Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, May 7, 2019

PAN tunduk depan DAP

STRATEGI DAP LUASKAN KUASA

(1)
Megah sekali Lim Guan Eng berkokok dalam Persidangan Kebangsaan DAP.
Dia jadi Setiausaha Agung DAP pada 2004, waktu DAP hanya ada 12 kerusi.
Di bawah pimpinannya, DAP dapat 28 kerusi PRU 12, dia jadi Ketua Menteri.
Ini diterus lagi dalam PRU 13, DAP dapat 38 kerusi, dia kekal Ketua Menteri.
Paling baru, PRU 14 DAP dapat 42 kerusi, dia dan 5 rakannya jadi Menteri.
Itu belum dikira dengan Timbalan Menteri, Ahli EXCO Kerajaan Negeri.
Perdana Menteri malah akui pelannya tertakluk kepada kelulusan Menteri.
Hanya ada 172,673 ahli, tetapi kehebatannya seolah-olah tidak terperi lagi.

(2)
Maka dihitunglah satu per satu segala kehebatan DAP pasca PRU 14.
DAP kini ada 42 Ahli Dewan Rakyat, 7 Ahli Dewan Negara, 109 ADUN!
DAP kini ada 1 Timbalan Speaker Dewan Rakyat, 2 Speaker DUN, 2 Timbalan Speaker DUN!
DAP kini ada 6 Menteri, 1 Duta Khas, 7 Timbalan Menteri!
DAP kini ada 1 Ketua Menteri, 1 Timbalan Ketua Menteri!
DAP kini ada 2 Menteri, 2 Pembantu Menteri di Sabah!
DAP kini ada 30 Ahli EXCO Kerajaan Negeri!
DAP kini ada 450 Ahli Majlis, 500 Ketua Kampung!

(3)
Lalu timbullah suara, apakah Lim Guan Eng sudah puas hati dengan semua ini.
Sudah pastilah tidak, malah DAP sedang giat meluaskan kuasa di seluruh negara.
DAP gunakan semaksima mungkin segala jawatannya untuk perkukuhkan kedudukan.
DAP pastikan semua kemenangan dikekalkan dan tempat baru mampu diterobosi.
DAP tentukan semua pemegang jawatan bersatu hati dan hadam semua strategi parti.
29-30 Jun 2018, 15-17 Mac 2019, dibuat Pemukiman Kepimpinan Kebangsaan DAP.
5-6 Januari 2019, 20-21 April 2019, dibuat juga Pemukiman Ahli Majlis DAP.
DAP sebuah parti yang menyelesaikan masalah orang Melayu, itulah mesej diberi.

(4)
Lalu ditanya lagi, apakah antara strategi utama perluasan kuasa DAP selepas ini.
Sudah pastilah perkukuhkan kedudukan di Pusat dan di Negeri-Negeri teras utama.
Perjawatan Kabinet boleh sahaja berubah bila penjawat Perdana Menteri berubah.
Peruntukan kerusi juga boleh sahaja bertambah bila kawasan pilihan raya berubah.
Cadangan persempadanan semula DAP 2013 pernah menambah kerusi menjadi 262.
143 kerusi bandar, 39 kerusi separa bandar, 80 kerusi luar bandar, ini dihitung sudah.
Bersedekah, berbuka bersahur bersama; dekati masjid, sekolah agama, pusat tahfiz.
Peruntukan untuk Melayu Islam tiada masalah, asal saja tidak melibatkan syariah.

(5)
Kekuatan di Negeri-Negeri juga pasti boleh mengubah kedudukan di Pusat.
Pulau Pinang sudah DAP kuasai, Sarawak sedang menanti berpandukan janji.
Bila Sarawak diberi lebih kuasa melalui MA63, DAP tentulah bakal penerima.
Di Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, DAP boleh cuba usahakan ketuai.
DAP sudah menguasai majoriti di empat negeri ini, tetapi akur kepada janji.
Kuala Lumpur pun Lim Guan Eng pernah umum akan tubuh kerajaan negeri.
Lagi penting adalah perluasan pengaruh DAP dalam politik peringkat tempatan.
Ini pasti akan jadi lebih mudah jika pilihan raya kerajaan tempatan diadakan.

(6)
Dan kalau ditanya siapa EXCO Kerajaan Tempatan semua negeri PH, jawablah.
EXCO Kerajaan Tempatan Pulau Pinang adalah Jagdeep Singh Deo dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Selangor adalah Ng Sze Han dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Perak adalah Yong Choo Kiong dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Negeri Sembilan adalah Teo Kok Seong dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Melaka adalah Tey Kok Kiew dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Johor adalah Tan Chen Choon dari DAP.
EXCO Kerajaan Tempatan Kedah adalah Tan Kok Yew dari DAP.

(7)
Apa, mengapa, bila, bagaimana, semua kini sudah tidak lagi jadi tanda tanya.
Forward we march, for a Malaysian Malaysia, itulah cogan kata, matlamatnya.
Sama rata sama rasa sama segala-gala, hanya menunggu masa jika masih alpa.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej