Alhamdulillah satu lagi tamparan hebat buat Siti Kassim, Husam Musa dan seluruh pimpinan PAN di Kelantan. Almarhum TGNA telah ingatkan berkali-kali isu masyarakat Orang Asal dan balak adalah serangan pramatang untuk menjatuhkan kerajaan pimpinan Ulama di Kelantan. Sekarang ini telah di buktikan pimpinan PAS bersih dari segala bentuk salah laku berkaitan isu balak oleh Jabatan Audit Negara.
Yang paling hebat dan membanggakan. Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan menduduki tangga pertama sebagai 'jabatan' yang paling cemerlang dengan markah sebanyak 99%!
Allahu Akbar!
Oleh Nazman Che Ibrahim:
*Tahniah diucapkan kepada Jabatan Perhutanan Negeri Kelantan atas kejayaan mendapat penarafan Cemerlang bagi Tahap Prestasi Pengurusan Kewangan Berdasarkan Indeks Akauntabiliti yang diadakan baru baru ini oleh Jabatan Audit Negara.*
Sebanyak 17 Jabatan ataupun Agensi Negeri telah dinilai dan mengagumkan *apabila 12 daripadanya berada pada tahap Cemerlang termasuklah Jabatan Perhutanan Negeri* manakala 5 lagi Agensi berada pada tahap yang baik. Dan ini secara jelas menggambarkan bahawa *hampir semua jabatan dan agensi kerajaan negeri sedang berfungsi pada prestasi yang baik dan tahap yang membanggakan semua*.
Sekaligus menolak dakwaan bahawa Kelantan di bawah PAS telah diperintah secara kampung dan tidak berintegriti. *Malahan penarafan cemerlang ini menjadi satu tanda aras kepada baiknya Negeri Kelantan di bawah pimpinan ulama*. Dan Jabatan Perhutanan Kelantan yang diserang hebat oleh parti serpihan PAS sejak setahun yang lalu, juga telah membuktikan bahawa jabatan serta pasukan mereka telah melakukan khidmat terbaik kepada rakyat negeri ini. Syabas diucapkan.
*Dan sebagai rekod serta catatan sejarah, Pejabat Menteri Besar dan Setiausaha Kerajaan Negeri menduduki tangga pertama sebagai 'jabatan' yang paling cemerlang dengan markah sebanyak 99% !*
Tahniah dan teruskan usaha baik ini demi rakyat!
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej