Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, November 11, 2019

Mengikut data dari Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dikeluarkan semalam, ekspot sawit ke India jatuh lagi pada bulan Oktobe

Najib Razak
2 hrs
Berita ini tidak akan dilaporkan oleh mana-mana media tempatan - terutama pada masa PRK ini.
Mengikut data dari Lembaga Sawit Malaysia (MPOB) yang dikeluarkan semalam, ekspot sawit ke India jatuh lagi pada bulan Oktober.
Ianya bertambah teruk berbanding bulan Sept dan menjadi kejatuhan 60% berbanding bulan Ogos.
Minggu lepas saya kritik Teresa Kok yang kata Malaysia tidak patut bimbang dengan boikot sawit oleh India dengan alasan ianya cuma nasihat dari persatuan India dan bukan dari kerajaan India.
https://web.facebook.com/…/photos/a.29478…/10156471647805952
Saya tunjukkan bahawa negara India merupakan negara pembeli sawit yang terbesar dan jumlah import sawitnya adalah jauh lebih besar berbanding China dengan Kesatuan Eropah.
Masa itu saya beri bukti bahawa boikot India ini akan berlaku kerana ia murapakan boikot separa rasmi kerana ia tidak dibantah oleh kerajaan India.
Saya juga tunjuk bukti dari MPOB untuk tunjuk eksport ke India sudah jatuh 44% pada bulan September dan ramal ia akan bertambah teruk bermula bulan Oktober.
Dan saya juga tunjuk bukti dari MITI bahawa keseluruhan ekspot sawit untuk bulan September sudah jatuh berbanding bulan sebelumnya dan juga berbanding bulan yang sama satu tahun dahulu.
https://www.dosm.gov.my/v1/index.php…&
Jika harga sawit memulih pun, ia tidak bermakna jika negara pembeli utama tidak beli dari kita. Yang dapat manfaat adalah negara jiran kita.
Walaupun mulut ahli-ahli politik di atas pentas ceramah kata eksport sawit naik tetapi realitinya ialah data dari dua sumber rasmi kerajaan - MITI dan Lembaga Sawit - menunjukkan eksport sawit telah jatuh teruk.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej