Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, May 29, 2017

Patutlah PAN tak ada pemilihan

Patutlah PAN tak ada pemilihan ...

https://web.facebook.com/aalam.aabidullah/posts/1365287333508424

Satu article yg amat menarik utk dibaca bagi mereka yg mahukan kefahaman ttg peristiwa yg berlaku keatas Ust Ahmad Awang dan kelicikan dap dalam mengkaldaikan PAS perak semasa pr memerintah perak dan Ust Ahmad Awang berjawatan pesuruhjaya PAS perak. Tak hairan lah mb nizar bg pajakan tanah 999 tahun kpd kroni dap..
*Kenapa Ahmad Awang “TERPULAU” ?*
Ahmad Awang, Penasihat parti AMANAH (PAN) dalam akhbar Sinar Harian berkata berkata, sehingga kini, terdapat 14 masjid yang telah melakukan sekatan berkenaan walaupun beliau telah berceramah atau memberi kuliah sejak 40 tahun lalu.
Dalam perenggan lain pada akhbar Sinar Harian yang sama dia berkata “Saya telah berdakwah dan berceramah di masjid itu sejak lebih 20 tahun. Namun selepas pengumuman saya hendak menentang Abdul Hadi, mereka terus tamatkan khidmat saya.
Nampak tak 20 dan 40?? lebai rasa ini maybe kesilapan teknikal.
25 Oktober 2009 Aduka Taruna yang pernah kena tangkap hina Sultan dan menyerang Presiden PAS selepas kuliah Jumaat di Rusila mengeluarkan artikel dalam blognya mencabar ahli PAS pro Hadi bunuh Ahmad Awang.
Ugutan itu diterima sejurus Ahmad Awang membuat pengumuman bertanding jawatan presiden PAS, lapor Sinar Harian.
“Selepas saya buat pengumuman itu, anak saya telah mendapat satu khidmat SMS yang mengugut untuk membunuh saya sekiranya kekal bertanding menentang Abdul Hadi,” katanya.
Ini bermakna pada sekitar Mei 2015 Ahmad Awang ada terima lagi ugutan bunuh. Mengikut logik akal lebai kehidupan Ahmad Awang bermula 2009 sangat bahaya dan terancam boleh dibunuh bila-bila masa. Tapi peliknya Ahmad Awang tak nak buat report polis bila ditanya wartawan. Mungkin sebagai seorang yang mendalami ilmu agama BERSERAH kepada ALLAH itu lebih aula.
Atau Ahmad Awang buka fitnah kepada pimpinan dan ahli PAS. Yang ini minta Islam tak ajar.
Itu belum lagi ugutan lain yang diterima oleh Ahmad Awang. Dia mengakui menerima beberapa ugutan lain tetapi enggan memanjang isu itu. Hal itu didedahkannya ketika mengulas sekatan di 14 masjid di Selangor kepada Malay Mail.
Ini juga bagi lebai adalah suatu kenyataan yang MEMBUKA FITNAH yang Islam tak ajar.
Penguasaan Masjid dan Surau
Lebai terfikir hebat juga PAS boleh menguasai masjid dan surau di Selangor dan Perak. Kata ramai yang masuk AMANAH (PAN), takkan tak ada ahli masjid atau surau yang boleh bawa Ahamad Awang berkualiah??
Ahmad Awang ni tinggal di Perak. Kalau di Perak masjidnya dikuasai UMNO. Habis dimana Ahmad Awang tak boleh mengajar? Di Markaz PAS?? Takkan engkau tu penasihat parti AMANAH (PAN) nak mengajar di Masjid atau Markaz PAS.... Lebai rasa orang bodoh pun boleh berfikir.
Isu ini ditimbulkan semula setelah 2 tahun berlalu untuk apa? Kalau Malaysiakini sudah pasti kita tahu mereka ada agenda anti Islam dan parti yang benar-benar nakkan Islam ialah PAS. Maka sudah pasti PAS menjadi sasaran persepsi buruk mereka.
Lebai berpendapat Ahmad Awang bukan di pulau tetapi "TERPULAU" oleh sikapnya sendiri selepas dia terjembak masuk dalam kumpulan yang mahu menjatuhkan Presiden PAS.
Mari kita mengkaji...
Ahmad Awang dan fitnah kepada pimpinan PAS
Oleh kerana ini cerita lama yang dibangkitkan semula demi untuk membuat persepsi buruk kepada PAS adalah lebih baik kita mengali semula cerita-cerita dalaman yang boleh kita berfikir bersama.
Lebai suka mengulas artikel Polis Pencen 20 Jun 2009.
Ahmad Awang pada tahun 2009 adalah Naib Presiden PAS. Semasa ucapan pengulangan Muktamar 2009 dia mendedahkan ada pemimpin tertinggi PAS yang menghubungi beliau untuk memikirkan semula keputusan yang dibuat oleh PAS Perak dan mencadangkan pergabungan dengan UMNO. Anda boleh dengar dengan teliti ucapan berkenaan.
Kenyataan Ahmad Awang yang menyebut ada pimpinan PAS yang menghubungi dia tanpa menyebut nama dalam sesi pengulungan muktamar PAS adalah satu FITNAH kepada PIMPINAN PAS yang juga rakan seperjuangannya.
Ini titik mula Ahmad Awang menyalahi agama.
Kenapa Awang tidak menyebut sahaja misalnya Dr. Haron Din, Timbalan Mursyidur Am pada masa itu mungkin lebih mudah ahli-ahli PAS mendapat maklumat balas daripada Dr. Haron Din kenapa dan mengapa dia berfikiran begitu.
Semasa 2009 banyak webblog mengulas perkara ini dan ingin identiti “Pengkhianat” ini didedahkan. Pelbagai tuduhan dan prasangka dalam pelbagai bentuk tulisan telah dilemparkan kepada pemimpin-pemimpin PAS yang tidak sehaluan.
Fitnah dan tuduhan tanpa bukti yang terlarang dalam Islam telah menjadi mainan mulut penulis-penulis perjuangan Islam.
Ramailah pimpinan PAS menjadi mangsa fitnah sedangkan yang menghubungi Ahmad Awang seorang sahaja kita pun tak tahu apa perbincangan tersebut. Sejauh mana katanya nak bergabung dengan UMNO itu nak dilaksanakan.
Nama-nama seperti Dr Hassan Ali, Mustafa Ali, Ustaz Nasharudin Mat Isa dan beberapa orang lagi menjadi mangsa dalam kenyataan Ahmad Awang secara umum ini. PAS bergolak dengan sikap tidak berhati-hati dan emosi Ahmad Awang dalam muktamar ke-55, 2009.
Dalam artikel berkenaan mengulas isu ini Polis Pencen telah membuat komen pada blog Ahmad Awang dan meminta dia membetulkan perkara ini kerana perkara menjadi fitnah sudah pasti akan dipersoalkan oleh Azzawajalla. Tapi Ahmad Awang tidak membalas komen tersebut.
Hubungan Abdul Hadi dengan Nik Abdul Aziz Sangat Baik, Tapi Ada yang jadi batu api
Lebai suka mengulas perkara ini berdasarkan tulisan-tulisan BatuApi@FireStone sekitar tahun 2010 yang ada kaitan dengan Ahmad Awang.
Tan Sri Harussani Zakaria ada mengulas mengenai usaha gabungan UMNO-PAS di Perak.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata;
"Saya telah berjumpa dengan Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan dan berbincang hampir dua jam, pada awalnya beliau tidak bersetuju tetapi akhirnya dia kata idea itu bagus tetapi tidak dapat memberi keputusan kerana ia bergantung kepada Presiden, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Mengikut maklumat yang lebai tahu Tan Sri Harussani Zakaria tanpa dipengaruhi sesiapa dia berfikir adalah lebih untuk Perak UMNO-PAS bergabung. Kebetulan pada masa itu PAS hanya berpakat dengan PKR dan DAP keluar daripada BARISAN ALTERNATIF. Sebenarnya tak wujud lagi PAKATAN RAKYAT. TS Harussani tak tahu pun Selangor boleh buat Pakatan PAS-PKR-DAP.
Dengan iniasitif sendiri dia memandu dalam keadaan hujan lebat untuk berjumpa dengan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat di Kelantan kerana dia tidak begitu rapat dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Presiden PAS.
Satu perkara yang lebai nak minta pembaca berfikir, pada masa itu TGNA tak rasa dirinya lebih daripada TGHH sebagai Presiden. Dia penasihat parti melalui Majlis Syura. Sebab itu dia menjawab yang boleh buat keputusan hanya Presiden.
Tan Sri Harussani Zakaria berkata
"Saya maklumkan bahawa tidak berapa rapat dengan Hadi, jadi jika cadangan itu baik saya minta beliau (Nik Aziz) maklumkan kepada Hadi. Semasa dalam perjalanan balik iaitu berada di Cameron Highlands, Hadi telah hubungi saya dan bersetuju dengan cadangan itu.
"Tetapi Hadi kata dia tidak boleh buat keputusan kerana ia bergantung pada negeri iaitu Pesuruhjaya Pas Negeri (Ahmad). Saya juga telah hubungi Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Dr. Haron Din dan dia juga bersetuju," katanya.
Sakali lagi lebai nak pembaca berfikir secara matang bahawa TGHH juga tidak mengunakan kuasa Presiden dalam memutuskan isu gabungan UMNO-PAS di Perak cadangan TS Harussani, Mufti Perak.
Pada permulaannya TGNA bersetuju, TGHH pun bersetuju tapi yang tak setuju ialah Ahmad Awang. Dr. Haron Din bersetuju dan mengikut maklumat beliaulah yang minta Ahmad Awang berfikir semula.
Antara yang lebai difahamkan menjadi isu semasa UMNO memerintah Perak, bukan Islam hanya dapat satu jawatan Exco. Jika PR dibentuk DAP Perak menekan PAS dengan pelbagai syarat dan meminta 8 exco termasuk syarat-syarat bagi memberikan PAS jawatan MB. PKR membantah perkara ini. Yang ini rasa lebih baik lebai menulis khusus baru kita memahami secara rasional. PAS Perak dibawah Ahmad Awang sebagai Persuruhjaya bersetuju semua syarat DAP.
Pada masa itu tak wujud lagi PR dan PAS hanya bertahaluf dengan PKR tanpa DAP.
Di Selangor pula Khir Toyo telah menghubungi Dr Hassan Ali melalui seorang wartawan Harakah untuk berjumpa. Cikgu Pa pada masa itu, Ketua Lajnah politik bersama Dr Hassan Ali pergi jumpa UMNO tanpa pengetahuan pimpinan PAS lain dan UMNO menawarkan semua jawatan exco termasuk MB kepada PAS. Pertemuan ini menjadi heboh dan Khalid Samad mengamuk.
Oleh kerana baru sehari keputusan pilihanraya berlaku, memang banyak perkara dan macam-macam idea nak bentuk kerajaan di Selangor dan Perak.
PAS Pusat membuat mesyuarat tergempar dan mesnyuarat tersebut memutuskan untuk berjumpa dengan UMNO bagi mengetahui apa yang UMNO nak sampaikan. Mulanya wakil PAS ialah Presiden, Ustaz Nasha dan Cikgu Pa. Tapi ahli mesyuarat tak setuju Presiden pergi minta ganti dengan Khalid Samad.
Setelah itu PAS Pusat membuat keputusan PAS lebih bersedia untuk membentuk PAKATAN RAKYAT berbanding untuk bersama UMNO.
Ada beberapa perkara yang perlu kita berfikir secara rasional;
1. Keputusan PRU 2008 suatu yang diluar jangka
2. Idea dan pandangan berbeza hanya pandangan bersifat individu dan diselesaikan dalam mesyuarat secara syura.
3. Sikap dan tawaran UMNO Selangor dan Perak berbeza menunjukkan mereka juga kelam kabut dalam masa yang singkat.
4. Keputusan akhir PAS Pusat bersama PR patut dipersetujui dan isu ini tak perlu dipergunakan untuk memburuk pimpinan PAS terutama dikalangan ualama dengan isu UG UMNO-PAS.
5. Sikap TGNA selepas PAKATAN RAKYAT wujud sangat berbeza dan dilihat cuba mengawal TGHH. Siapa dalang dibelakang TGNA sehingga maklumat yang tak benar mengenai TGHH sehingga wujud macam krisis antara TGNA-TGHH. Akhir hayat TGNA bersama kembali dengan TGHH. TGNA 'pecat' Anuar Bakri, pencilkan Husam ke Putrajaya, Lantik Ustaz Ahmad sebagai MB dll. Ini perlu penulisan lain.... tunggu Insya-Allah jika kesempatan kita akan dapat rangkai cerita ini menjadi jalan yang benar dan melihat bagaimana pengkhianatan dalam PAS tumpas.
Belum habis lagi...
Projek Pangkor II, Apa Ahmad Awang Nak Jawab Nanti?
Untuk Projek Pangkor II lebai suka membawa tulisan-tulisan Nordin Ali yang sangat baik mengulas perkara ini.
Mujahid Yusof Rawa menulis ketika cuba menjatukan Abdul Hadi Awang sebagai Presdien PAS dalam Muktamar PAS 2015 antara lain "Ketegasan Ahmad Awang memulakan inisiatif kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak pada 2008, walaupun pada masa itu Umno mengajak membentuk kerajaan perpaduan menjadi punca beliau dicalonkan sebagai presiden, kata PAS Bukit Gelugor"Mujahid menekan kerajaan PAKATAN RAKYAT (PR) di Perak di bawah Ahmad Awang tapi menyembunyikan maklumat sebanar apa yang PAS Perak dan DAP membuat perjanjian yang untuk tidak melaksakan Undang-undang Islam. Penjajian ini dikenali sebagai PERJANJIAN PANGKOR II.
'Perjanjian Pangkor II' antara PAS Perak dan DAP terbocor pada tahun 2008 apabila abang kepada Mohamad Nizar iaitu Fadhil Jamaluddin telah mendedahkan perkara ini kepada umum dan menyebut adiknya tidak layak menjadi MB kerana menepikan Islam.
Katannya, Mohammad Nizar telah terikat dengan perjanjian bersama DAP sebelum bersetuju dilantik sebagai menteri besar dengan syarat-syarat yang telah ditekankan oleh DAP kerajaan Perak tidak boleh membuat keputusan terutama perkara yang menyentuh soal Islam tidak boleh dilaksanakan walaupun sekadar disebut.
Lebih melengkapkan dakwaan tersebut Fadhil menganggap adiknya, Mohammad Nizar tidak layak menjadi Menteri Besar kerana menandatangani 'Perjanjian Pangkor II' bersama DAP yang antara isi kandungannya melarang Menteri Besar menyebut negeri Perak diperintah oleh lslam. Dalam perjanjian itu juga didakwa, Mohammad Nizar tidak dibenarkan menyebut terma yang berkaitan dengan Pas atau bahasa Arab seperti Hudud, Qisas dan sebagainya.
Perkara ini menyebabkan Sultan murka. Satu pertemuan sulit antara Sultan Perak dengan Presiden PAS telah dilakukan atas permintaan sultan. Presiden PAS minta untuk membawa seorang sebagai saksi dan mencadangkan DS Anwar sebagai teman bersama. Tapi sultan tak setuju. TGHH nak juga ada saksi maka Salahudin Ayub hadir dalam pertemuan tertutup tersebut. Banyak perkara yang sultan murka boleh tanya Salahudin Ayub. Ini juga antara faktor sultan tidak membantu kepada kejatuhan Pakatan Rakyat di Perak.
Pesuruhjaya PAS Perak pada masa isu perjanjian Pangkor II ialah Ahmad Awang. Dialah yang menjadi rujukan kepada PAS Perak.
Oleh kerana tiada bukti secara mutlak dan hitam putih isu ini hampir mati.
Allah s.w.t. mentakdirkan dengan bukti baru tentang perjanjian yang hampir sama dengan penjanjian Pangkor II yang menjadi titik tolak penyelewengan dakwah Islam dalam PAS. Allah s.w.t. akan pasti membantu Jamaah Islam dan mereka yang menyeleweng pasti akan gugur dalam misi dakwah sebagaimana tulisan Fathi Yakan. Tak hairan penulis wahyu Rasulullah sendiri pun muktad. Sebab hidayah itu Allah yang punya. Jangan kita sombong dan takabur dengan Allah menepikan hakNya.
2015 akhirnya Nizar sekali lagi dengan persetujuan Ahmad Awang dan menepikan Pesuruhjaya PAS Perak yang baru untuk membuat penjajian tidak melaksakan hukum Hudud, Qisas dan syariat Islam. Dengan wujudnya perjanjian bertulis ini maka apa yang disebut oleh abang kandungnya Fadhil adalah BENAR belaka!!
Ahmad Awang adalah orang yang bertanggungjawab.
Ditakdirkan oleh Allah s.w.t. Perak jatuh kepada UMNO. Siapa dan bagaimana kita menjawab di hadapan Allah bahawa kita tak nak buat hudud?? Mana kita nak letak muka kita yang sombong dengan Allah ini di akhir nanti. Adakah anda nak bersama mereka untuk menjawab di sisi Allah nanti? Agaknya apa AHMAD AWANG nak jawab di hadapan Allah kerana membuat perjanjian dengan DAP untuk tidak melaksanakan Islam??
Ahmad Awang Sebenarnya Dipergunakan oleh puak PARTI AMANAH (PAN)
Untuk lawan Hadi, Ahmad Awang dimita tanding. Kalau menang Ahmad Awang akan menjadi Presiden PAS. Tapi dia kalah teruk.
Bila AMANAH (PAN) ditubuhkan. Dia tak pun dicadangkan jadi Presiden... Jadi Penasihat yang kerjanya sebagai simbol untuk ikon dan bergambar buat publisti. Tak lebih daripada itu. Dalam AMANAH (PAN) ada IKRAM yang memang tak setuju dengan geng syiah. Mat Sabu dan Ahmad Awang tak lama akan 'disingkir'. Dia hanya digunakan untuk serang pak lebai aje...
AHMAD AWANG bukan disisih tapi TERSISIH kerana sikapnya sendiri. Lawan Presiden tak salah, tapi bila kalah buat parti baru itu itu yang salah. Kalau macam tu 2 tahun sekali akan wujud parti baru.
PATULAH AMANAH (PAN) tak ada pemilihan... main lantik aje!
Lebai Hassan Omar

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej