Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, March 21, 2017

Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka ?


oleh : Rosmawati Zainal Abidin
https://www.facebook.com/profile.php…
.Apa sebenarnya yang dimahukan oleh mereka?
Mereka menyerang PAS tanpa letih. Mereka tegar memfitnah PAS. Hanya kerana PAS tidak mahu bersama dengan DAP. Mereka rasa DAP penting demi Putrajaya. Lalu mereka tergamak kutuk PAS kerana tegas dengan agenda Islamnya.
Mereka memusuhi kepimpinan ulama PAS. Mereka angkat pemimpin DAP sebagai lebih berakhlak, lebih dipercayai dan lebih bervisi. Mereka lawan, mereka balun, mereka maki. Mereka jadikan PAS musuh dan DAP kawan tanpa lagi melihat panduan hadis dan al-quran.
Sewajarnya 10 kenyataan atau peristiwa berikut menginsafkan mereka. Sampai bila mereka hendak keliru atau dikelirukan?
Pertama, Nga Kor Ming menghina umat Islam dengan menyamakan pemberian duit raya sama seperti rasuah atau dedak. Mereka diam.
Kedua, Jeff Ooi menghina kematian ulama tersohor TG Harun Din dengan ‘Adios Harun Din’. Mereka tak terasa apa-apa.
Ketiga, Nga Kor Ming menyindir pakaian purdah yang dipakai oleh sebahagian wanita Islam. Apabila Datuk Ahmad Darus mencadangkan pramugari memakai pakaian yang menutup aurat, pemimpn DAP kata pemimpin Melayu otak cacat. Mereka diam.
Keempat, Pemimpin DAP, P Ramasamy menggelar pendakwah terkenal antarabangsa Dr Zakir Naik sebagai ‘setan’, mereka diam.
Kelima, DAP pertikai kandungan khutbah Jumaat dan mengganggu urusan fatwa. Mereka diam juga.
Keenam, DAP mempersoalkan laungan azan dan bacaan ayat al-Quran melalui pembesar suara. Mereka buat lembu kenyang.
Ketujuh, DAP mempersoalkan larangan murtad dan mempersoalkan kewujudan JAKIM. Semuanya mereka diam.
Kelapan, DAP hina dan mempersenda hudud. Mereka diam.
Kesembilan, DAP separuh mati menentang RUU355, mereka kata RUU355 belum perlu. Maqasid syariah dengan DAP pula mereka berguru.
Kesepuluh, DAP menentang ustaz-ustazah dari Semenanjung dihantar ke Sarawak, mereka membisu.
Belum berkuasa di Putrajaya, DAP telah cuba memandulkan Islam. DAP adalah komponen Pakatan Harapan. Berpolitik untuk memenangkan PH bermakna berpolitik memenangkan DAP. Politik DAP adalah politik memandulkan Islam. Maka sesiapa umat Islam yang berpolitik untuk PH bermakna mereka berpolitik untuk memandulkan Islam – agama mereka. Tepuk dada tanya iman.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej