Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Betul dah tindakan beri tender kepada NAFAS. Yang salahnya adalah menzalimi orang yang memenangi tender terbuka. Lebih baik tidak buka tender dari awal. Beri terus kepada NAFAS dari awal. Tak perlu nak malu kalaupun orang kata tak tunai manifesto. Kan kita jenis tahan malu.
2) Bermakna, direct nego yang diamalkan oleh kerajaan BN dahulu tidaklah salah sepenuhnya. Manakala manifesto PH untuk buat open tender konon untuk mengelakkan berlaku rasuah dan penyelewengan, adalah teori yang tidak tepat.
3) Teori dah tak betul. Lepas tu nak praktik juga teori cacat itu. Apabila dah apply, baru nampak kelemahannya. Terus overwrite kepada direct nego semula. Nampak sangat, ini adalah kelemahan kerajaan, terutama Menteri Pertanian.
4) Yang duk kaitkan dengan nasib 900k peladang dalam NAFAS bagai, itu adalah implikasi daripada keputusan kementerian yang tidak masak, tidak ada base yang kuat. Hanya bersandarkan teori "Open Tender Lebih Telus".
5) Sekarang, kerajaan terpaksa menanggung serangan daripada pembangkang. Dari mana pembangkang dapat maklumat? Tentulah daripada pihak yang menang dalam bidaan Open Tender tersebut, tetapi dibatalkan oleh kementerian kerana mahukan NAFAS juga memegang tender.
6) Tak ada siapa pun pertikai keperluan NAFAS mengambil tender tersebut. Tetapi apabila sudah terlajak buat open tender, ia adalah salah kerajaan sendiri. Menteri memang wajib cermin diri.
Sekian
Terimakasih sudah berbagi infonya,.
ReplyDeleteKunjungi juga http://bit.ly/31aSqH1