Semuanya disebabkan Telah Wujud Perspesi Buruk Terhadap Ulama Asya'irah Sejak Awal Lagi!!
Kenapa bila disebut pandangan ulama Asya'irah dalam ayat-ayat sifat, ada sesetengah itu melompat macam kena rasuk jin?.
Ia berpunca kerana ada indoktrinasi menanamkan racun bahawa Asya'irah menafikan sifat-sifat Allah SWT dalam al-Quran dengan metod takwil sama seperti JAHMIYYAH yang dihukumkan sesat-kafir oleh ASWJ. Lalu mereka yang berkenaan menghalakan semua hujah dan kalam ulama ASWJ tentang kebobrokan JAHMIYYAH pada ulama Asya'irah. Kecelaruan apakah ini??
Walhal, ulama Asya'irah telah mengajar sifat 50 (20 sifat wajib bagi Allah + 20 sifat mustahil + 1 sifat harus + 4 sifat wajib bagi Nabi + 4 sifat mustahil + 1 sifat harus) yang mesti diketahui oleh setiap umat Islam.
Sejak dahulu, kita belajar mengenal sifat Allah SWT dengan ditil dan beriman dengannya. Apabila tiba ayat-ayat berkaitan sifat, kita diajar tentang pendirian salaf yang disebut aslam dan juga metod khalaf yang ahkam. Kemudian guru-guru akidah kita di al-Azhar mengulang perkara yang sama. Sebahagian mereka cenderung kepada metod salaf, sebahagian lagi pada metod takwil berdasarkan keadaan yang dihadapi oleh seseorang muslim.
Kita belajar semua ayat-ayat sifat yang diperbahaskan itu.. Tidak perlulah dibawa semua ayat-ayat itu kerana semuanya kita belajar, bukan baru jumpa hari ini.
Dalam kitab-kitab akidah ditulis oleh Asya'irah, kita berdepan dengan pelbagai aliran sesat ada yang dihukum fasiq seperti muktazilah dan Khawarij, dan ada dihukum kafir seperti Jahmiyyah, Musyabbihah, Syiah, Mu'attilah dll... kita didedahkan kesesatan Jahmiyyah yang diasaskan oleh al-Jahm bin Safwan.
Berkenaan kejian ulama salaf pada ilmu kalam, guru-guru kita menjelaskan maksud tersebut ditujukan pada kelompok Muktazilah yg mengutamakan akal dari nas QS. Ini dikesan dalam kitab al-Risalah, Imam al-Syafie banyak mencatatkan dialognya dgn رجل atau disebutnya sebagai individu sahaja. Guru saya Prof Dr Jalaluddin Abdul Rahman yg ajar subjel Usul Fiqh masa Dirasat Ulya dahulu kata susuk rajulun dalam wacana al-Syafie merujuk samada pada muktazilah atau Syiah. Dua kelompok inilah yg selalu menimbulkan kecelaruan zaman itu. Adapun ilmu kalam yang diwacanakan oleh ulama Asya'irah adalah ilmu terpuji dan menjadi senjata ilmiah zaman itu utk menentang fikrah sesat.
Tiba-tiba ada kelompok shaz menuduh Asya'irah yang diterajui oleh Imam Abul Hasan al-Asya'ari menafikan sifat seperti Jahmiyyah. Menyelar ilmu kalam secara pukal. Menggelar ulama kita sebagai ahli kalam pengamal bid'ah. Seterusnya meroyan teruk menolak takwil dan lagi kritikal apabila menuduh kita memfitnah metod tafwid salaf...
Mereka ini menganggap dengan mengikut metod salaf, terus menjadi warga salafussoleh seterusnya mewakili manhaj ASWJ untuk mengeluarkan ulama Asya'irah yang diikuti oleh majoriti umat Islam seluruh dunia.
Kepelikan apakah ini???
اللهم لا تؤاخذنا بما فعل السفهاء منا واهدنا جميعا الى صراطك المستقيم
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej