Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, September 23, 2020

Setiap tapak peleburan besi yang dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu

Setiap tapak peleburan besi yang dijumpai di Tapak Arkeologi Sungai Batu, Merbok Kedah wajib ada :

Tuyere - peniup besi
Bekas bakaran relau
Sisa besi
Jongkong besi
Bijih besi;
Peralatan-peralatan digunakan semasa peleburan.

Gambar di bawah adalah tuyere bangsa Melayu. Di salah satu longgokan di salah satu tapak peleburan di antara belasan tapak peleburan yang dikesan dan dibuka di Tapak Arkeologi Sungai Batu ada 2,000,000 tuyere yang dilonggokan sedalam 2 meter.

Cuba google dan baca tentang tuyere. 'Tuyere' ini dijumpai dan diperkenalkan perkataan dan kegunaannya di Perancis.

Banyaknya artikel tentang tuyere di Perancis sehingga ada institut penyelidikan besi di Perancis disebabkan penemuan tuyere.

Berapa jumlah tuyere yang dijumpai di Perancis hingga dikenali dunia?

Hanya 20 biji.

Di Kedah, Malaysia dalam ladang kelapa sawit ditemui hanya satu longgokan kecil tuyere sahaja sudah 2,000,000.

Sejarah baru ini telah dikesan seawal tahun 2011. Adakah pembaca tahu sebelum adanya halaman ini?

Siapa yang patut umum pada bangsa Melayu dan negara? Kenapa tidak diberitahu penemuan super hebat ini?

Lekehkah Melayu sampai tak perlu tahu sejarah bangsanya. Seawal tahun 788 Sebelum Masehi sedangkan di Barat, industri besi bermula pada kurun 16 Masehi ke atas.

Hendak tunggu kajian selesai? 9 tahun sejarah ini tidak langsung dinaikkan. Kenapa?
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=2678875475700010&id=1413499895570914

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej