(1). Untuk membentuk kerajaan di peringkat persekutuan, jumlah kerusi yang perlu dimenangi adalah 112 dan keatas. Iaitu majoriti mudah. Agaknya bagaimana pencapaian yang bakal diperolehi oleh Pakatan Harapan? Jika PKR menguasai 40 kerusi, PAN 20 kerusi, PPBM 15 & DAP 43, ini bermakna mereka menguasai 118 kerusi dan layak mengusai kerajaan. Parti manakah yang dominan dalam Pakatan? Sudah tentu DAP. Apakah jawatan yang selayaknya diberikan pada DAP? Adakah sebagai PM? TPM pasti dan tentunya salah satu Jawatan yang bakal diberikan pada wakil dari DAP adalah sebagai Speaker Dewan Rakyat. Kenapa jawatan Speaker? Kerana kuasa Speaker yang menentukan apa usul & soalan yang bakal dibawa dalam persidangan dewan.
(2). Realiti yang berlaku di Dewan Undangan Negeri Selangor sebagai contoh. Pasca PRU 13, DAP menang 15, PAS 15 & PKR 14. Dengan sokongan PAS, jawatan MB diberikan pada PKR. Namun jawatan Speaker milik DAP. Kerana itu sebarang usul berkaitan hal ehwal islam tidak pernah dibenarkan untuk dibahaskan dalam dewan undangan negeri. Siapa yang kuasai kerajaan negeri? Tentulah DAP.... Di Pulau Pinang usah diceritalah, DAP menguasai sepenuh malah hal ehwal agama islam pun mrk campurtangan. Umat melayu perlu sedar bahawa pada PRU yang lepas DAP mendapat sokongan padu orang cina sehinga 90%. Jika trend sokongan itu meningkat bermakna DAP mampu untuk menang sekitar 45-55 kerusi parlimen. Dengan andaian parti-parti lain seperti PAS, PKR, PAN & PPBM boleh menang dengan tidak melebihi 30 kerusi, maka pastinya kerajaan yang akan dibentuk adalah kerajaan yang dominan dari DAP.
Kemungkinan yang bakal berlaku ialah:
(1). Jawatan TPM diterajui oleh DAP
(2). Wakil rakyat DAP akan lebih ramai dilantik sebagai Menteri dan menguasai portfolio penting seperti Menteri Kewangan, Menteri Pelajaran, Menteri Pengajian Tinggi, MITI, KPDNKK dan sebagainya.
(3). Speaker dewan rakyat milik DAP
(4). Sebahagian besar Ahli Dewan Negara juga dari kalangan DAP
(5). CEO & Pengarah di GLC juga dari kalangan DAP
Begitulah maksud DAP menguasai kerajaan Pusat. PM walaupun orang melayu, namun nasibnya sebagai puppet sebagaimana MB Perak (Nizar) suatu ketika dulu dan MB Sgor kini yang langsung tiada agenda islam & melayu.
Bersediakah orang melayu menerima hakikat itu?
Tentu sekali tidak bersedia, orang melayu mesti bersatu pada pru14 nanti walaupun pemimpin2 melayu berpecah dengan berbagai parti2 baru kerana gila jawatan dan harta.
Resolusi terbaik ialah pengundi melayu mesti bersatu hati. Beri undi pada PAS di negeri2 kelantan, kedah, terengganu, selangor dan pulau pinang, dan beri undi pada umno di negeri2 yg lain. In shaa Allah akan terbentuk lah kerajaan baru gabungan pas dan umno dengan era baru tanpa rasuah , salahgunakuasa dan penyelewengan. Akan subur amar makruf nahi mungkar di negara ini.
Wallahuaklam. Yb
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej