Jack sparrow
Yusuf Reis, nama asalnya Jack "Birdy" Ward. Laksamana armada laut Turki Uthmaniyyah awal abad ke-17. Lahir tahun 1553 di Faversham, Kent, selatan England era Ratu Elizabeth I.
Orang Tunisia memanggilnya Jack Asfour sempena gelaran "Birdy". Kawasan jagaannya sekitar Tunisia.
Insiden pengIslamannya ketika meninggalkan kapal tawanannya 60 tan "Reniera e Soderina" bersama 400 krew Muslim dan 150 krew Inggeris tenggelam di teluk Greece. Ramai rakyat Tunisia bengang tetapi Uthman Bey tawarkan perlindungan kepada Jack di Tunisia.
Mahu tak mahu, dengan Raja James I menolak pengampunan diraja terhadap Jack, maka kembali Jack ke Tunisia dan dilindungi oleh Uthman Bey. Jack masuk Islam dan bernikah dengan wanita Muslim Itali serta masih mengirim nafkah kepada isterinya di England.
Pada tahun 1612, drama pementasan bertajuk "A Christian Turn'd Turk" ditulis oleh dramatis Robert Dabone berkenaan pengIslaman Jack Ward.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej