Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, September 11, 2020

Prn sabah - biarlah pas muhasabah

RPRU14-DUN Sabah
5 Kerusi terbaik PAS

1. N12 Karambunai – 4.9% (1696)
2. N17 Tg Aru-5.8%(1379)
3. N58 Merotai-5.9%(1209)
4. N59 Tg Batu-6.3%(1506)
5. N60 Sebatik-6.6%(504)

Kalau dilihat kepada keputusan PRU14 yg lalu eloklah PAS tidak bertanding di PRN SABAH dan beri laluan kepada rakan parti yg lain yg sinonim dgn masyarakat Sabah untuk kuatkan semangat melayu bumiputera Sabah tolak parti WARISAN bersama PH dan DAP.

Sebagai penyokong PAS yg faham dgn perjuangan PAS tiada istilah untuk aku kritik apa keputusan pimpinan. Apa yg aku faham dgn perjuangan Islam ini, kita berjuang dlm politik bukan hanya untuk bertanding dlm pilihanraya yg penting gerak kerja dakwah kita sampai kepada semua lapisan masyarakat.

Masyarakat Sabah bukan  seperti kita di Semenanjung yg mudah menerima gerak kerja Islam tetapi berdasarkan keputusan pilihanraya PRU14 yg lalu menunjukkan perkembangan yg positif gerak kerja PAS semakin diterima rakyat Sabah.

Semoga Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional ini membuka mata rakyat Sabah pada PRN kali ini untuk melihat PAS sebuah parti Islam yg lebih mementingkan perjuangan untuk agama, bangsa dan negara sanggup bersama rakan parti yg pernah jatuh bersatu atas nama penyatuan ummah  untuk tolak bangsa DAP drpd terus mendominasi kerajaan.

Ukur baju kena padan dgn tuan....

Kepompong x menjadi rama rama dalam sehari
.....

Arti ikhlas - tidak mengungkit kebaikan kita.. kita buat saja.... tanpa sekelumit balasan.. setiakawan.. bukan setialawan.. biarkan org x balas.. Allah akan balas.. tenang itu tenteram 😍🥰

PAS fokus Kedah, Kelantan dan Terengganu cukup laa dulu. Sabah tu biar gajah sama gajah bergaduh. Buat kerja fokus bagi Kedah, Kelantan dan Terengganu jadi maju, harmoni, sejahtera, dan power dulu.

Jika PAS boleh tunjuk kemampuan yang extraordinary mentadbir, satu hari nanti orang Sabah akan merayu mintak Ustaz Ahmad Yaakob, Dr Shamshuri dan Sdr Sanusi pergi tadbir Sabah. Takyah duk melukut mintak kerusi.

😊😄😆

#MuafakatNasional
#PerikatanNasional
#Istiqamah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10217610226268106&id=1251877796KENYATAAN MEDIA PRESIDEN PAS

PRN SABAH: PAS BERI LALUAN DEMI MUAFAKAT

1. PAS menghormati sikap rakan-rakan di Sabah yang berhasrat untuk bertanding di keseluruhan 73 kerusi dalam Pilihanraya Dewan Undangan Negeri Sabah (PRN Sabah), setelah usaha rundingan dimuktamadkan.

2. Dalam hal ini, PAS mengambil pendirian untuk memberikan laluan kepada rakan-rakan bagi memastikan pertandingan dua penjuru dapat diserlahkan dalam PRN Sabah, demi memelihara permuafakatan yang terjalin serta mengambil kira implikasi politik di masa mendatang.

3. Keutamaan PAS adalah persiapan untuk menghadapi PRU-15 yang dijangka dalam masa terdekat, di samping komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dalam Muafakat Nasional dan Perikatan Nasional.

4. Sokongan jentera dan ahli-ahli PAS dalam PRN Sabah tetap akan digerakkan mengikut keperluan di peringkat setempat.

“Islam Memimpin Perpaduan”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

Bertarikh: 23 Muharram 1442 / 11 September 2020

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej