Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, September 19, 2020

Terbukti islam yang benar

Nampak Macam Muslimah Tetapi Bukan Islam!

Kebelakangan ini ramai yang menyerang agama Islam dengan menuduh Islam menindas wanita kerana agama Islam mewajibkan untuk wanita memakai tudung dan menutup aurat. Prinsip di dalam Islam adalah tunduk dan patuh kepada dalil yang disebut oleh Allah dan Rasulullah. Sekiranya Allah yang merupakan Tuhan, yang menciptakan alam dan segala-galanya di dunia ini menyuruh untuk menutup aurat maka sikap muslim adalah mengikut arahanNya.

Tatkala orang melihat seakan-akan Islam sahaja yang menganjurkan suruhan ini, mereka tidak sedar bahawa amalan ini juga terdapat di dalam ajaran agama lain seperti:

1) Yahudi
2) Kristian
3) Zoroaster / Majusi
4) Druze
5) Samaritan
6) Yazdanisme
7) Sikh
8) Sabean Mandean
9) Jainisme

Malah di dalam kitab suci mereka memiliki dalil yang menyuruh mereka untuk memakai pakaian tersebut (lihat dalam gambar). Akan tetapi mereka tidak menjadi ‘mangsa serangan’ golongan liberal (hermeneutik) dan golongan pejuang kebebasan bertudung seperti golongan liberal mensasarkan kepada Islam.

Hal ini kerana kita dapat lihat bahawa muslim adalah penganut agama yang paling berdisiplin sekali di dunia ini berbanding dengan penganut agama lain. Selain isu ini, pengharaman arak dan pengharaman babi juga terdapat di dalam agama Yahudi dan Kristian tetapi sering kali mereka melihat muslim yang sensitif kepada perkara tersebut.

Jika mengaku beragama, tetapi tidak berdisiplin dalam mengikut perintah Tuhan lalu memberi takwilan dan tafsiran yang menyimpang tidak seperti kehendak dalil, lalu apa gunanya beragama?

Untuk perbincangan tentang tudung dan agama lain boleh baca “Al Quran Bukanlah Kitab Pertama Memperkenalkan Tudung” di sini :
https://askislam.me/ms/2018/05/25/al-quran-bukanlah-kitab-pertama-memperkenalkan-tudung/

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2284755885131619&id=1825017094438836

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej