Kisah Inspirasi
MENTERI TERMISKIN DI INDONESIA
Ir. Sutami, beliau adalah Menteri hal ehwal Umum yang menjawat selama 4 fasa kabinet sejak tahun 1965 hingga tahun 1978.
Kerana telus & kejujurannya, Sutami diberi kepercayaan dan amanah di era Presiden Sukarno dan Presiden Suharto menjadi presiden ... menguruskan berbagai mega projek besar dengan dana yang besar. Meski demikian beliau yang berkelahiran Surakarta, Jawa Tengah 19 Oktober 1928, tidak mengambil kesempatan memanfaatkan dana projek projek tersebut untuk tujuan korupsi dan kepentingan diri.
Sebab itu ada ungkapan yang mengatakan..."Tak mungkin pemimpin menjadi kaya raya, melainkan dia adalah seorang kuraptor"
Dibawah pengawasannya, projek raksasa seperti:
1. Gedung DPR RI
2. Jembatan Semanggi
3. Waduk Jatiluhur
4. Bandara Ngurah Rai.
5. Jembatan Musi Palembang
6. Jalan Tol Pertama di Indonesia ( Tol Jagorawi)
Semua projeknya hingga kini masih berdiri kukuh.
Sutami adalah satu satunya menteri yang paling miskin di Indonesia bahkan mungkin sampai hari kiamat nanti, kerana Sutami adalah manusia yang lurus, berpengetahuan, Jujur dan Amanah.
Saru hari di hari raya , datang para tetamu ... betapa terkejutnya mereka saat menginjakkan kaki di rumah Menteri Sutami. Mereka ingat dia punyai kemewahan , namun mereka dapati rumahnya amat sederhana yang atapnya bocor di mana-mana.
Bahkan suatu ketika.... elektrik kena potong dirumahnya kerana Sutami terlewat bayar bil...menunggu gaji bulan itu..... Padahal sebagai pejabat negara yang menangani projek-projek besar, Menteri Sutami boleh saja hidup dalam kemewahan.
Rumahnya beralamat di Jl. Imam Bonjol, Jakarta. Beliau membeli rumah secara ansuran dan baru lunas menjelang pencen. Tak pernah ia menggunakan kemudahan negara di luar pekerjaannya. Semasa dia pencen, semua kemudahan dikembalikan, termasuk kereta yang diberi kerajaan.
Semoga Alloh lapangkan kuburnya, ringankan beban soal munkar nakir....
Ya Allah jadikan Sutami Menteri Miskin di dunia tapi Kaya raya di akhiratnya..Aamiin
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej