAH sepertimana Rasulullah laksana, maka selepas itu rahmat ALLAH datang bersama usaha usaha manusia yang mencari kebahagiaan anugerah ALLAH SWT.

Untuk Menjawab, kenapa PAS seolah olah dahulukan RUU berbanding ekonomi dan kebajikan? Hendaklah dilihat juga tindakan Nabi saw di awal Nabi Menjadi Pemimpin Umat Islam di Madinah.

Nabi Muhammad Saw berhijrah ke Madinah dan dilantik menjadi ketua bagi umat ISLAM yang telah menyatukan Aus dan Khazraj sebagai Ansar dan Kaum muhajirin quraisy dari Mekah pada tahun 622 masihi.

Apa Nabi buat setelah jadi Pemimpin Madinah? Kebiasaan orang menumpukan kepada Nabi membina Masjid, membuka pasar untuk orang beriman, tetapi lupa kepada satu proses PENTING iaitu Nabi mengumpul kesemua ketua kabilah dan pemimpin pemimpin kampong kecil yang ada di Madinah untuk mereka bersama sama bersetuju menandatangani satu perjanjian yang menjadi sebagai sebuah Perlembagaan Bertulis sempurna yang pertama iaitu Piagam Madinah. Nah, Piagam Madinah inilah, usaha pertama Nabi mendapat persetujuan secara demokrasi daripada semua ketua kaum di Yathrib ketika itu untuk bersetuju mengangkat Nabi sebagai Pemimpin dan Juga yang terpenting menyatakan persetujuan bahawa sekiranya berlaku masalah kehakiman dan keadilan, perkara tersebut akan dihukum berdasarkan wahyu Allah dan kebijaksanaan Rasulullah Saw ( yang kita kenali sebagai Sunnah).

Wujudnya Piagam Madinah pada tahun 622 masihi ini, atau seawal tahun pertama Hijrah ini, membolehkan Nabi melaksanakan hukum hukum Islam selepasnya. Pembahagian zakat, pembahagian ghanimah, fai dan kebijaksanaan kebijaksanaan politik lain untuk menguruskan keberkahann ekonomi dan kebajikan Negara Berdaulat Madinah yang dipimpin Nabi Muhammad SAW.

SEJARAH ini menjadi landasan awal kenapa PAS berusaha memuliakan syariat ISLAM melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat di Parlimen. Pindaan RUU 355 yang diajukan oleh Presiden PAS ini adalah lanjutan kepada usaha PAS memuliakan syariat ISLAM dengan melalui jalan demokrasi yang diterima sebagai cara muwajahah silmiyyah dalam dakwah ISLAM.

Soal kebajikan ekonomi, kemiskinan tetap menjadi agenda PAS. Namun, kesemua itu tidak menolak seawal Nabi melakukan piagam Madinah, Orang orang Madinah yang Islam rata ratanya adalah miskin dan tidak berharta. Namun, tetap sahaja Nabi mendapatkan Hak undang undang dan pengesahan berhukum dengan ISLAM secara demokrasi bagi menunjukkan Ia boleh dilakukan kepada kita di akhir zaman ini.

Maka, inilah jawapan kami kepada yang ragu ragu dengan tindakan PAS memperjuangkan pindaan RUU355. Jawapan kami adalah dari Sunnah Rasulullah SAW, kerana kami mahu mengikut jejak langkah Nabi SAW dalam berpolitik dan mencari kebajikan dan rahmat untuk rakyat.

FB Ahmad Hakimi Othman

https://www.pas.org.my/surat-pembaca/9230-kenapa-pas-mementingkan-undang-undang-islam

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej