๐๐๐ง๐ฒ๐๐ญ๐๐๐ง ๐๐๐ฌ๐๐ฅ๐๐ก
Dewasa ini wujudnya kecelaruan aqidah di kalangan masyarakat Islam khususnya di Malaysia yang mana ianya tidak dapat dinafikan lagi. Keterbukaan dalam menerima beraneka aliran aqidah menjadi salah satu punca kenapa firqah² yang batil masih wujud.
Selain itu, kurangnya pengetahuan yang benar yang berlandaskan aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asyerah wal Maturidiyyah turut menyumbang kepada masalah ini. Mumkin barangkali ianya cuma termaktub di dalam fatwa negeri masing-masing, tetapi tidak dikuatkuasakan dan dipromosikan secara besar-besaran dan konsisten.
Firqah seperti wahabi/salafi, syiah, mu'tazilah, liberalisma, pluralisma dan lain-lain yang menyalahi aliran aqidah Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asyerah wal Maturidiyyah dipromosikan dengan baik, samada dari mereka yang bergelar mufti, ahli-ahli politik, penceramah bebas atau artis-artis. Semuanya bekerja dengan baik bagi mendakyahkan masyarakat kepada aliran pegangan mereka.
Apabila terdapat banyak penganut firqah aqidah yang bid'ah lagi menyalahi aliran Ahlus Sunnah Wal Jamaah Asyaerah Wal Maturidiyyah di kalangan masyarakat, maka terjadi satu masalah yang cukup tipikal berlaku iaitu imam solat jamaah. Apa boleh diikut menjadi makmum di belakang mereka atau tidak?
๐๐๐ซ๐ญ๐๐ง๐ฒ๐๐๐ง:
Apakah hukum mengikut imam yang bid'ah iktiqadnya?
๐๐๐ฐ๐๐๐๐ง:
(Dan demikian lagi) MAKRUH berimamkan dan mengikut orang yang bid'ah yang tiada jadi kafir ia sebab bid'ahnya dan jika tiada diperoleh yang lainya sekalipun.
(Kata) Syaikh Azra'ie, HARAM mengikut dia atas orang yang alim yang masyhur kerana bahawasanya jadi sebab ia bagi disebutkan orang awam dengan bid'ahnya.
(Adapun) yang jadi kafir ia dengan bid'ahnya seperti yang beriktiqad bahawa Allah Ta'ala tiada mengetahui akan segala juziyyat dan yang ma'dum dan yang munkir akan bangkit dari dalam kubur dan berhimpun di Mahsyar.
(Dan demikian lagi) kaum Mujassimah dan yang beriktiqad bahawa Allah Ta'ala berjihat, maka tiada sah mengikut dia seperti sekalian kafir yang lain.
๐๐ฎ๐ฃ๐ฎ๐ค๐๐ง:
Kitab ๐๐๐๐ข๐ฅ๐ฎ๐ฅ ๐๐ฎ๐ก๐ญ๐๐๐ข๐ง ๐๐ข๐ญ๐ญ๐๐๐๐ช๐ช๐ฎ๐ก๐ข ๐
๐ข ๐๐ฆ๐ซ๐ข๐ ๐๐ข๐ง bagi ๐๐ฅ-๐๐ฅ๐ข๐ฆ ๐๐ฅ-๐๐ฅ๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ฅ-๐
๐๐ก๐๐ฆ๐๐ก ๐๐ฌ๐ฒ-๐๐ฒ๐๐ข๐ค๐ก ๐๐ฎ๐ก๐๐ฆ๐ฆ๐๐ ๐๐ซ๐ฌ๐ฒ๐๐ ๐๐๐ง ๐๐๐๐ข๐ฅ๐ฅ๐๐ก ๐๐ฅ-๐๐๐ง๐ฃ๐๐ซ๐ข. Juz 2, muka 39, 7 baris dari pihak atas.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej