Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, February 5, 2017

CARILAH SEBANYAKNYA SAHABAT-SAHABAT MUKMIN MU KERANA MEREKA MEMILIKI SYAFAAT PADA HARI KIAMAT.

CARILAH SEBANYAKNYA SAHABAT-SAHABAT MUKMIN MU
KERANA MEREKA MEMILIKI  SYAFAAT PADA HARI KIAMAT.

Allah Berfirman maksudnya:
"Dan Dia memperkenankan permintaan orang-orang yang beriman dan beramal shalih dan Dia menambahkan kepada mereka dari kurniaNya" (Asy-Syura: 26)

Berkata setengah salaf, menurut tafsir gharib itu, bahawa orang yang beriman dan beramal shalih dapat memberi syafaat kepada teman-temannya. Lalu ia memasukkan mereka kedalam syurga bersama mereka. Dan dikatakan, apabila Allah mengampunkan dosa seorang hamba, nescaya hamba itu dapat memberi syafaat kepada teman-temannya.

Allah Berfirman maksudnya:
"Dan ikutilah jalan orang yang kembali kepada Allah" (Luqman: 16).

Allah Berfirman maksudnya:
"Dan janganlah engkau mengikuti orang yang telah Allah lalaikan hatinya dari mengingati Allah dan dia menurutkan keinginan hawa nafsunya dan keadaannya sudah melewati batas" (Al-Kahf: 28)

Seorang ulamak besar Ibnu Jauzi, yang berkata kepada sahabatnya sambil menangis: "Jika kamu tidak menemui aku di syurga bersama kamu, maka tolonglah tanya kepada Allah tentang aku": Wahai Tuhan kami, Si Fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang Engkau, maka masukkanlah ia bersama kami di syurga.

Ibnu Jauzi berpesan begini bersandar kepada sebuah Hadis: "Apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga lalu mereka tidak menemukan sahabat sahabat mereka yg selalu bersama mereka dahulu di dunia. Maka mereka pun bertanya kepada Allah: "Ya Rabb! kami tidak melihat sahabat sahabat kami yang sewaktu di dunia bersolat bersama kami, berpuasa bersama kami dan berjuang bersama kami..."maka Allah berfirman, "Pergilah ke neraka, lalu keluarkan sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walau hanya sebesar zarrah (Ibnu Mubarak dalam kitab Az Zuhd)

Maka pilihlah untuk bersahabat yang boleh membantu bukan setakat dunia tetapi hingga akhirat dengan sifat utamanya berbuat ibadat berjamaah bersolat, berpuasa dan sentiasa berpesan kearah keimanan, berjuang untuk menegakkan kebenaran agama. Carilah teman yg mengajak ke majlis ilmu, mengajak berbuat kebaikan, bermuafakat untuk kerja kebajikan, selalu berpesan dengan kebenaran.

Teman yang dicari kerana semata-mata mencari urusan dunia, teman tengok hiburan, teman tengok TV, teman melepak, teman memancing, teman berkonvoi tayang motor dan kereta hebat, teman Facabook, temam whatsApp iaitu bercerita tentang malam ini makan menu apa? Dan berlarut-larutan sehingga banyak masa terbuang, yang kesemuanya melalaikan malahan sanggup berjaga sepanjang malam sehingga mengabaikan dan meninggalkan amalan membaca Al-Quran, berzikir, bersolat malam disebabkan tidak ada masa.

Teman yang bertakwa, akan mencari kita disyurga. Semaklah pada diri kita, apakah ada teman yang sebegini pada keliling kita, atau yang ada mungkin lebih teruk dari kita.

Ayuh bertindak, kurangkan masa dengan teman yang pada garis dunia, carilah teman dan kawan dengan mereka yang akan mencari kita disyurga, kerana kita tidak boleh mengharap ibadat kita sahaja untuk menjengah syurga ALLAH, pelbagaikanlah usaha dan harapan, moga satu darinya akan tersangkut ke pintu syurga. Al-Hasan Al-Bashri berkata: “Perbanyaklah sahabat-sahabat mukmin mu kerana mereka memiliki syafaat pada hari kiamat”. Pejam mata, carilah siapa agaknya yang akan mencari kita disyurga, jika tiada, mulakan hari ini mencari teman kesyurga sebagai suatu misi peribadi.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej