Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, December 29, 2016

TERUS BERJUANG!!!

TERUS BERJUANG!!!

Berakhirnya Kisah firaun....dengan AIR

Berakhirnya Kisah Namrud....dengan seekor NYAMUK

Berakhirnya Kisah Qarun....dengan DITELAN BUMI

Berakhirnya kisah Abrahah...dengan BATU

Berakhirnya Kisah Ahzab...dengan TIUPAN ANGIN

Berakhirnya Kisah atTartuk...dengan SEEKOR SEMUT MERAH (Penyakit Misteri)

Berakhir Kisah Hitler....dengan MEMBUNUH DIRI

Allah mengakhiri kisah2 manusia yang Batil dengan pelbagai pengajaran...Jangan kita sibukkan diri bagaimana Kebatilan akan hilang...Kerana ia pasti akan Musnah

Tapi Sibukkan Diri kita...Bagaimana kita membela Islam...Kerana ia akan kekal dan Celakalah mereka yang Zalim

Semoga kita terus ISTIQAMAH membela agama dan menentang kebatilan yang semakin bermaharajalela....

Wednesday, December 28, 2016

KOMUNIS, WAHHABI, TAKFIRI, SYIAH, BIDAAH, *DAN PAS TERUS MENJADI REBUTAN.*

KOMUNIS, WAHHABI, TAKFIRI, SYIAH, BIDAAH, *DAN PAS TERUS MENJADI REBUTAN.*

Sewaktu para Ulama bersepakat menubuhkan PAS, semasa belum ada lagi kumpulan Islam yang berani dan mampu berperanan dalam setiap sektor masyarakat, PAS sudah menerima serangan pertamanya. PAS didakwa sebagai PEMECAH BELAH.

PAS menggesa kepada kemerdekaan. PAS menyeru supaya tidak tunduk kepada British. Pimpinan PAS tiupkan semangat mengusir penjajah kepada umat melayu. Lalu PAS dikaitkan dengan KOMUNIS.

PAS ambil pendekatan lawan nasionalisme kerana berunsur asobiyyah. PAS juga mendidik masyarakat dari awal tentang bahaya sekularisme. Malangnya PAS dituduh membawa AJARAN SESAT.

PAS membimbing masyarakat kearah kefahaman Islam berteraskan nas dan syarak yang sebenar. PAS bawa pembaharuan dalam kepercayaan dan amalan umat Islam. PAS secara jelas dan berhemah menerangkan kesesatan sebahagian amalan tradisi orang melayu. Hasilnya, PAS dituduh WAHHABI.

PAS turut memperkenalkan dakwah yang lebih berhikmah. PAS menyusun aulawiyat dalam menangani permasalahan umat, bermula dari perkara usul kemudiannya furu'. Lalu PAS dilabel AHLI BIDAAH.

PAS pernah membawa misi memperkenalkan Islam ke dalam sektor kerajaan, dengan menerima pelawaan membentuk kerajaan campuran. PAS juga kini mengamalkan budaya politik matang dan sejahtera, dengan membantu kerajaan dalam perkara baik tetapi tetap sebagai pembangkang. Padahnya, PAS dituding jari sebagai PENYOKONG KEZALIMAN dan ULAMA SU'.

PAS pernah berpihak kepada Iran dalam pertembungan negara tersebut dengan proksi Amerika, Iraq. PAS juga membawa konflik Timur Tengah ke meja rundingan antara penyokong pemerintah dan pendokong revolusi. Balasannya, PAS digelar SYIAH.

PAS sedaya upaya mengekalkan agama Islam dari diresapi pemikiran Liberalisme, Sosialisme dan seumpanya. PAS senantiasa menganjurkan usrah, liqa dan berbagai program tarbiyah bagi mengelakkan ahli dan masyarakat terjebak ke dalam kancah ideologi sesat. Walhasil, PAS dituduh JUMUD dan KONSERVATIF.

PAS mengembalikan slogan jihad yang hilang dari kamus umat Islam. PAS mengajak menegakkan khilafah melalui jalan damai. PAS menyeru untuk menentang sebarang unsur yang merosakkan Islam. Pulangannya, PAS mendapat nama sebagai EKSTREMIS dan TERRORIS.

PAS menerangkan batas-batas iman dan kufur. PAS menyedarkan ummah bahawa hidayah iman dan Islam perlu dijaga dengan rapi, bimbang tergelincir lalu membatalkan syahadah. Apa yang PAS terima adalah tuduhan TAKFIRI.

Hanya kerana PAS mahu mengamalkan Islam secara SYUMUL, maka semua peluru dihalakan kepada PAS. Hanya kerana PAS memilih islah mengatasi populariti, PAS dikritik setiap sudut.

PAS sudah diserang seawal penubuhannya lagi. Kalau ikutkan keadaan ini, PAS sudah dibenci oleh semua pihak. Atas bawah depan belakang kiri kanan, sepatutnya PAS sudah lama hancur dibelasah.

Tapi kerana berpegang kepada makna ISTIQAMAH, PAS masih bertahan, bahkan semakin berkilauan sinarnya menyilaukan mata-mata yang merenung. Hari ke hari, bilangan ahli PAS bertambah. Anak-anak muda menjadikan keahlian PAS sebagai trend semasa. Nama PAS sentiasa meniti dibibir kawan dan lawan. Cerita pasal PAS menjadi pelaris kepada media dan akhbar.

Benarlah seruan Presiden PAS, istiqamahlah mencari keredhaan Allah, kelak keredhaan manusia pasti akan bersama. Tiada guna berjaya mendapat sokongan manusia, tapi Allah pula yang murka.

Ujar Imam Ibnu Qayyim:
"رضا الناس غاية لا تدرك ورضا الله غاية لا تترك ، فاترك ما لا يدرك ، وأدرك ما لا يترك"
(Redha manusia adalah matlamat yang tidak mungkin dicapai, dan redha Allah adalah matlamat yang tidak mungkin ditinggalkan. Maka tinggalkan yang tidak dapat dicapai, dan capailah yang tidak dapat ditinggalkan.)

Nabi kita sendiri berpesan:
"مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس"
(Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.
Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua.)
[HR Ibn Hibban]

_(Alang Ibn Shukrimun)_

Telegram:
http://tinyurl.com/AlangIbnShukrimun
Facebook:
https://m.facebook.com/alangshukrimun/

Tuesday, December 27, 2016

Tuan Guru kami tidak sama dengan guru kamu.

Tuan Guru kami tidak sama dengan guru kamu.

Ada segelintir makhluk yang cuba mereka-reka falasi, kononnya Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Awang (TGHH), Naib Presiden Kesatuan Ulamak Islam Sedunia mengambil sikap yang sama dengan Ulamak Pro Sisi (UPS).

Berikut beberapa perbezaan yang perlu diperhalusi supaya kita tidak ditipu:

[1] UPS berpihak kepada kerajaan kudeta / sementara TGHH menyokong Ikhwan.

[2] UPS membiarkan tentera menjalankan operasi pembunuhan di Raba’ah / sementara TGHH menasihatkan ikhwan agar jangan balas dengan senjata, sabar. Biar dibunuh, jangan membunuh.

[3] UPS meniup sektarian mazhab / sementara TGHH cuba meredakan sektarian mazhab.

[4] UPS giat menjaja jurang antara mazhab / sedangkan TGHH giat mencari titik temu antara mazhab.

[5] UPS berhujah dengan sentimen mazhab / sedangkan TGHH berhujah dengan misi solidariti umat.

[6] UPS menyokong kerajaan kudeta yang disokong oleh Saudi si broker Amerika / sementara TGHH menyeru umat Islam supaya jangan dipergunakan oleh kuasa asing utk mencetuskan perang proksi.

[7] UPS menyokong kerajaan kudeta yang menumbangkan kerajaan sah pimpinan Mursi / sementara TGHH bertegas dgn pendekatan damai jangan sama sekali membabitkan senjata serta mengiktiraf kerajaan Mursi dizalimi.

[8] UPS menolak Ikhwan dan terang-terangan menuduh Ikhwan sebagai khawarij dan pelampau / sedangkan pendirian TGHH bersama Ikhwan & melihat Ikhwan ditumbangkan atas motif menyekat kebangkitan Islam di Mesir.

[9] UPS tidak membela nyawa-nyawa yg terbunuh khususnya pelajar-pelajar Azhar yg mati sepanjang peristiwa tersebut / sedangkan TGHH pergi ke Tehran utk menghentikan pertumpahan darah dari berterusan.

[10] UPS lunak dengan Kristian tetapi berkeras dengan Ikhwan / sedangkan TGHH menyeru ke arah kesatuan sesama ahli kiblat untuk fokus menentang kuasa kuffar.

[11] UPS bersama perampas kuasa yang cuba mendukung hubungan & kelangsungan Israel / sedangkan TGHH menyeru agar umat menghentikan peperangan saudara sekaligus kembali fokus terhadap ancaman Israel.

[12] UPS membiarkan nasib umat di Palestin kembali terbengkalai / sedangkan TGHH menjadikan survival Palestin sebagai ukuran untung rugi konflik Asia Barat.

[13] UPS bersama pihak yang meniup provokasi perang saudara di Mesir / sedangkan TGHH berusaha meredakan perang saudara di Mesir & Syria.

[14] UPS dikenali sejak awal sangat anti dengan gerakan Islam / sementara TGHH dikenali sejak dahulu merupakan pemimpin gerakan Islam antarabangsa.

[15] UPS bertemu dan menyokong Sisi si penzalim / sementara TGHH pergi bersemuka menyuarakan pandangan & kritikan serta mencadangkan plan solusi.

[16] UPS membiarkan darah umat tertumpah atas nama keluasan ijtihad / sedangkan TGHH mendedahkan konspirasi antarabangsa betapa murahnya harga darah umat Islam.

[17] UPS mendakwa sokongan mereka terhadap Sisi kononnya untuk kurangkan korban nyawa/sedangkan TGHH menyeru supaya bersabar & ke meja rundingan, bukan dengan senjata.

Falasi yang ditimbulkan seakan-akan sama dengan pepatah Arab;

“Dia yang pukul aku, dia yang menangis.”

Apabila Qabil mengaku Habil. Keliru antara pemangsa & mangsa.

Akhir kata, kami mengikuti Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang bukan kerana fanatik dungu berdalilkan mimpi & sakral keberkatan yang penuh misteri. Sebaliknya kami ikut beliau kerana hujah nas & fakta konspirasi serta bacaan geopolitik yang melatari pendiriannya. (ulamasedunia.org)

Muhammad Mujahid
Felo Akademi Al-Ghazali.

soalannya kenapa why arab tali barut amerika 100peratus???..

Turki yg sekular katanya tp xsama mcm arab negara islam walaupun hudud tercipta disana..soalannya kenapa why arab tali barut amerika 100peratus???..

DEKLARASI MOSCOW. RUSSIA - IRAN - TURKI
(20 Disember 2016)

Setelah tragedi Aleppo pada awal Disember yang lalu, Turki yang sebelumnya sebagai salah satu pendukung pemberontak Syria (Rebels/US) nampaknya mulai bertukar pakatan. Tidak ada lagi keinginan memaksa jatuhnya Bashar Assad dan tidak ada lagi sentimen sunni-syiah seperti yang dimainkan sebelumnya oleh corong corong media Amerika dan Sekutunya.

Russia, Turki, Iran sepakat menandatangani kesepakatan bersama untuk pemulihan Syria dalam Moscow Declaration yang ditandatangani pada 20 Disember 2016. Ertinya, Syria akan dipulihkan dari kancah peperangan, ketidakstabilan, dan Syria akan dijaga keamanannya termasuk menjaga dari serangan para kelompok militan atau mana2 kelompok pro US/Arab Saudi.

Kesepakatan ini cuba diganggu oleh Mert Altintas, seorang aktivis yang menembak mati duta Russia, Andrei Karlov di Turki pada 19 Des 2016 atau sehari sebelum penandatanganan Moscow Declaration. Walaubagaimanapun, deklarasi ini tetap berlangsung.

Langkah Turki ini, meninggalkan rasa sakit hati dan membuat berang pihak pemberontak Syria (rebels) yang diterajui oleh Amerika, negara negara NATO, Arab Saudi dan Qatar, kerana Turki sebelumnya adalah sebahagian dari kubu pendukung & kepercayaan Amerika.

Nampaknya Turki tidak mahu lagi menanggung beban lebih banyak lagi dalam perang Syria . Dana, persenjataan, tentera dan emosi telah banyak dikerahkan dan dicurahkan Turki untuk membantu Amerika dan sekutunya menjatuhkan rezim Bashar Assad. Apalagi Turki juga menanggung lebih dari 2 juta pelarian perang Syria, paling banyak menampung pelarian diantara negara negara lain. Juga sokongan terang terangan Amerika terhadap pemberontak Kurdis di Syria utara, yang merupakan tamparan bagi pemerintahan Turki.

Sementara itu, Bashar Assad dengan dukungan Rusia, Iran dan China nampaknya semakin tidak terbendung di Syria. Bahkan dukungan Amerika dan NATO terhadap para pemberontak, tidak menunjukkan hasil yang diinginkan. Syria juga bukan Iraq atau Libya yang mudah ditundukkan. Bahkan walau perang sudah memasuki tahun keenam, tanda tanda kekalahan Bashar Assad tidak tampak. Jelas, Bashar Assad bukan Saddam Husein atau Muamar Gaddafi yang mudah digantung atau ditembak mati.

Langkah Turki merapat ke Moscow bererti meninggalkan sekutu sunninya, iaitu Arab Saudi dan Qatar. Turki telah menunjukkan sebagai negara independen yang tidak takut dengan gertakan Amerika, NATO atau siapapun. Turki merasa berhak bekerjasama dengan siapapun tanpa memusuhi yang lain. Langkah Turki adalah langkah rasional sebagai negara merdeka dan independen. Dan memang seharusnya demikianlah sebuah negara independen.

Berbeza dengan Turki; Arab Saudi dan Qatar adalah negara dimana satu kakinya sudah diikat oleh Amerika. Hampir tidak mungkin meninggalkan pakatan Amerika dan NATO. Kedua negara ini tidak berani kata hatinya dalam banyak hal timur tengah terutama ketika ada kepentingan Amerika disitu. Arab Saudi dan Qatar lebih banyak bersembunyi di disebalik Amerika dan NATO.

Jelas, Moscow Declaration menjadi dasar dan pemulihan rakyat Syria. Sekaligus memberi tamparan dan mengakhiri the dirty war atau perang kotor yang dibawa Amerika dan NATO serta sekutu Timur Tengahnya. Mengakhiri drama paling menggelikan antara isu sunni-syiahnya. Semoga kedamaian dan kesejahteraan dapat dikembalikan kepada rakyat Syria akhirnya.

Tambahan : Dengan Moscow Declaration ni,terbukti pemergian TGHH ke Iran bagi membincangkan Isu Syria dan mahu perang ditamatkan segera adalah satu perkara yang bertepatan..Ini kerana perang di Syira bukan lagi perang Sunni/Syiah,tapi perang yang mana akan membawa keuntungan bagi blok barat.Sudut pandangan bagi krisis Syria ini bukan boleh dipadang dari bilik yang sempit,tapi perlu berada dilapangan antarabangsa..

Kredit : Shazarul Salmi

Sunday, December 25, 2016

Nabi Isa tetap nabi Isa. Jesus bkn nabi isa. jesus dianggap tuhan kpd nasrani. Kita jgn sesekali mngatakan jesus itu nabi

Nabi Isa tetap nabi Isa. Jesus bkn nabi isa. jesus dianggap tuhan kpd nasrani. Kita jgn sesekali mngatakan jesus itu nabi isa atau nabi isa itu jesus. Dlm al quran x disebut jesus pon. Yg disebut adalah isa ibni mariam....dek hanya krn sebutan saja kita blh trbabas akhidah.

Kristian berpecah 4, semua pecahan tu mensyirikkan Allah

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10208012970382707&id=1251877796

FAHAMI KONSEP NASIHAT

FAHAMI KONSEP NASIHAT.

APABILA saya menegaskan bahawa PAS mengambil pendekatan menjadi pembangkang yang menasihati kerajaan, ramai kalangan yang terlalu bersemangat, sehingga mahu menjadi pembangkang semata-mata, atau terpengaruh dengan  musuh Islam yang mencipta provokasi. Maka, yang lemah imannya menjadi tidak Istiqamah. Di sini saya kemukakan huraian Al-Quran dan Sunnah yang menjadi perkara dasar yang tertinggi dalam Undang-Undang Tubuh PAS.

PAS menetapkan supaya setiap majlisnya, usrah, perjumpaan besar dan kecil  ditutup dengan bacaan Surah Al-Asr, di dalamnya ayat yang menegaskan betapa konsep nasihat sangat penting kepada Jamaah Islam dan ummatnya dengan makna yang luas bagi diri dan terhadap semua pihak temasuk musuh yang paling zalim. Ini kerana mesejnya kepada seluruh manusia, firman Allah:

وَتَوَاصَوْا بِالْحَقِّ وَتَوَاصَوْا بِالصَّبْرِ

"Dan berpesan-pesan (Nasihat menasihati) dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran." [Surah Al-Asr : ayat 03]

Ayat ini menegaskan gabungan konsep nasihat dan sifat sabar.

Hadis Rasulullah SAW pula menegaskan:

الدِّينُ النَّصِيحةُ  قلنا : لِمَنْ ؟ قَالَ : لِلهِ وَلِرَسُولِهِ وَلأئِمَّةِ المُسْلِمِينَ وَعَامَّتِهِمْ

“Agama itu nasihat.
Kami (Para sahabat) bertanya: Untuk siapa?
Sabdanya: Kepunyaan Allah, Rasulnya, para pemimpin kaum muslimin dan seluruh mereka.” [Riwayat Muslim]

Hadis ini menegaskan nasihat dengan rukun Iman yang asasi dan hubungannya secara bermasyarakat madani yang menjadikan manusia bersaudara. Perkataan nasihat adalah salah satu daripada perkataan bahasa Al-Quran (mukjizat ilmu) yang sangat luas makna dan mafhumnya, sehingga merangkumi segala kata dan pendekatan untuk mengajak kepada kebaikan dan kebajikan, termasuk meninggalkan segala kemungkaran atau kejahatan dalam segala aspek. Jangan peduli kepada yang buta Al-Quran.

Allah juga mengesah dan menafsirkan dalam Al-Quran bahawa konsep nasihat dilakukan oleh semua Para Rasul AS terhadap manusia di zamannya, termasuk terhadap penentangnya yang paling zalim. Nabi Nuh AS menegaskan kepada kaumnya:

وَأنْصَحُ لَكُمْ

"Dan aku memberi nasihat kepada kamu." [Surah Al-A'raf : ayat 62]

Nabi Hud AS menegaskan kepada Kaum Aad:

وَأنَا لَكُمْ نَاصِحٌ أمِينٌ
 
"Dan aku juga adalah penasihat yang amanah kepada kamu." [Surah Al-A'raf : ayat 68]

Apabila seorang hamba Allah datang menasihati Khalifah Abbasiyyah Al-Makmun kerana ketelanjurannya, tiba-tiba menggunakan kata-kata yang kesat, kasar dan keras. Maka Al-Makmun menjawab ; "Sesungguhnya orang yang lebih baik daripadamu, diperintah Allah supaya menasihati orang yang lebih jahat daripadaku, dengan bahasa yang baik". Allah menegaskan kepada Nabi Musa AS dan Harun AS yang lebih baik daripadamu, ditugaskan menghadapi Fir’aun  yang lebih zalim daripadaku supaya mengunakan bahasa yang lebih baik. Allah berfirman :

اذْهَبَا إِلَى فِرْعَوْنَ إِنَّهُ طَغَى * فَقُولَا لَهُ قَوْلًا لَيِّنًا لَعَلَّهُ يَتَذَكَّرُ أَوْ يَخْشَى *

"Wahai Musa dan Harun !, pergilah kamu berdua kepada Fir’aun. Sesungguhnya Dia toghut (terlalu melampau). Katakanlah kepadanya dengan ucapan yang lembut, mudah-mudahan dia menerima pengajaran atau merasa takut (kepada Allah)." [Surah Toha : ayat 43 - 44]

Hikmatnya ialah kerana Islam adalah rahmat Allah yang menyelamatkan manusia dengan memberi petunjuk ke jalan yang benar, adil dan kebahagiaan dunia dan akhirat. Mesej para Rasul AS yang membawa Islam adalah  menyelamatkan manusia bukannya menghalau atau mencari musuh seramai-ramainya. Allah menegaskan kepada Rasulullah SAW supaya menjadi contoh kepada umatnya sehingga hari kiamat:

وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِينَ * وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ * وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ * وَإِمَّا يَنْزَغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نَزْغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ *

"Siapakah yang lebih baik ucapannya daripada orang yang berdakwah kepada petunjuk Allah (Islam) serta dia mengerjakan amal soleh dan menegaskan ; Bahawa  saya termasuk dikalangan orang-orang  Islam. Tidak sama kebaikan dibandingkan dengan kejahatan. Maka balaskan yang terbaik terhadap orang yang berlaku jahat terhadapmu. Maka tiba-tiba  orang yang bermusuh antaramu dan dia bertukar menjadi  teman yang saling mengasihi. Dan tidaklah dapat menerimanya melainkan oleh orang-orang yang sabar dan tidaklah boleh menerimanya malainkan oleh orang-orang yang berhak mendapat ganjaran yang besar (daripada Allah). Dan apabila syaitan cuba memesongkan kamu dengan sesuatu caranya, maka mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dialah Tuhan Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat." [Surah Fussilat: ayat 33-36]

Apabila Rasulullah SAW menyerahkan bendera perang Khaibar kepada menantunya Ali bin Abi Talib, yang terlalu tinggi semangatnya untuk memerangi kaum Yahudi pengkhianat perjanjian, ditegaskan dengan sabdanya:

انفذ على رسلك حتى تنزل بساحتهم، ثم ادعهم إلى الإسلام، وأخبرهم بما يجب عليهم من حق الله تعالى فيه، فوالله لأن يهدي الله بك رجلاً واحداً خيرٌ لك من حمر النعم

"Laksanakan tugas sehingga apabila kamu tiba dilapangan mereka, kemudian  ajak mereka kepada Islam dan beritahu kepada mereka apa-apa yang wajib keatas mereka terhadap Allah. Maka Demi Allah! Kejayaanmu menjadikan seseorang mendapat petunjuk Allah lebih baik daripada kenderaan yang paling mahal harganya." [Muttafaqun Alaih]

Apabila berjaya membebaskan Mekah daripada jahiliyah maka jumlah yang dimaaf berlipat kali ganda daripada yang dihukum. Kita jangan berlagak lebih kuat Islam dan taqwa sehingga merasa lebih daripada Rasulullah SAW.

PAS memilih pendekatan semokrasi barat kerana perubahannya daripada demokrasi purba kepada demokrasi moden hasil kajian para orentalis mereka daripada penulisan para ulama Islam. Ini menunjukkan pengaruh Islam memilih pendekatan damai (muwajahah silmiyyah) dalam perubahan politik barat, dan Islam lebih berhak daripada mereka.

Maka ahli politik PAS yang menjadi pembangkang wajib mengambil contoh daripada Al-Quran dan Sunnah, bukannya  pembangkang daripada England, Amerika Syarikat, Amerika Latin, Taiwan, Korea, Jepun dan sebagainya.

Mesej kita  bukan merampas kuasa semata-mata kerana singgahsana, kerusi dan pangkatnya, tetapi menjadi penyelamat. Permulaannya menasihati pihak yang berkuasa supaya meninggalkan kemungkaran kepada yang baik, atau akhirnya kalau mereka tidak berubah caranya mengambil alih kuasa  menjadi penyelamat tanpa dendam kesumat.
Nasihat juga kena pada tempat dan keadaan. Allah juga berfirman:

وَلا تُجَادِلُوا أَهْلَ الْكِتَابِ إِلا بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ إِلا الَّذِينَ ظَلَمُوا مِنْهُمْ

"Dan jangan kamu berdebat dengan ahli kitab malainkan dengan cara yang terbaik, malainkan terhadap orang-orang zalim di kalangan mereka." [Surah Al-Ankabut : ayat 46]

Walaupun terhadap yang zalim sabda Rasulullah SAW:

انصر أخاك ظالما أو مظلوما

"Tolonglah saudaramu yang  zalim dan  dizalimi."

قالوا يا رسول الله هذا ننصره مظلوما فكيف ننصره ظالما ؟

"Mereka bertanya: Wahai Rasulullah! yang ini kami menolongnya kerana dizalimi, maka bagaimana pula menolong orang yang zalim."

Sabdanya:

تأخذ فوق يديه

"Kamu pegang tangannya (mencegahnya daripada berlaku zalim)."

Kita berdepan penganut Islam yang tenggelam dalam pengaruh penjajahan pemikiran, namun dalam hati mereka masih wujud kemanisan Iman dan kalangan bukan Islam pula  sudah berilmu dan mencari kebenaran.

Rasulullah SAW mengajar kebijaksanaannya bukan marah dan semangat tanpa kawalan yang istiqamah mengikut pasang dan surut. Sabda Rasulullah SAW lagi :

ليس الشديد بالصرعة، إنما الشديد الذي يملك نفسه عند الغضب

"Bukanlah orang yang gagah perkasa itu dengan bertindak keras melulu. Sesungguhnya orang yang sebenarnya gagah perkasa itu ialah yang dapat mengawal diri  ketika marah." [Muttafaqun Alaih]

Di atas konsep ini, Rasulullah  SAW berhijrah setelah diwujudkan masyarakat Madinah yang menerima Islam dengan bai’ah ikatan perjuangan yang tidak ditukar dengan isteri, kawan, harta, pangkat serta menggabungkan  Tahaluf (Persefahaman kerjasama dalam perkara yag baik), Ta’awun dan lain-lain, bersama kalangan bukan Islam yang berdamai  tetapi menerima kedaulatan Islam.

Di atas konsep ini juga apabila Raja Masqat dan Oman, Raja Habasyah dan Bahrain yang menerima Islam dikekalkan memimpin kerajaan masing-masing, tanpa dirampas kuasa dan takhta mereka.

Di atas prinsip dan konsep Islam yang teguh juga para generasi awal bersedia menghadapi kuasa besar dunia Parsi, Rom dan lain-lain yang paling keras mengikut keadaan, tanpa menyerah kalah sehingga mati atau menang. Akhirnya kuasa paling besar, paling zalim dan keras jatuh dan tumbang. Berkonsepkan meruntuh jahiliyah dan menegakkan Islam, bukannya menggantikan jahiliyah dengan jahiliyah.

Maka perjuangan Islam tidak boleh dilaksanakan oleh mereka yang keras semata-mata dan selama-lamanya. Perjuangan Islam juga tidak layak dilaksanakan oleh kalangan yang malu meyebut Islamnya, lebih-lebih  lagi yang pengecut menyebut Islamnya. Perjuangan Islam juga tidak layak kepada mereka yang menyerah kalah menghadapi kekerasan, atau menentang kekerasan dengan kekerasan tanpa sempadan, atau terpukau dengan habuan jawatan dan harta sebelum menang dan selepas kemenangan, atau bermimpi dengan seronok  bersama kabinet bayangan.

Dalilnya apabila Rasulullah SAW tegas menolak semua tawaran, kemudahan dan kesenangan takhta, harta dan wanita yang menggadaikan prinsip. Konsep asas dan matlamat perjuangan Islam yang tidak disembunyikan, walaupun terpaksa menghadapi cabaran yang datang daripada segenap penjuru dan terpaksa  mengharungi perjalanan yang jauh tanpa dilihat penghujungnya dengan mata kasar.

Rasulullah SAW tidak berbaiah dengan para pemimpin Bani Amir yang meminta jawatan sebelum menang. Hanya berbaiah dengan kalangan Ansar yang beriman dan budiman bersama perjuangan dengan ikhlas meletakkan wawasan Akhirat. Namun melihat dengan cahaya iman kepada kebenaran daripada Allah dan janji Allah di dunia yang dekat dan akhirat yang belum dilihat. Menempah pahala menyelamatkan manusia seramai-ramainya. Bukannya merosak dan membunuh seramai ramainya.

Allah SWT mengingatkan akan kita semua dengan Firman-Nya di dalam Al-Quran :

فَاسْتَقِمْ كَمَا أُمِرْتَ وَمَنْ تَابَ مَعَكَ وَلَا تَطْغَوْا إِنَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ بَصِيرٌ * وَلَا تَرْكَنُوا إِلَى الَّذِينَ ظَلَمُوا فَتَمَسَّكُمُ النَّارُ وَمَا لَكُمْ مِنْ دُونِ اللَّهِ مِنْ أَوْلِيَاءَ ثُمَّ لَا تُنْصَرُونَ

"Beristiqamah sebagaimana engkau diperintah (Wahai Muhammad SAW) bersama sesiapa yang bertaubat bersamamu, dan kamu  jangan melampau, sesungguhnya Allah Maha Melihat apa-apa yang kamu amalkan. Dan jangan cenderung kepada orang-orang yang zalim nanti kamu disambar api neraka, dan tiada wali (yang wajib diberi kesetiaan) bagi kamu selain Allah, nanti kamu tidak diberi pertolongan." [Surah Hud: ayat 113]

Dan Firman Allah kepada Rasul-Nya yang menjadi ikutan kita:

خُذِ الْعَفْوَ وَأْمُرْ بِالْعُرْفِ وَأَعْرِضْ عَنِ الْجَاهِلِينَ * وَإِمَّا يَنزغَنَّكَ مِنَ الشَّيْطَانِ نزغٌ فَاسْتَعِذْ بِاللَّهِ إِنَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ

"Ambillah sikap bermaafan dan suruh kepada yang baik. Jangan peduli terhadap orang-orang yang jahil. Jika kamu dirasuk syaitan oleh apa-apa cara rasakannya, mintalah perlindungan Allah. Sesungguhnya Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Surah Al-A'raf: ayat 199-200]

Sebenarnya kini, kita tenggelam dengan bencana zaman orang-orang jahil menulis dan bercakap tanpa ilmu di bawah langit tanpa sempadan. Perjuangan kita bukan akal tanpa sempadan dan hidayah, kita mengikut sempadan Allah menghadapi peganut Islam yang paling baik, sederhana dan menzalimi diri sendiri, menghadapi golongan munafik, kafir yang berdamai dan bermusuh, namun semuanya adalah hamba Allah dan ummat Dakwah Muhammad SAW.

"BERISTIQAMAH HINGGA KEMENANGAN"

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS

13 Rabiul Awwal 1437 / 25 Disember 2015

Kehadiran Presiden PAS ke Program di Teheran Dijadikan Polemik

Kehadiran Presiden PAS ke Program di Teheran Dijadikan Polemik

Kehadiran Presiden PAS ke program di Teheran dijadikan polemik. Ia bermula panas apabila ada seorang Arab mengecam kehadiran Presiden PAS ke program tersebut tanpa menyelidiki sebab musabbabnya.

Ia lalu disambut oleh beberapa orang yang ada nama sebagai orang ada ilmu agama di Malaysia juga mengecam. Salah seorangnya menghantar whatsap peribadi kepada saya bertanya betulkah gambar yang tersebar. Saya menjawab: ya itu program tahunan taqrib mazhab. Tak lama selepas itu keluar tulisannya mengecam Presiden PAS. Tak ada pula ditanya: kenapa presiden PAS hadir? Apa yang dibuat? Entahlah apa niatnya!!! Saya serahkan kepada Allah menilainya.

Kemudian Arab tersebut menulis surat terbuka kepada Kesatuan Ulamak (KUIS) agar "menghalau" Presiden PAS daripada Kesatuan Ulamak kerana kehadiran tersebut.

Kenyataan dikeluarkan oleh Setiausaha Politik Presiden menyatakan kehadiran Presiden PAS telah "dimaklumkan" kepada Setiusaha KUIS.

Kemudian keluar pula kenyataan media KUIS dengan bahasa keras mengecam kehadiran Presiden PAS juga tanpa mendapatkan penjelasan terlebih dahulu.

Isunya ialah perang di Syria. Bagaimanakah perlu diselesaikan?

Maka berteriak dan bertempiklah pelbagai pihak yang sememangnya menanti "bola tanggung" untuk menyerang Presiden PAS.

Media Sosial menjadi medan mengecam dan batu api. Prasangka diperluas dan diperbesarkan. Setiap orang ingin menulis sama ada dengan ilmu atau tanpa ilmu. Tanpa sedar bahawa Malaikat mencatat setiap apa yang dititipkan. Ramai yang sedang "makan daging mayat saudaranya" sendiri. Dosa yang tidak terampun melainkan jika hanya dimohon maaf kepada empunya diri.

Presiden PAS mengambil sikap menghantar surat kepada Syeikh Qardawi menjelaskan pendirian beliau dalam isu perang di Syria. Ia adalah pendirian seorang Presiden kepada sebuah parti dan tidak semestinya mewakili pendirian KUIS.

Saya juga mengeluarkan kenyataan dalam versi Arab dan Melayu menegaskan kehadiran beliau atas kepentingan PAS dalam menyampaikan pandangan dalam apa sahaja forum.

Bagi saya isu ini tidak perlu dipolemikkan. Sikap saling menghormati pendiriaan mesti ada.

PAS sepertimana seluruh umat Islam bersatu hati dalam mengecam tindakan perang oleh Bassyar sehingga menyebabkan pertumpahan darak rakyat. Tinggal lagi bagaimana pendekatan bagi menyelesaikan isu ini. Bagaimana Kita melihat akar umbi permasalahan. Siapa yang sebenarnya mendapat keuntungan? Siapa di belakang tabir? Bagaimana perlu dihentikan perang bagi menyelamatkan nyawa.

Kita berbeza pada cara menangani dan melihat sisinya tetapi bersatu dalam mengecam pembunuhan dan peperangan. Itu adalah hak setiap orang untuk berbeza sudut pandang.

Kehadiran Presiden PAS dalam KUIS tidak mengikat sebuah parti seperti PAS untuk mempunyai pendirian tersendiri dalam pelbagai isu dunia.

KUIS sebagai sebuah Kesatuan peringkat internasional perlu menjadi platform tokoh-tokoh Ulamak untuk bertemu dan berdiskusi mencari titik sepakat dalam pelbagai isu ummah dan menghormati lerbezaan.

KUIS berhak berbeza pandangan dengan Presiden PAS.

Namun, ada pihak dilihat sangat seronok sekiranya Presiden PAS dilihat tidak lagi bersama KUIS.

Sebagaimana barat mahu umat bertembung sesama sendiri di bumi Syria, Iraq, Palestin, Mesir, Libya maka begitulah mereka juga mahu KUIS juga dilihat bertembung sesama sendiri.

Hari ini ada pula parti yang majoriti pimpinannya tidak Islam yang sememangnya memusuhi PAS tumpang semangkuk atas isu ini dalam perutusan Krismasnya. Biarkanlah....

Saya yakin tokoh-tokoh Ulamak seperti Syeikh Qardawi dan Tuan Guru Hj Hadi akan sentiasa bersama menghadapi permainan pihak berkepentingan dalam memecah belahkan umat.

Dr Khairuddin Takiri
Dewan Ulamak PAS Pusat
24 hb Disember 2016, Belgium.

Belajar dari sheikh hadi

Mantan Imam Masjid Al Aqsa dan Ketua Rabitah Ulama Palestin, Syeikh Mahmud Siyam pernah menyebut, "Kalau kamu mahu belajar feqah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.. Kalau kamu mahu belajar politik, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi

.. Kalau kamu mahu belajar sejarah, belajarlah dengan Syeikh Abdul Hadi.."

Takde pulak Syeikh Mahmud sebut nama Maza, Rora, Juanda, Ahmad Awang atau yg seangkatan dengan mereka..

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10207999016273863&id=1251877796

Saturday, December 24, 2016

SELAMATKAN UMAT SYRIA DAN ALEPPO

SELAMATKAN UMAT SYRIA DAN ALEPPO

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Ustaz Salman Ali, Ustaz Rozaimie Ramli dan Dr MAZA menyindir kehadiran TG Haji Hadi ke konferens perpaduan ummah. Tidak pelik, kerana mereka berpegang dengan idea perang di Syria adalah perang sektarian, yakni perang akibat mazhab (Sunni vs Syiah).

2) Bukan mereka sahaja, tetapi kumpulan yang dituduh sebagai Wahabi (yang mereka nafikan), memang mempercayai ia adalah perang sektarian. Meyakini secara jelas yang Syiah sedang berpakat dengan Russia membaham saudara kita di Syria/Aleppo.

3) Saya rasa TG Haji Hadi ke sana bukanlah untuk memihak kepada USA atau Russia, Sunni atau Syiah. Beliau ke sana untuk menjai orang tengah mendamaikan pihak yang bertelagah dalam usaha menyelamatkan puluhan ribu rakyat Aleppo dan Syria daripada terus menjadi mangsa.

4)Yang awak sindir dia sebagai "Bermesra dengan perogol saudara kamu, pembunuh saudara kamu adalah sikap penghinaan kepada saudara sendiri!" itu kefala vana apa? You hanya nampak perang antara Sunni dan Syiah. You tak pandang penderitaan umat di sana yang tidak terlibat pun dengan perang.

5) Saudi ada kepentingan. USA ada kepentingan. Russia juga ada kepentingan. Anda beriman dengan media-media sebelah pihak tanpa tabayyun sebagai agamawan yang 'pakar' hadis. Saya tidak nafikan kezaliman Basyar Assad. Namun berita yang kita dapat daripada media-media antarabangsa belum tentu tepat. Ia adalah bercampur dengan ulasan dan emosi penulis berita, yang mungkin juga telah dibrainwash cara berfikirnya.

6) Saya percaya punca utama pergolakan yang berlaku adalah akibat daripada kezaliman pemerintahan ke atas rakyatnya. Bukan pertembungan Sunni vs Syiah. Kemudian faktor luar datang menyemarakkan semangat kumpulan-kumpulan pemberontak yang tidak berpuas hati dengan pemerintah.

7) Faktor luar itu datang dengan agenda hegemoni untuk menguasai rantau dari segi politik dan ekonomi. Penguasaan hegemoni blok US dan Barat mahu dilebarkan ke Syria sebagaimana mereka berjaya menakluki Iraq dan Libya yang suatu masa dahulu berstatus musuh kepada penguasaan mereka di rantau itu.

8) Untuk menyembunyikan agenda tersebut, mereka mencanang perang sektarian Sunni vs Syiah, supaya dunia melihat perang itu bukan disebabkan mereka. Ia adalah seranpang tiga mata, atau satu batu membunuh tiga ekor burung.

9) Satu perang yang bakal membolehkan mereka menguasai rantau, mencemarkan imej Islam dan memberitahu dunia bahawa mereka adalah penyelamat. Tindakan mereka ini pula membuka mata satu lagi blok kuasa besar, yakni Russia dan sekutunya, untuk datang menyelamat rantau daripada pengaruh hegemoni USA dan Barat. Mangsanya adalah umat Syria dan Aleppo, bukan sahaja umat Islam, bahkan umat Kristian juga di dalamnya menjadi mangsa.

10) Bukankah dalam youtube dan facebook banyak menunjukkan kekejaman tentera basyar dan kejahatan Syiah membunuh saudara kita di sana? Anda perlu faham. Perang ini sudah berlanjutan sekian lama, sehingga punca awalnya tenggelam dek propaganda. Video itu boleh jadi benar, boleh jadi manipulasi. Tidak pelik jika ada video itu benar sekalipun kerana fasa sekarang boleh dianggap fasa kejayaan propaganda sehingga kumpulan-kumpulan yang bertelagah juga terperdaya dengan Sunni vs Syiah, lalu berperang atas nama Sunni vs Syiah.

10) Luaskan pembacaan anda. Jika anda rasa ia sektarian, saya khuatir anda hanyalah terperdaya dengan mainan media hegemoni musuh yang sebenar. Kita kata Syiah jahat atas alasan video dan berita. Begitu juga di pihak sana, orang Syiah disajikan dengan video yang sama  dikatakan keganasan Sunni terhadap mereka. Akhir sekali perang semakin kuat menyala, dendam semakin bernanah membarah. Siapa yang menang akhirya?

Sekian

Friday, December 23, 2016

Syria: Rundingan mampu tamatkan konflik

Syria: Rundingan mampu tamatkan konflik
DR ABDUL MUNTAQIM ABU BAKAR | 23 Disember 2016.

KESATUAN Belia Islam Asia (AFMY) memandang secara lebih terperinci isu konflik Syria yang telah mengalami perang berpanjangan sejak fenomena Arab Spring sehingga memakan angka korban yang tinggi.

AFMY menggesa agar semua pihak tidak meneruskan spekulasi dengan perkembangan terkini jalan penyelesaian konflik Syria yang cuba diusahakan oleh Presiden PAS, Sheikh Abdul Hadi Awang.

Perlu diakui, Sheikh Abdul Hadi Awang mempunyai pengalaman yang tinggi sebagai juru runding berwibawa dalam menyelesaikan banyak konflik yang melanda negara-negara umat Islam sama ada di wilayah Asia, Timur Tengah dan seluruh dunia bagi membantu menguatkan dan menyatukan umat Islam.

Firman Allah SWT;

وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا ۚ

Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai;

Secara umumnya, AFMY melihat langkah Sheikh Abdul Hadi Awang menepati beberapa proses penyelesaian konflik seperti;

1.Memahami dan menghuraikan konflik Syria-Aleppo secara mendalam dalam kerangka yang lebih luas tanpa pengaruh media musuh dan proksi musuh.

2.Mengambil sikap berusaha berkomunikasi dengan pihak-pihak yang terlibat secara dekat di dalam konflik Syria termasuk pihak oposisi dan kumpulan Islam. segala perancangan dan perangkap musuh dapat dipatahkan.

3.Berbincang dengan pelbagai pihak yang memerhati konflik Syria dan Asia Barat termasuk dari kalangan cendekiawan, pimpinan gerakan Islam, kerajaan, dan NGO akan solusi terbaik .

4.Memilih pendekatan terbaik yang mampu menyelesaikan permasalahan konflik Syria tanpa terpalit sentimen negara dan aliran mazhab yang telah memecahkan dunia Islam.

5.Mengambil pendekatan perantara pihak ketiga yang berupaya memberi langkah cerah ke jalan penyelesaian seperti negara-negara Islam, Kesatuan Ulamak Islam Sedunia, OIC dan lain-lain yang difikirkan wajar.

6.Memikirkan langkah alternatif yang tuntas setelah pihak perantara kurang memberi kesan penyelesaian terhadap konflik Syria. Ini termasuklah mengambil ruang mengemukakan pendirian yang jelas bagi menamatkan konflik Syria khususnya Aleppo di dalam persidangan Majma' Taqrib yang berlangsung di Iran baru-baru ini.

7.Menghadapi situasi konflik dengan usaha memberikan tekanan dan desakan yang tinggi untuk menggesa semua pihak menghentikan konflik perang dan jenayah kemanusiaan Syria. Desakan dan tekanan wujud secara konsensus dengan semua pihak hasil kejayaan rundingan.

Seterusnya, AFMY menyelar sikap pelbagai pihak sama ada individu atau kumpulan Islam yang cuba memberi kesimpulan awal secara dangkal bagi mengundang persepsi negatif terhadap usaha ini.

Semua pihak disaran menilai sewajarnya serta menonjolkan sikap optimis terhadap langkah yang diambil agar konflik Syria berjaya diselesaikan dengan segera dan seterusnya melakar momentum kebangkitan baru dalam dunia Islam.

DR ABDUL MUNTAQIM ABU BAKAR
Setiausaha Agung,
Asian Federation of Muslim Youth (AFMY)
23 Disember 2016 | 23 Rabi'ul Awwal 1438H

APAKAH INI BUKTI MALA FIDE MAZA TERHADAP TGHH ?

APAKAH INI BUKTI MALA FIDE MAZA TERHADAP TGHH?
- oleh Salam Muhammad @ BayangDiAir

"Jika ucapan Hadi itu menonjolkan bantahan umat Islam terhadap Islam, pada saya, apa yang Hadi buat itu ok lah. Namun secara peribadi yang saya lihat, setakat yang dilaporkan media, saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran. Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir."

Demikianlah kata-kata Mohd Asri Zainal Abidin ( MAZA) dalam mengulas kunjungan TGHH ke Tehran. Itukah standard pandangan seorang  mufti yang kelek  Phd? Mengapa aku kata demikian? Mari kita menyelami bait-bait petikan  tulisan beliau di atas.

Pertama, beliau menggunakan perkataaan ‘jika’. Ini bermakna beliau tidak pasti. Maka sudah pastinya  beliau tidak tahu isi sebenar ucapan TGHH. Beliau belum pasti dan belum tahu perkara sebenar namun bagai terjun tidak bertangga beliau mencapai pena. Terus mengulas dan menulis. Gelojoh juga MAZA ni.

Kedua, beliau berkata “secara peribadi yang saya lihat setakat yang dilaporkan oleh media”  menggambarkan sekali lagi beliau tidak pasti. Beliau hanya berpandu kepada laporan media. Media apa yang  MAZA rujuk. Berita daripada Reuters, Aljazeera, CNN CNBC, AFP? Bolehkah  MAZA pastikan syarikat-syarikat berita itu adil dan benar dalam melaporkan berita dari dunia Islam? Tidakkah berita-berita yang beliau rujuk itu ada kepentingan Barat yang memusuhi Islam  atau bias kepada sesuatu pihak?

Semua orang boleh merujuk kepada laporan media. Tetapi adakah laporan media itu boleh dibawa untuk berhujah? Adakah laporan media merupakan laporan yang mesti tepat? Bolehkah saya menghukum seseorang hanya berpandukan laporan media? Bagaimana andai laporan media itu tidak tepat, spin dan sebagainya? Maka sudah pasti saya menjadi penyebar fitnah kerana buat cerita yang bukan-bukan. Jadi, MAZA bagaimana?

Ketiga, beliau begitu yakin  dengan berkata,  “saya tidak nampak apa-apa kritikan yang tegas terhadap Iran.Sebaliknya ucapan Hadi memuji Iran dari awal hingga akhir.” Ini mala fide namanya. Mula-mula tadi tak pasti, tiba-tiba di hujung tulisan beliau  tahu pula isi ucapan TGHH dari awal hingga akhir. Dan isi ucapan yang dikatakan itu semuanya memuji Iran dari awal hingga akhir. Ini jahat, atau fitnah, atau apa namanya, MAZA?

Kalau begitulah standard methodologi pemikiran MAZA, budak lepasan SPM yang minat menulis pun boleh menulis macam itu. Kerja begini biasa dibuat oleh pelacur politik saja yang suka edit-edit gambar lelaki perempuan.  Itu bukan taraf Phd-lah MAZA. Aku bimbang satu je. MAZA  menulis bertolak dari premis ego, Wahabi atau sesuatu penyakit yang tersembunyi di dalam diri. Tabayyun MAZA.

APA BEZA TG HAJI HADI DAN ERDOGAN DALAM ISU SYRIA ?

APA BEZA TG HAJI HADI DAN ERDOGAN DALAM ISU SYRIA?

Oleh: Dr Tanaka Mustafa

1) Jika pembunuhan duta Rusia di Turki itu berlaku setahun lalu, sudah tentu perang telah meletus antara Turki dan Rusia. Kejadian tentera Turki menembak jatuh pesawat Rusia suatu ketika telah menyebabkan Putin marah. Erdogan menghantar surat memohon maaf daripada Moscow. Hubungan berjaya dipulihkan.

2) Musuh Turki ada dalam dan luar. Kejadian tembak jatuh pesawat Rusia seakan terjawab dengan keterlibatan pilot yang menembak jatuh pesawat Rusia itu terlibat dalam insiden rampasan kuasa terbaru di Turki. Rampasan kuasa gagal, Erdogan selamat. Hubungan Turki dan Rusia terus berjalan.

3) Putin memahami apa yang berlaku. Diluar dan dalam, ada saja cubaan untuk memecah-belahkan hubungan Turki dan Rusia. Pembunuhan duta Rusia itu bukanlah mensasarkan kemarah kepada Rusia atau membela rakyat Aleppo. Ia adalah mensasarkan hubungan Turki dan Rusia. Putin mengakuinya. Dan Erdogan pula mengumumkan pembunuh itu ada kaitan dengan Fetih Gulen, orang yang dikaitkan dengan rampasan kuasa tempohari.

4) Insiden pembunuhan duta kali ini tidak menggoncang hubungan TurkiRusia, malah mereka terus mengadakan pertemuan untuk membincangkan halatuju perang di Syria dan Aleppo- untuk membersihkan Aleppo daripada pengganas dan terroris yang dikaitkan dengan tajaan blok USA dan Barat.

5) Apakah langkah Erdogan bekerjasama dengan Rusia dan Iran dalam isu perang di Syria itu merupakan langkah yang betul dan tepat? Bagi mereka yang melihat perang dari kaca mata geopolitik, ia adalah satu perkembangan yang baik dalam mengimbangi penguasaan hegemini Amerika dan Barat.

6) Bagi mereka yang masih dibelengu ideologi sektarianism, pasti mereka tidak selesa dengan langkah Erdogan. Bukan saja sektarianis di seluruh dunia, malah warga Turki sendiri berbelah bagi dengan Erdogan. Majoriti rakyat Turki marah akan langkah Rusia campur tangan ke atas isu Syria.

7) Dalam isu ini warga Turki terbahagi kepada dua. Pro US/EU dan Pro Rusia (Eurasianism). Ia pasti akan menggugat Erdogan dengan langkah terbaru Presiden Turki itu walaupun baru mendapat kekuatan baru selepas kegagalan coup de etat.

8 ) Perlu juga kita lihat, sokongan rakyat kepada Erdogan adalah kuat kerana faktor kebencian mereka kepada kumpulan peberontak Kurdish, melebih kebencian mereka kepada kumpulan Fetih Gulen. Justeru itu, Erdogan berani mengambil langkah bersekutu dengan Rusia dan membelakangi USA, NATO dan Blok Arab yang lain.

9) Berdasarkan pendirian Erdogan yang bekerjasama dengan Iran dan Rusia dalam isu Syria dan Aleppo ini, apakah para sektarianis akan memaki hamun beliau sebagai berlembut dengan Syiah (Iran) yang telah membunuh dan merogol umat Sunni seperti yang mereka hamburkan kepada TG Haji Hadi? Apakah akan ada pihak yang akan menggunakan nama Yusof al-Qaradhawi untuk membidas tindakan Erdogan?

Sekian

Mohon Dr MAZA dan para pemujanya terasa, tetapi jangan sampai sentap dan meroyan

Mohon Dr MAZA dan para pemujanya terasa, tetapi jangan sampai sentap dan meroyan.

Bincang Masalah Global Bukan Khilafiah
Ustaz Hj Idris Hj Ahmad
23/12/16

Serba tidak kena kalau TGHH buat. Politik sempit dan seolah radar hidup dan fikiran bercelaru.

Kehadiran TGHH di dalam program Taqrib bainal mazahib bukan perkara baru.

Sudah 30 tahun program ini berjalan. Anjuran Kerajaan Iran.

Turut dihadiri oleh ulamak sunni dan syiah. Kenapa pula pada tahun ini menjadi polimik?

Perbincangan lebih kepada persamaan untuk masalah umat Islam.

Mereka tidak bincang bab tahlil, sambutan maulid boleh atau tidak. Mereka tidak bincang solat tarawikh 8 atau 20. Qunut boleh atau tidak, tahiyyat bergerak jari atau tidak, boleh sapu muka atau tidak waktu memberi salam.

Mereka tidak leka dengan perbuatan untuk membidahkan sesama umat sehingga menimbulkan perpecahan umat. Walau pun kadang-kadang manusia inilah yang menuduh PAS membawa budaya takfir.

Apabila PAS menjawab, maka dituduh taksub, tidak boleh dikritik, politik sempit, fikiran tertutup. Macam-macam lagi tuduhan kepada PAS.

Persoalan politik dunia kena dilihat di dalam kerangka yang besar, bukan atas sentimen mazhab.

Di dalam politik antarabangsa PAS mempunyai pandangan tersendiri berdasarkan ilmu. PAS tidak tunduk kepada Saudi atau Iran. PAS bersahabat kepada kebenaran. PAS tidak termakan budi dengan mana-mana negara dan mana-mana pihak. PAS bebas untuk menyuarakan pandangan.

Sudah lama PAS dituduh membela syiah. Kepimpinan ulamak didakwa terpengaruh dengan ajaran syiah. PAS menjawab dengan amalan,

Ketika berlaku Perang Teluk antara Iraq dan Iran, PAS menyebelahi Iran.

Walau pun seluruh dunia Arab membela Iraq, kerana Iraq itu Arab dan Sunni. Sekali lagi PAS dituduh Syiah.

Kebetulan negara Iran yang agak lantang menentang Israel, sedangkan negara Arab yang lain membisu.

Mereka semua sudah menjadi tunganggan Amerika Syarikat.

Kenapa isu Sunni dan Syiah dibangkitkan.

Mereka sedar inilah senjata yang boleh melindungi kerja buat mereka yang menjadi boneka Amerika.

Sunni tidak mudah menjadi Syiah, Syiah tidak mudah menjadi Sunni. Tidak guna untuk membangkitkan perkara yang sudah dibincang sejak lama.

PAS berpegang kepada mazhab Ahli Sunnah wal Jamaah. PAS pernah memecat ahli PAS kerana menganut fahaman syiah.

Kerana ia boleh membawa kepada perpecahan dalam parti. PAS menolak fahaman membidahkan orang lain, sehingga menimbul perpecahan dan perbalahan dalam masyarakat.

Tuesday, December 20, 2016

23 FAKTA PRESIDEN PAS DAN GEOSTRATEGI IRAN-SYRIA

"baik pakat-pakat baca"

23 FAKTA PRESIDEN PAS DAN GEOSTRATEGI IRAN-SYRIA

1) Tindakan Presiden PAS, Tuan Guru Hj. Abdul Hadi Awang (TGHH) menyertai Persidangan di Iran ialah tindakan baik dan boleh membawa kepada keadaan yang baik dari perspektif geopolitik. 

2) Waktu yang dipilih beliau untuk menghadiri persidangan di Iran ini juga tepat, iaitu dalam keadaan Iran, Turki, serta Rusia merancang dan melaksanakan proses pemindahan orang awam dari Aleppo.

3) Sebagai seorang yang berkedudukan politik, TGHH boleh memilih untuk menolak jemputan dari Iran namun langkah sedemikian tidak mengubah apa-apa, tidak membawa kebaikan, malah sebaliknya mungkin menyemarakkan lagi persepsi permusuhan Sunni-Syiah dan menutup sebarang ruang positif yang boleh dimanfaatkan.

4) Dari perspektif hubungan antarabangsa, langkah Presiden PAS ini menepati solusi Konstruktivisme (Constructivism in International Relations) yang menekankan proses sosialisasi iaitu proses interaksi untuk mengubah sesuatu hubungan antarabangsa agar menjadi lebih baik – bukannya melalui konfrontasi antara negara (seperti Realism) mahupun diplomasi ganjaran material (seperti Neoliberalism).

5) TGHH pada hakikatnya memiliki pengalaman yang banyak dalam usaha rundingan keamanan di peringkat antarabangsa khususnya di negara-negara Islam, demikian juga hubungan dialog beliau dengan para sarjana dan ahli politik Iran dan Syiah.  Langkah menolak jemputan ke Iran akan membantutkan potensi beliau untuk memanfaatkan hubungan sedia ada untuk berusaha membawa kepada situasi politik yang lebih baik dan aman.

6) Namun pastilah Presiden PAS hanya membataskan solusi Konstruktivisme ini buat hubungan dengan Iran dan bukannya dengan Israel yang dianggap sebagai musuh. Hal inilah mendorong TGHH mengatur hubungan baik dengan Iran untuk mendepani Israel (pendekatan Realism).

7) Sememangnya pergolakan Syria tidak dapat dinafikan disebabkan oleh pemerintahan diktator rejim Basyar Al-Assad dan Iran (serta Rusia) telah membantu rejim untuk berhadapan dengan penentangnya. Namun siapakah yang paling mendapat keuntungan daripada Syria yang bergolak?

8) Wajib diketahui Syria sebelum Arab Spring dari segi geostrategiknya bukan sahaja tidak mengiktiraf Israel dan tidak mempunyai hubungan diplomatik dengannya, bahkan juga menjadi negara perantara buat beberapa musuh Israel, iaitu Iran (Syiah Imamiyyah), Hamas (Sunni), Jihad Islami (Sunni), serta Hizbullah (Syiah).  Wakil Hamas dari Palestin turut hadir ke persidangan di Iran tersebut bersama Presiden PAS.

9) Jika Syria membekalkan platform kepada Palestin menentang Israel iaitu Hamas dan Tanzim Jihad, Iran pula turut menyumbang kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah di Lubnan.  Kombinasi kerjasama proksi Syria-Iran ini terbukti mengalahkan tentera Israel di Gaza dan Selatan Lubnan.

10) Syria juga mempunyai sejarah peperangan dengan Israel, bekerjasama dengan pakatan Arab seperti Mesir dalam beberapa siri seperti Perang Ramadan 1973, namun gagal merampas kembali Bukit Golan yang ditawan Israel. 

11) Hasil lobi yang kuat di Washington, pelobi Yahudi telah berjaya menjadikan Amerika Syarikat sebagai sekutu strategik utama Israel dengan pakej bantuan persenjataan bernilai berbilion-bilion Dollar, manakala musuh Israel turut dilihat sebagai musuh Washington. Termasuklah Syria dan Iran yang masing-masing memiliki proksi yang kuat menghalang peluasan wilayah Israel.

12) Disebabkan persaingan kuasa antara negara Arab dengan Iran selepas Revolusi Khomenei menggulingkan Shah Iran pada 1979, Iran telah dianggap sebagai musuh utama beberapa negara Arab, bahkan dimusuhi melebihi Israel. Demikianlah terdapat negara-negara Arab dan juga Turki yang bekerjasama dari segi diplomasi, ekonomi, dan ketenteraan dengan Israel, ditambah pula dengan pelbagai pakej tawaran menarik dari Amerika Syarikat.

13) Perubahan politik sememangnya amat perlu di Syria namun ternyata perang saudara adalah jauh lebih buruk berbanding kediktatoran Basyar sebelum perang.  Demikian juga Iran yang kini disasarkan. Siapa yang paling untung dengan pelemahan Iran dan Syria? Jawapannya ialah Israel kerana kekacauan di Syria serta peminggiran Iran telah melemahkan sokongan yang diperoleh Hamas, Jihad Islami dan Hizbullah yang sejak sekian lama mengancam Israel.

14) Beberapa kali Israel terpaksa bertungkus-lumus menyekat pengedaran senjata Iran dan Syria daripada memasuki Gaza untuk disalurkan kepada Hamas dan juga daripada Lubnan.  Pengawal Revolusi Iran antara watak penting membantu Hezbollah dalam menghalang kemaraan Israel dalam Perang Lubnan 2006.

15) Malah, akibat pergolakan di Syria dan Timur Tengah sejak 2011, Israel telah beberapa kali mencuba tindakan agresif ke atas Gaza di Palestin kerana Hamas telah mulai kekurangan sokongan daripada Syria dan Iran.

16) Namun Presiden PAS turut perlu menanggapi persoalan kepentingan nasional yang berkait rapat dengan hubungan diplomatik Malaysia sedia ada dan hal ini menarik untuk diketahui kerana beberapa negara Arab pastinya kurang selesa dengan hubungan TGHH dengan Iran ini.

17) Apa yang pasti, hubungan Malaysia-Iran sedia ada adalah dinamik di mana eksport Malaysia ke Iran yang bernilai RM2.4 bilion pada 2009 telah meningkat kepada RM3.5 bilion pada 2012. Namun, susulan daripada sekatan antarabangsa, eksport hasil utama Malaysia ke Iran seperti kelapa sawit, getah asli dan produk kimia pada 2015 sekadar mencatatkan RM1.3 bilion. Nilai import Iran ke Malaysia pula ialah RM1.1 bilion pada 2009 sebelum menurun kepada sekitar RM200 juta pada 2014. Tiga projek pelaburan Iran di Malaysia pada 2009 adalah bernilai RM151.5 juta manakala pada 2014 pula hanya sebuah projek pelaburan bernilai RM3 juta yang diluluskan dari Iran.

18) Akan tetapi hal ini berbeza dengan beberapa negara rapat Malaysia yang lain iaitu Arab Saudi, Turki (relatifnya), UAE, Qatar, dan Amerika Syarikat yang kurang mesra dengan Iran.  Dalam konteks hubungan dengan Arab Saudi, pada 2009 eksport Malaysia ke Arab Saudi adalah bernilai RM2.9 bilion, manakala jumlah import pula RM3.9 bilion. Pada 2015, jumlah eksport Malaysia meningkat kepada RM3.4 bilion manakala import pula meningkat dengan lebih tinggi dengan nilai RM7.5 bilion. Arab Saudi yang memiliki pelaburan bernilai RM2 juta pada 2008 konsisten melabur di Malaysia di mana terkini pada tahun 2014 terdapat pelaburan yang bernilai RM550,000 dari Arab Saudi di Malaysia.

19) Hubungan Malaysia-Turki turut signifikan di mana Eksport Malaysia ke Turki pada 2009 yang bernilai RM1.6 bilion telah melonjak menjadi RM3.7 bilion pada 2015, manakala import pula yang bernilai RM395 juta pada 2009 telah meningkat kepada RM1.8 bilion pada 2015. Berbanding nilai projek pelaburan Turki di Malaysia pada 2009 yang bernilai RM10 juta, pada 2014 angka yang dicatatkan hanya berjumlah RM1.5 juta.

20) UAE meskipun bersaiz lebih kecil berbanding ketiga-tiga kuasa Asia Barat tadi, namun ternyata dari segi ekonomi Abu Dhabi merupakan rakan yang paling signifikan buat Malaysia.  Eksport Malaysia ke UAE pada 2009 adalah bernilai RM10 bilion dan melonjak kepada sekitar RM11.8 bilion pada 2015.  Import dari UAE juga meningkat mengatasi nilai eksport dengan nilai RM6 bilion pada 2009 menjadi RM12 bilion pada 2015.  Tiga projek pelaburan UAE di Malaysia pada 2014 pula bernilai sebesar RM767 juta. 

21) Qatar pula meskipun eksport Malaysia ke sana hanya berjumlah RM834 juta pada 2015, namun import Malaysia dari Qatar adalah cukup tinggi iaitu sebesar RM2.3 bilion pada 2015, meningkat berbanding RM1.1 bilion pada 2014.

22) Walau bagaimanapun, jumlah eksport Malaysia ke kesemua lima negara terbabit (sekitar RM20 bilion) adalah jauh lebih rendah berbanding ke Amerika Syarikat di mana jumlahnya ialah RM73.6 bilion.  Amerika Syarikat juga adalah merupakan antara sumber pelaburan langsung asing (FDI) yang utama buat Malaysia. Maka adalah menarik untuk diketahui perancangan atau manifesto Presiden PAS dalam mengimbangi aspek hubungan diplomasi dan juga hubungan dagang antara blok AS-Qatar-Arab Saudi-UAE dengan blok Iran-Syria-Rusia-China untuk hala tuju Malaysia kelak seandainya beliau berhasrat untuk menerajui negara.

23) Apa yang pasti, sewajarnya tindakan beliau yang cuba untuk mewujudkan perdamaian di peringkat antarabangsa ini tidak diburukkan dengan perkelahian di Malaysia, baik dari kekhilafan tentang perbezaan dengan Kesatuan Ulama Islam Sedunia (KUIS), mahupun dari segi perbezaan pegangan Sunni-Syiah kerana ini ialah isu percaturan geopolitik, bukan isu perbezaan aliran pegangan agama.

Oleh: Abdul Muein Abadi
Penulis ialah Pensyarah Program Sains Politik, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

Kenapa Delete???? ... Khadump tolong faham statement no 3 ... jgn main sondol je

Kenapa Delete???? ... Khadump tolong faham statement no 3 ... jgn main sondol je..

1. Dr Rora dan Dr Maza adalah antara individu paling lantang yang menyatakan Perang Syria ialah Perang Sektarian iaitu Perang mazhab di antara Sunni dan Syiah.

2. Menurut SU Politik TG Abdul Hadi Awang ke Tehran atas jemputan Dr. Abdurrahman Bayraan, yang merupakan seorang ulamak Iran bermazhab sunni dan juga merupakan ahli Ittihad Ulamak Sedunia.

3. Tidak ada kenyataan dari Setiausaha Politik TG Abdul Hadi Awang juga yang menyatakan kedatangan ke sana mewakili KUIS. Yang ada hanyalah laporan dari website tidak rasmi bagi KUIS (ulamasedunia.org) yang menyatakan kedatangan TG Abdul Hadi Awang ialah mewakili KUIS (sudah di delete).

4. Meskipun sudah di delete penyokong taksub Dr Maza dan Dr Rora memainkan isu website tersebut kononnya kenyataan di website itu merupakan kenyataan rasmi mewakili daripada TG Abdul Hadi Awang sendiri.

5. Setakat ini hanya kenyataan daripada Setiausaha Politik TG Abdul Hadi Awang sahaja di yakini sahih. Sama-sama kita tunggu pernyataan rasmi daripada TG Abdul Hadi Awang sendiri.

6. Apa yang lagi penting buat masa sekarang, nasib saudara kita di Syria terbela. Dan hentikanlah sementara pendirian "holier than thou" sehingga segala penjelasan bagi meredakan situasi yang semakin meruncing di Syria di nafikan terus.

Sekian.

#TeamIstiqomah

SIAPA DISEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN

SIAPA DISEBALIK KRISIS SYRIA, IRAQ DAN LAIN-LAIN 

Oleh : Abdul Hadi Awang
Presiden PAS

Kita berada dalam bencana politik gelap gelita dan mengelirukan. Berita tersebar melalui media sosial dalam ruang lingkup langit terbuka, tetapi ramai yang memperkecilkan petunjuk Al-Quran supaya bertabayyun.

Apa yang membakar bumi Aleppo dan menjadi berita hangat terkini terdengar laksana pencuri memekik perkataan “pencuri” di tengah suara orang yang mengejarnya di waktu malam gelap, memudahkan pencuri sebenar melepaskan diri sambil melaungkan perkataan pencuri.

Beberapa tahun lalu, ketika berputiknya krisis yang membakar bumi Syria kini, beberapa media negara Arab termasuk Al Jazeera paling menyerlah melaporkan penglibatan pihak perisikan Negara Arab (di antara nama yang disebut ialah Putera Bandar bin Sultan, mantan Duta Saudi di Amerika dan mantan Ketua Perisikannya) terlibat menghantar kalangan pelampau ke Syria supaya tercetusnya kekacauan.

Syria adalah negara terdekat di kalangan negara Arab yang menolak perjanjian Madrid dan Oslo bagi mewujudkan perdamaian dengan negara haram Israel tanpa peduli terhadap bumi Palestin yang dirompak dan rakyatnya yang  menjadi mangsa. Iran selepas Revolusi Islam walaupun dilabelkan Syiahnya, adalah kalangan negara Islam yang menentangnya setelah membatalkan pengiktirafan terhadap Israel dan terus memutuskan hubungan biarpun diikat di zaman Shah. Iran telah mengambil manfaat daripada Syria di bawah pemerintahan Parti Baath yang berkrisis dengan Parti Baath Iraq pimpinan Saddam Husain di mana Iraq dibantu negara Barat untuk menyerang Iran dengan sokongan Negara Arab khususnya negara Teluk.

Almarhum Necmettin Erbakan mantan Perdana Menteri Turki menyokong Iran membantu perjuangan Palestin dan menasihatkan kumpulan Islam Syria supaya tidak berhadapan secara keras dengan kerajaannya kerana mendahulukan perjuangan Palestin. Almarhum juga menasihatkan Iran memajukan sains dan teknologinya di mana selepas itu berlaku gerakan membunuh saintisnya, termasuk menawan saintis yang menunaikan haji di Mekah. Kini Iran sudah dapat mencabar kuasa besar dunia dari sudut teknologinya .

Akhirnya Syria memberi kemudahan pangkalan hadapan kepada perjuangan Palestin menentang Israel. Hamas dan Tanzim Jihad yang terbesar dan paling banyak mendapat manafaat dan kemudahan di Syria. Iran menjadi penyumbang paling besar kepada Hamas, Tanzim Jihad dan Hizbullah kumpulan Syiah di Lubnan juga mendapat kemudahan, sehingga menggagalkan operasi ketenteraan Israel di Gaza dan Selatan Lubnan. Semua Negara Arab yang menyokong perjanjian damai dengan Israel secara terbuka atau rahsia tidak mendukung perjuangan di Gaza dan Selatan Lubnan.

Banyak media Timur dan Barat mendedahkan betapa krisis Syria membesar dengan bantuan senjata Barat melalui Nato di Turki di sebelah Utara dan di Selatannya Israel. Selepas itu disokong oleh kenyataan Bush, selepasnya Obama dan mereka yang berada dibawahnya. Isu Sunni dan Syiah ditiupkan supaya membakar. Selepasnya beberapa tokoh ulama rasmi dan tidak rasmi mendukung kenyataan yang membakar itu.

Kumpulan pelampau itu akhirnya dapat menawan sebahagian kawasan minyak di Iraq dan Syria, serta laluan pasaran gelap di Utara dan Selatan. Tentera Bersekutu Barat yang sudah diberi tapak pangkalan di seluruh negara Teluk yang berserban itu lebih bertarik tali untuk mengekalkan keadaan yang menguntungkan mereka dan menjamin keselamatan Israel sebagai paksi utama Gerakan Zionis dengan mempengaruhi politik, ekonomi, media dan lain-lain.

Allah tidak mengizinkan keadaan terus menjadi ancaman kepada Islam walaupun secara senyap. Kadang-kadang perubahan dilakukan oleh keadaan pertembungan di kalangan bukan Islam dan pihak zalim, apabila Islam yang lemah tidak mampu melakukan perubahan. Sepertimana sejarah Parsi Majusi menghancurkan Yahudi di Palestin yang zalim membunuh para Nabi dan ulama soleh.

Keadaan kini berubah apabila Kristian Ortodok yang dibelasah komunis Yahudi. Karl Marx bertembung dengan Kristian Katholik dan Protestan di Amerika dan Eropah bergabung dengan Zionis Yahudi yang mempertahankan Israel. Apabila krisis Ukraine menjadi titik pertembungan sehingga pesawat MAS menjadi mangsa. Peristiwa pesawat kita tenggelam laksana pelanduk yang mati di tengah gajah yang bertarung. Keadaan bertukar kepada ketegangan yang memberi tempat kepada Rusia bertapak di Tarsus Syria menjadi pangkalan tentera Rusia, satu-satunya ruang ke laut lepas. Keadaan ini mengubah neraca politik dan ketenteraan yang melemahkan Barat yang melindungi ISIS dan kumpulannya. Soalannya, di mana Negara Arab yang berlindung di belakang kuasa Barat dan Zionis?

Tekanan melalui serangan Negara Teluk ke atas Yaman di laluan ke laut Merah, diisytiharkan di Washington dengan lesen PBB tidak mencapai tujuan sehinga kini. Lawatan Pengarah Kajian Strategik Arab Saudi (Anwar Asyqi) ke Israel menunjukkan “kegelabahan” Negara Arab. Lebih gelabah lagi baru dua minggu Perdana Menteri British menjadi peserta Sidang Kemuncak Negara Teluk di Bahrain dengan resolusi menghadapi ancaman Iran, sehingga Israel dianggap tidak menjadi ancaman.

Semua perkara ini sepatutnya boleh menjadi jawapan disebalik Aleppo yang terbakar itu.

Seterusnya kenangilah sejarah kejatuhan Islam di Andalusia yang ditangguhkan beberapa abad apabila salah seorang Raja Islam di Andalusia mengejutkan semua Raja yang tidak mahu menjemput Raja Ibnu Abbad dari  Morocco kerana takutkan raja itu akan merampas takhta mereka. Apabila seorang raja yang beriman itu bertitah: “Beta lebih rela menjadi gembala kambing dan unta Ibnu Abbad daripada menjadi gembala babi Raja Kristian yang datang menakluk.”

Setahu saya Iran tidak membuat kenyataan untuk mengeksport Revolusi Islam Syiahnya. Iran hanya mengajak Negara Arab yang berjiran itu bersatu menentang Israel dan membebaskan diri mereka daripada kuasa asing.

Mengapa Mazhab Syiah di dalam masyarakat Sunni yang sudah wujud lebih daripada seribu tahun itu tidak pernah menghalang kemajuan Islam di seluruh pelusuk dunia, tiba-tiba kini ditiupkan api permusuhan untuk menumpahkan darah dalam  umat yang satu kiblatnya? Dahulunya berkhilaf secara ilmu sahaja tanpa berpisah dalam satu umat, tiba-tiba sekarang dianggap seperti agama yang berbeza.

PAS adalah Melayu Islam yang tidak mudah lupa. Ketika berlakunya Perang Teluk yang pertama 1980, apabila Saddam Husain menyerang Iran dengan bantuan negara Barat dan Negara-Negara Arab, PAS menyokong Iran, lalu kami dituduh sudah menjadi Syiah. Selepasnya Saddam berpaling tadah menyerang Kuwait, Negara-negara Arab menjemput bala tentera Amerika dan sekutunya menyerang Iraq. PAS menentang jemputan yang haram itu dan berpihak kepada menentang campur tangan asing bersama semua Parti Islam, bukan kerana sudah masuk Parti Baath bersama Saddam.

Sebabnya ialah kami membaca politik di lapangan antarabangsa, bukan hanya membaca kitab dan media sosial di atas meja dalam bilik yang sempit.

“Inilah Penyelesaian Kita”

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS 

20 Rabiul Awwal 1438 | 20 Disember 2016                                                         

Sunday, December 18, 2016

Ada PhD tapi bodoh...itulah yang sesuai buat Rozaimie...

Tgha pergi dgn restu dan mandat Kesatuan Ulama' Dunia  sbg wakil berunding bukan pergi buat pandai sendiri.. Mungkin dengan kerajaan Mynmar pun boleh hantar beliau jika ada keperluan..

Ada PhD tapi bodoh...itulah yang sesuai buat Rozaimie...

Nukilan ustaz pondok yg padu.....

-Saya bodoh tapi saya simpan, dia bodoh tapi dia tunjuk-

Saya sebenarnya sudah tidak berminat untuk mengulas sesuatu isu yang timbul dan tidak berminat untuk berbalah di laman ini. Cuma bila melampau saya rasa ingin berbicara walaupun saya ini hanya orang bodoh..Saya lihat semakin melampau ustaz yang kononya 'Pakar Hadith' itu menfitnah. Menghentam orang di statusnya tanpa ada sikap 'Tabayyun'. Dia selalu canang bahawa kita perlu tabayyun. Walhal dia sendiri menyebarkan fitnah.
Selalu saja ingin cepat mengulas dan menjadi hero di facebook dengan merujuk sumber yang salah dan fitnah. Kononnya supaya ingin orang lihat "Akulah yang prihatin pada Ummah", Sedangkan kerjanya hanya update status di FB dan cari "LIKE" sahaja.

Ulama' tersebut pergi ke sana atas tujuan usaha untuk membawa suara Ummah Syiria. Ulama' itu tidak bodoh pergi semata-mata untuk berbaik dan menyokong Syiah yang membunuh Sunni di Syiria. Mungkin dia ke sana sekadar mengambil ruang menyampaikan mesej dan usaha mencari jalan penyelesaian..
Sedangkan saya tidak nampak apa-apa usaha "Dr itu" untuk ummah di Syiria..Yang saya lihat Dr itu hanya sekadar jadi jaguhan berbalah di FB saja..Padan buang masa begitu sahaja..c

Almarhum Sheikh Buti (rahimahullah)  keseorangan menolak pendekatan kekerasan menentang kerajaan Bashar kerana menyedari kemusnahan yang amat dahsyat akan berlaku jika memberontak, dan itulah juga anjuran para ulama silam dalam kitab-kitab mereka yang klasik apabila berdepan dengan mana-mana pemimpin yang zalim, namun para ulama Syria menentang beliau dan menuduh beliau ulama kerajaan dll.,

maka jadilah Syria sepertimana yang kita saksikan hari ini dengan lebih 400,000 (setakat ini) terkorban dan ribuan ulama dibunuh.

Ulama al-Azhar faham bagaimana berhadapan dengan pemimpin zalim dan belajar daripada pengalaman Syria, cuba mengelak Mesir daripada menjadi medan pertumpahan darah seperti Syria, tetapi mereka juga dituduh dengan tuduhan yang sama. Mereka bukan menyokong kerajaan yang zalim, tetapi mereka terpaksa memilih untuk mengambil mudarat dan kemusnahan yang kurang antara dua pilihan mudarat yang ada.

Ini kaedah dalam usul al-fiqh. Kena bersangka baik atas ijtihad para ulama yang thiqah dan jangan ketaksuban dan emosi membutakan kita daripada menghormati ulama jujur yang sepanjang masa dan hayat mereka habiskan untuk Islam.

Allahu al-musta'an!

[Artikel Hiasan: temubual Mac 2013]

Credit : Ustaz Dr Nik Roskiman ( Penceramah Radio IkiM )
Kalau kamu rasa sudah kenal Syiah.. TGHH sudah kenal lebih dahulu daripada kamu.

Kalau kamu sayang kepada Ummat Islam yang dizalimi.. TGHH sebahagian besar usianya dihabiskan pada jalan itu..

Bertanya kenapa TGHH hadir tidak salah tapi menyindir, memaki apa yang dibuat TGHH membuatkan dirimu kelihatan bodoh.#kopipes#

Qunut Nazilah pun tak hafal ada hati nk kondem TGHH

Qunut Nazilah pun tak hafal ada hati nk kondem TGHH..

Persidangan Perpaduan Islam yang ke 30 yang bermula pada hari Khamis lalu yg dihadiri dari kalangan Ulama Sunni dan Ulama Syiah yg diadakan di Tehrah bagi membincangkan serta mencari jalan penyelesaian mengenai konflik yg berlaku ke atas Alleppo akhir2 ini..
Persidangan tersebut di hadiri Naib ketua Ulama Se Dunia iaitu Tuan Guru Haji Hadi....

Tuan Guru Haji Hadi adalah antara orang tengah dlm konflik ini untuk membawa suara rakyat Alleppo yg menjadi mangsa keganasan rejim Basyar Al Assad...

Tuan Guru Haji Hadi juga mewakili Ulama Sunni dalam persidangan tersebut...

Doakan apa yg berlaku ke atas Saudara kita Di Alleppo mendapat pembelaan...

namun selepas kehadiran TGHH dalam persidangan tersebut dgn beliau bergambar dgn Ulama Syiah pun menjadi isu oleh Khadam2 DAPBn...

TGHH hanya bawa suara Rakyat Alleppo yg tertindas dan di zalimi sahaja..

luaskan pemikiran,jangan sempitkan pandangan..

Pray for Alleppo

PAS saja bebas bertanding di mana

PAS saja bebas bertanding di mana suka
SUBKY LATIF | 14 Disember 2016.

SUDAH ada parti pembangkang menyatakan hasrat akan bertanding di semua kawasan yang diwakili PAS sekarang atau mengambil kawasan yang diberi kepada PAS dalam PRU13 dulu.
    
Atau akan meletak calon di mana saja PAS bertanding.
    
Kalau formula satu tidak dicapai, maka siapa saja boleh menentang PAS. Setakat ini formula satu hampir mustahil.
    
Tiada parti pembangkang selain PAS dapat menentukan di mana ia hendak bertanding kerana ia mesti dirunding dan disetujui dulu oleh kerabat-kerabatnya.
    
Hanya PAS sebagai grup ketiga bebas menentukan di mana saja ia hendak bertanding kerana parti itu tiada banyak sekutu. Jikapun ia ada sekutu dalam Gagasan Sejahtera sebagai gabungan kumpulannya, maka sekutunya boleh menerima ketetapan yang PAS anjurkan.
    
Setakat ini PAS dipercayai akan bertanding di semua kerusi yang ditanding oleh Umno manakala baki bagi lain-lain parti Barisan Nasional mungkin ditandingi oleh kerabat bukan Islamnya dari DHPP – Dewan Himpunan Penyokong PAS.
    
Calon bukan Umno BN diyakini diisi oleh DAP, tetapi boleh tentukan jika ia hendak menjadi calon ketiga. Soal bijak baginya menyertai kawasan sedemikian tidak timbul, tetapi ia tidak perlu mendapatkan persetujuan sesiapa jika hendak bertanding di situ.
     
BN akan meletak calon di semua tempat. PAS mungkin tidak bertanding di semuanya, tetapi yang pasti akan bertanding di semua kawasan yang Umno tanding.
    
Ada parti pembangkang yang bercadang menentang semua kawasan yang diberi kepada PAS dulu, tidaklah bebas menentukan itu dia punya. Mungkin kalau habis idah tahaluf siyasinya dengan PKR, PKR juga mahu setengah kawasan itu. Dan tidak mustahil Bersatu juga menuntut.
     
Sekarang PAS tidak terikat dengan kawasan tahun 2013 lagi. Ia akan lawan Umno di semua kawasan. Apakah parti itu akan buru PAS di semua kawasan yang  ditandinginya? Kalau dia buru PAS di mana-mana, apa tinggal untuk PKR dan Bersatu?
     
Bersatu tentulah bercadang bagi menggantikan Umno dan ia akan bertanding sebanyak-banyak kerusi Umno. Sesudah PAS tidak dalam Pakatan tentulah PKR juga ingin unuk mendapat kawasan lebih.
    
Oleh sebab PAS akan jadi calon kedua selepas Umno, parti lain tidak akan dapat mana-mana kerusi kalau parti yang memburu PAS hendak ambil semua yang ditandingi PAS itu.
     
PAS tidak kecil hati jika ia diburu oleh orang yang meninggalkannya. Sebagaimana PAS tidak dapat menghalang mereka meninggalkan PAS, PAS tidak dapat halang mereka memburu PAS. Bahkan PAS tidak dapat halang mereka menyokong NGO yang hendak menggantikan PAS dalam Pakatan semasa mereka masih pemimpin dan ahli PAS.
      
Akan tetapi berupayakah mereka memburu PAS di mana saja ada PAS tanpa mengira disetujui atau tidak oleh sekutunya yang lain.
    
Jika mereka tidak dapat didisiplin oleh Dr. Mahatahir dan Anwar Ibrahim, nescaya mereka akan jadi calon ketiga atau calon keempat jika mereka letak calon juga di tempat yang diuntukkan kepada Bersatu dan PKR kerana di situ ada calon PAS.
    
Apapun mereka tidak boleh tentukan di mana hendak bertanding melainkan apa yang diberi oleh PKR dan Bersatu dan DAP. Kalau Pakatan tidak terima Bersatu, Bersatu akan jadi macam PAS juga bertanding di mana Umno bertanding. – HARAKAHDAILY 14/12/2016

Friday, December 16, 2016

Cahaya Islam Tidak Boleh Dipadamkan

*Khutbah Jumaat*
Dato Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang

Cahaya Islam Tidak Boleh Dipadamkan
9 Rabiul Awal 1438 (9/12/2016)

ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ ٱلَّذِيٓ أَنۡزَلَ عَلَى عَبۡدِهِ الۡكِتَابَ لِيَكُونَ لِلۡعَالَمِينَ نَذِيرًا. أَشۡهَدُ أَن لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا ٱللَّهُ وَحۡدَهُۥ لَا شَرِيكَ لَهُۥ، لَهُ الۡمُلۡكُ وَلَهُ الۡحَمۡدُ وَهُوَ عَلَى كُلِّ شَيۡءٍ قَدِيرٌ. وَأَشۡهَدُ أَنَّ مُحَمَّدًا عَبۡدُهُۥ وَرَسُولُهُۥ، أَرۡسَلَهُ ٱللَّهُ بَشِيرًا وَنَذِيرًا بَيۡنَ يَدَيِ ٱلسَّاعَةِ، فَأَدَّى ٱلۡأَمَانَةَ، وَبَلَّغَ ٱلرِّسَالَةَ، وَنَصَحَ ٱلۡأُمَّةَ، وَجَاهَدَ فِى ٱللَّهِ حَقَّ جِهَادِهِۦ. اللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمۡ وَبَارِكۡ عَلَى حَبِيبِنَا وَشَفِيعِنَا وَإِمَامِنَا وَقُدۡوَتِنَا مُحَمَّدٍ، نَبِيِّ ٱلرَّحۡمَةِ وَشَفِيعِ ٱلۡأُمَّةِ وَعَلَى آلِهِ وَصَحۡبِهِ وَمَنۡ تَبِعَهُۥ وَنَصَرَهُۥ وَوَالَاهُۥ.

أَمَّا بَعۡدُ:

فَيَا عِبَادَ ٱللَّهِ، ٱتَّقُواْ ٱللَّهَ. وَتَزَوَّدُوا فَإِنَّ خَيۡرَ ٱلزَّادِ ٱلتَّقۡوَى، فَقَدۡ فَازَ ٱلۡمُتَّقُونَ.

Wahai hamba-hamba Allah, bertakwalah kamu kepada Allah dengan mengikut segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Carilah bekalan, maka sesungguhnya sebaik-baik bekalan itu adalah bertakwa. Maka demi sesungguhnya berjaya dan selamatlah  orang-orang yang bertakwa kepada Allah

Sidang Jumaat yang dirahmati Allah,

Marilah kita memahami peringatan daripada Allah SWT :

يُرِيدُونَ لِيُطۡفِ‍ُٔواْ نُورَ ٱللَّهِ بِأَفۡوَٰهِهِمۡ وَٱللَّهُ مُتِمُّ نُورِهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡكَٰفِرُونَ ٨ [سورة الـصّـف : ٨]

(Maksudnya) : Marilah sentiasa berusaha hendak memadankan cahaya Allah (agama Islam) dengan mulut mereka, sedang Allah tetap menyempurnakan cahayanya, sekalipun orang-orang kafir tidak suka (akan demikian).

Kita memperingati bulan kelahiran Rsulullah SAW, Rasul yang diutuskan untuk seluruh manusia, menamatkan kerasulannya, tidak ada lagi Rasul selepas Muhammad SAW, setelah Allah SWT menentukan untuk menamatkan alam dunia bila-bila masa sahaja.

Rasul yang dipilih adalah dipilih daripada zuriat Nabi Ibrahim AS yang diletakkan di Makkah al-Mukarramah yang disebut oleh Allah SWT :

وَادٍ غَيۡرِ ذِي زَرۡعٍ [سورة إبراهيم : ٣٧]

(Maksudnya) : Lembah (tanah suci Makkah) yang tidak ada tanaman padanya.

Namun Allah SWT memilih Rasul akhir zaman di tempat yang kering begini rupa, tidak dipilih di bumi yang subur, tidak dipilih di negeri-negeri yang bertamadun yang kaya raya dengan harta bendanya. Ini adalah untuk menyatakan permuliaan Rasul akhir zaman itu dengan pembangunan manusia. Dibina jasadnya dengan makanan-makanan yang halal. Dibina rohnya dengan iman dan akhlak yang mulia. Dibina akal fikiirannya dengan ilmu yang memberi manfaat. Diwahyukan Al-Quran Karim.

إِنَّ هَٰذَا ٱلۡقُرۡءَانَ يَهۡدِي لِلَّتِي هِيَ أَقۡوَمُ وَيُبَشِّرُ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ ٱلَّذِينَ يَعۡمَلُونَ ٱلصَّٰلِحَٰتِ أَنَّ لَهُمۡ أَجۡرٗا كَبِيرٗا ٩  [سورة الإسراء : 9 ]

(Maksudnya) : Sesungguhnya Al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam) dan memberi berita yang menggembirakan orang-orang yang beriman yang mengerjakan amal-amal soleh, bahawa mereka beroleh pahala yang besar.

ذَٰلِكَ ٱلۡكِتَٰبُ لَا رَيۡبَۛ فِيهِۛ هُدٗى لِّلۡمُتَّقِينَ ٢ [سورة البقرة : ٢]

(Maksudnya): Kitab Al-Quran uuni tidak ada sebarang syak padabya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertakwa.

Kekuatan dan kemuliaan manusia itu dengan bertakwa kepada Allah SWT . Firman Allah SWT :

يَٰٓأَيُّهَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَٰكُم مِّن ذَكَرٖ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَٰكُمۡ شُعُوبٗا وَقَبَآئِلَ لِتَعَارَفُوٓاْۚ إِنَّ أَكۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَىٰكُمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٞ ١٣ [سورة الحُـجُـرات : ١٣]
(Maksudnya) : Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra di antara satu dengan yang lain).

Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya diantara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).

Allah SWT telah menjanjikan manusia yang telah dibina dengan takwa ini menegakkan negara yang bertakwa.

وَلَوۡ أَنَّ أَهۡلَ ٱلۡقُرَىٰٓ ءَامَنُواْ وَٱتَّقَوۡاْ لَفَتَحۡنَا عَلَيۡهِم بَرَكَٰتٖ مِّنَ ٱلسَّمَآءِ وَٱلۡأَرۡضِ وَلَٰكِن كَذَّبُواْ فَأَخَذۡنَٰهُم بِمَا كَانُواْ يَكۡسِبُونَ ٩٦ [سورة الأعراف : ٩٦]

(Malsudnya) : dan sekiranyan penduduk negeri itu, beriman serta bertakwa, tentulah kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasuk kami), lalu kami timpalan mereka dengan azab seksaan disebabkan apa yang mereka telah usahakan.

Melalui kumpulan pertama yang dibentuk oleh Rasulullah SAW digabungkan mereka yang telah beriman di Makkah al-Mukarramah yang melakukan hijrah dikenali dengan golongan Muhajirin dan orang-orang di Madinah yang beriman yang dinamakna Ansar. Dengan dua kumpulan yang dibentuk diri mereka dengan Islam, mendirikan sebuah kerajaan yang mendaulatkan syariat Allah SWT.

Allah menyempurnakan manusia dan kerajaan yang didirikan itu dengan Islam yang sempurna. Sebelum diwafatkan Nabi Muhammad SAW, Allah SWT mengisytiharkan :

ٱلۡيَوۡمَ يَئِسَ ٱلَّذِينَ كَفَرُواْ مِن دِينِكُمۡ فَلَا تَخۡشَوۡهُمۡ وَٱخۡشَوۡنِۚ ٱلۡيَوۡمَ أَكۡمَلۡتُ لَكُمۡ دِينَكُمۡ وَأَتۡمَمۡتُ عَلَيۡكُمۡ نِعۡمَتِي وَرَضِيتُ لَكُمُ ٱلۡإِسۡلَٰمَ دِينٗاۚ [سورة المائدة : ٣]

(Maksudnya) : Pada hari ini, orang-orang kafir telah putus asa (daripada memesongkan kamu) daripada agama lamu (setelah mereka melihat perkembangan Islam dan umatnya). Sebab itu janganlah kamu takut dan gentar kepada mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepafa mereka, sebaliknya hendaklah kamu takut dan gentar kepadaKu. Pada hari ini, Aku telah sempurnakan bagi kamu agama kamu agama dan aku telah cukupkan nikmatKu kepada kamu dan Aku telah redhokan Islam itu menjadi agama untuk kamu.

Islam petunjuk Allah SWT diusahakan untuk dipadamkan oleh orang-orang Musyrikin di seluruh semenanjung tanah Arab menyerang negara Islam yang ditegakkan. Serangan berikutnya oleh bala tentera Ahzab yang menggabungkan golongan Musyrikin dan ahli Kitab untuk memadamkan cahaya agama Allah SWT. Semua kumpulan itu dikalahkan. Cahaya Islam tidak boleh dipadamkan.

Setelah Islam disempurnakan, Allah SWT mewafatkan Nabi Muhammad SAW. Sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Nabi SAW, kabilah-kabilah Arab sebahagian besarnya murtad (keluar daripada agama Islam). Kumpulan yang murtad ini disokong oleh dua kuasa besar dunia Parsi dan Rom. Mengikut adatnya, padamlah cahaya Islam. Disaat yang mencabar ini, Allah SWT menunaikan janjinya.

يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مَن يَرۡتَدَّ مِنكُمۡ عَن دِينِهِۦ فَسَوۡفَ يَأۡتِي ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ يُحِبُّهُمۡ وَيُحِبُّونَهُۥٓ أَذِلَّةٍ عَلَى ٱلۡمُؤۡمِنِينَ أَعِزَّةٍ عَلَى ٱلۡكَٰفِرِينَ يُجَٰهِدُونَ فِي سَبِيلِ ٱللَّهِ وَلَا يَخَافُونَ لَوۡمَةَ لَآئِمٖۚ ذَٰلِكَ فَضۡلُ ٱللَّهِ يُؤۡتِيهِ مَن يَشَآءُۚ وَٱللَّهُ وَٰسِعٌ عَلِيمٌ ٥٤ [سورة المائدة : ٥٤]
(Maksudnya) : Wahai orang-orang yang beriman! Sesiapa diantara kamu berpaling tadah dari agamanya (jadi murtad), maka Allah akan mendatangkan suatu kaum yang Dia kasihkan mereka dan mereka juga kasihkan Dia; mereka pula bersifat lemah lembut terhadap orang-orang yang beriman dan berlaku tegas gagah terhadap orang-orang kafir, mereka berjuang bersungguh-sungguh di jalan Allah, dan mereka tidak takut kepada celaan orang yang mencela. Yang demikian itu adalah limpah kurniaan Allah yang diberikan kepada sesiapa yang dikehendakinya; kerana Allah Maha luas limpah kurniaanNya, lagi meliputi pengetahuanNya.

Disaat yang mencabar ini, sebaik sahaja mendengar berita kewafatan Rasulullah SAW , ketika sebahagian sahabat dalam kesedihan setelah bergembira dengan kemenangan Islam (pembukaan Makkah), tiba-tiba sedih dengan kewafatan Rasulullah SAW. Mereka dikepung dengan golongan yang murtad bersama dengan kuasa besar dunia. Abu Bakar As-Siddiq RA bangkit menyampaikan ucapan:

اَيُّهَا النَّاسُ، فَمَنۡ كَانَ مِنۡكُمۡ يَعۡبُدُ مُحَمَّدًا فَإِنَّ مُحَمَّدًا قَدۡ مَاتَ. وَمَنۡ كَانَ يَعۡبُدُ اللَّهَ فَإِنَّ اللَّهَ حَيٌّ لَا يَمُوتُ. وَمَا مُحَمَّدٌ إِلَّا رَسُولٞ قَدۡ خَلَتۡ مِن قَبۡلِهِ ٱلرُّسُلُۚ أَفَإِيْن مَّاتَ أَوۡ قُتِلَ ٱنقَلَبۡتُمۡ عَلَىٰٓ أَعۡقَٰبِكُمۡۚ وَمَن
يَنقَلِبۡ عَلَىٰ عَقِبَيۡهِ فَلَن يَضُرَّ ٱللَّهَ شَيۡ‍ٔٗاۗ وَسَيَجۡزِي ٱللَّهُ ٱلشَّٰكِرِينَ.

(Maksudnya) : Wahai manusia, sesiapa yang menyembah Muhammad, Muhammad sudah mati, Allah itu Maha Hidup, tidak mati sekali-kali. Dan Muhammad itu tidak lain hanyalah seorang Rasul yang sudahpun didahului oleh beberapa orang Rasul (yang telah mati atau terbunuh). Juga demikian, lalau dia pula mati atau bertaubat, (patutkah) kamu berbalik (berpaling tadah menjadi kafir) ? dan (ingatlah), sesiapa yang berbalik (menjadi kafir) maka dia tidak akan mendatangkan mudarat kepada Allah sedikitpun dan (sebaliknya) Allah akan memberi balasan pahala kepada orang-orang yang yang bersyukur (akan nikmat Islam yang tidak ada bandingannya itu)

Para sahabat RA bangkit menentang golongan murtad. Cahaya Islam bukan sahaja tidak boleh dipadamkan, bahkan cahaya Islam telah berjaya menghapuskan dua kuasa besar dunia, Parsi dan Rom. Begitulah Allah SWT menunaikan janjiNya, cahaya Islam tidak boleh dipadam oleh mulut-mulut manusia dan oleh makhlukNya. Hari ini kita menyaksikan kejatuhan khalifah islamiyyah (pemerintahan Islam yang besar) yang memimpin dunia. Negeri-negeri umat Islam dipecah dan diperintah oleh kuasa-kuasa penjajah yang bukan Islam. Mereka membahagikan negeri-negeri umat Islam diseluruh pelusuk dunia. Setelah mereka melancarkan serangan ketenteraan untuk membawa umat Islam habis-habisan, mereka melenyek pemikiran umat Islam. Kita menyaksikan bagaimana cahaya Islam tidak padam juga, cahaya Islam tidak boleh dipadamkan, agama Islam tidak boleh dimatikan, bukan sahaja Islam yang sudah berada di negari-negeri umat Islam, bahkan cahaya Islam masuk ke seluruh pelusuk dunia negeri-negeri yang bukan Islam di Timur dan di Barat membetulkan apa yang dijanjikan oleh Allah SWT yang ditegaskan oleh Rasulullah SAW :

لَيَبۡلُغَنَّ هَذَا الۡأَمۡرُ مَا بَلَغَ اللَّيۡلُ وَالنَّهَارُ. [رواه أحمد]

(Maksudnya) : akan sampai urusan (agama Islam) ini dimana sampainya siang dan malam.

Marilah kita bersama dengan Islam, hidup dan mati, cahaya yang menunjukkan kita ke jalan yang benar dari dunia sehingga hari akhirat.

هُوَ ٱلَّذِيٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُۥ عَلَى ٱلدِّينِ كُلِّهِۦ وَلَوۡ كَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ ٣٣ [سورة التوبة : ٣٣]

(Maksudnya) : Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikan ayat segala agama yang lain, walaupun orang-orang Musyrik tidak menyukainya.

بَارَكَ ٱللَّهُ لِي وَلَكُمۡ  بِٱلۡكِتَابِ وَٱلسُّنَةِ، وَنَفَعَنِي وَإِيَّاكُمۡ بِٱلۡآيَاتِ وَٱلۡحِكۡمَةِ. أَقُولُ قَوۡلِى هَٰذَا وَاَسۡتَغۡفِرُ ٱللَّهَ ٱلۡعَظِيمَ لِي وَلَكُمۡ وَلِسَائِرِ ٱلۡمُسۡلِمِينَ وَٱلۡمُسۡلِمَاتِ إِنَّهُۥ هُوَ ٱلۡغَفُورُ ٱلرَّحِيمُ.


https://www.pas.org.my/artikel-berita-dupp/10277-khutbah-jumaat-cahaya-islam-tidak-boleh-dipadamkan-2