Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, November 5, 2019

KENAPA AKU MENDOKONG PERJUANGAN ISLAM BERSAMA PAS

KENAPA AKU MENDOKONG PERJUANGAN ISLAM BERSAMA PAS
Aku tiada apa2 jawatan dlm PAS..Kalau PAS jd kerajaan pun aku tak dapat apa2 keuntungan duniawi dari PAS..Hidup aku tidak bergantung dgn parti politik..Apatah lagi PAS yg skrg takda apa2 pun d negeri aku..Pendek kata klu aku tak ambil tahu pasal politik pun aku bole hidup..Malah mungkin lagi bagus kerana tak perlu pening2 mikir pasal karenah politik..Mungkin sebab itu ada org jenis tak ambil tahu pasal politik..Ada jua org yg jenis tak sertai mana2 parti politik..Bagi mereka semua parti politik adalah sama..Mereka bole kritik n kecam mana2 parti politik..Hari ini depa sokong PH esk depa sokong BN lusa depa sokong PAS..Kunun inilah pilihan terbijak n mereka yg bersama parti politik adalah org yg taksub n terikat dgn politik kepartian!!! Hakikatnya mereka juga berpolitik cuma tanpa parti politik..
Dr Maza n kuncu2nya cuba membina doktrin pemikiran ini..Dulu mereka bersama PH menjatuhkan BN tapi skrg mereka menyedari ia satu kesilapan!!! PH yg diharap lebih baik dari BN menjadi lebih terukk!!! Tapi mereka terlupa mereka ada pilihan ketiga iaitu PAS n GS..Mungkin kerana Drmaza begitu prejudis dgn PAS..Dia bole berjumpa dgn LGE tapi segan nak jumpa TGHH..Dia bole bersangka baik dgn DAP dulu tapi bersangka buruk dgn PAS..Dia kagum dgn TUN M tapi sinis dgn TGHH..Sampai hari ini Maza konsisten tuduh PAS parti yg tunggang agama!!! PAS tak pernah serang Maza tapi Maza dok serang PAS..Bila PAS jawab dgn mudah dia n penyokong dia kata PAS tak bole dikritik n org PAS taksub!!! Tapi PAS tetap sokong Maza ketika diserang oleh DAP dlm kes DZN n LTTE!!!
Kenapa aku mesti bersama PAS tidak bersama parti lain atau bersama kelompok DrMaza?? Kalaulah Malaysia ini negara islam yg sebenar spt khulafa arrasyidin dulu aku pun setuju tak perlu bersama dgn mana2 parti politik..Biarlah org yg berminat dgn politik yg terlibat..Kita bole jd pentadbir ker, usahawan ker, bergerak dgn NGO dakwah ker dll..Tapi realitinya Malaysia belum lagi sebuah negara yg berpaksikan dgn islam walaupun dlm perlembagaan negara menyebut islam sebagai agama persekutuan..Sejak merdeka kita diperintah oleh parti yg tidak mahu menjalankan islam secara syumul..Jadi aku merasakan mahu tak mahu aku perlu bersama dgn parti yg menegakkan islam secara syumul..Realitinya ia tak dpt dilaksanakan selain dari proses demokrasi yg dijadikan sbg alat utk berkuasa..Klu ada yg kata islam boleh ditegakkan tanpa berpolitik hanya dgn dakwah alhamdulillah silakan..Klu ada yg kata khilafah bole ditegakkan tanpa menyertai pilihanraya tolong buktikan!!! Apa yg aku nampak kita perlu bersama parti politik untuk berkuasa dan menegakkan syiar islam!!!
Jadi aku wajib bersama parti politik yg ingin menegakkan islam! Kalau nak harap parti sekular rakyat dan negara tidak akan selamat!!! Cth di depan mata..Kafir yg kononya adil dan tak rasuah buat onar dlm negara..Janji dimungkiri dgn senang hati..Rahmatan lil alamin hanya slogan utk menyenangkan bangsa beIaan DAP..Jadi mcm mana nak pilih parti politik???Paling asas kita mesti melihat dasar dan perlembagaan parti itu..Tolak la DAP PKR MIC MCA GERAKAN..Antara PAS UMNO PPBM PKR PAN siapa yg jelas dasar islam mereka..??? Umno dasarnya nasionalisma dan telah diberi peluang tapi GAGAL..PPBM walaupun dipimpin oleh org islam tapi dasarnya mcm Umno..PAN adalah serpihan PAS yg pro pada DAP!!! Bagi aku PAS adalah satu2nya pilihan terbaikk.!!!
Selain dari islam yg menjadi dasarnya, PAS dipimpin oleh ulama dan dipandu MSU..Setiap keputusan penting mesti mendapat kelulusan muktamar dan MSU..Cth dlm Bab Tahalluf dan Taawun dgn mana2 parti politik mesti melalui MSU yg berpandukkan Al Quran Hadis Ijma dan Qias..Selain itu PAS bukan sekadar parti politik pilihanraya tetapi juga sbg gerakan islam yg merangkumi Sosial,Dakwah, Pendidikan, Ekonomi,Kebajikan,Budaya dll aspek kehidupan manusia..PAS ada AMAL,PASTI,SRITI,AMERAH,DACS,ARC dll bukan hanya politik pilihanraya..PAS ada semua cabang dan sektor dlm sebuah negara!!!Malah PAS sebuah parti islam ada org bukan islam sbg pendokong dlm DHPP!!! Tidak ada parti lain yg lengkap mcm PAS..
Sebab inilah aku bersama PAS..Aku tidak boleh hanya jadi pemerhati..Aku kena memperkasakan kadar kemampuan aku..Aku kena mengajak umat islam dan non muslim bersama PAS..Aku yakin jika majoriti umat islam bersama PAS keadilan dan syariat islam dpt ditegakkan.. Kalau PAS ada kelemahan kita sama2.memperbaikinya..Aku kena jaga adap dlm jamaah..Aku wajib sokong keputusan jamaah walaupun aku ada pandangan lain selagi tidak bercanggah dgn syariat..Biarlah org kata aku taksub dgn PAS asal aku tidak taksub pada parti lain, kelompok lain dan diri sendiri!!! Hakikatnya semua org taksub dgn kepercayaan dan pemikiran mereka termasuk yg menuduh org PAS taksub..Pengikut DrAsri pun bole dilabel taksub kpd Asri!!! Aku bersama PAS kerana aku YAKIN dgn dasar dan pimpinan ULAMA PAS..Klu ada yg kata PAS telah lari dari ajaran islam bawakan bukti dan hujah kamu!!! Jika kamu kata PAS ada kelemahan tunjukkan supaya kami bole perbaiki..
Walaupun aku bersama PAS aku bole berkawan dgn siapa saje..Sebagaimana PAS yg bole bertahalluf dan bertaawun dgn siapa saja demi agama rakyat dan negara..Bukan tugas org PAS kapirkan org sebagainana fitnah cuma mungkin penerangan batas iman dan kufur serta sifat2.org munafik..Akhir kata Dalam zaman fitnah ini yg hitam dikata putih yg batil dikata haq..Kembalilah kepada Al Quran dan Hadis sbg panduan..Jgn bersumberkan fitnah, presepsi dan adu domba musuh2 islam..Dengan islam kita semua sejahtera dan selamat dunia akhirat.
ps: Ini bukan soal jasa atau bakti, tetapi soal akhlak, syarak dan akidah, terima kasih pada Alim Ulamak yang telah menyedarkan kita dari kejahilan, hanya pemimpin menepati syarak sahaja yang mampu menolong kita di akhirat untuk bertemu Rasullah saw bagi mendapat syafaat seterusnya bagi mendapat Rahmat Allah
TERUS ISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN
SIRU ALA BARAKATILLAH

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej