Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, February 10, 2017

Tidak harus (haram) pendakwaan bagi kes yang begitu besar hukumannya di sisi Islam (yakni kes zina dan liwat) dibuat di khalayak awam atau dalam media massa


Tidak harus (haram) pendakwaan bagi kes yang begitu besar hukumannya di sisi Islam (yakni kes zina dan liwat) dibuat di khalayak awam atau dalam media massa.
Ia mesti di buat di hadapan Qadhi atau Hakim dengan syarat-syarat yang ditetapkan Syariat. Bagi kesalahan zina, diwajibkan si penuduh mengemukakan 4 orang saksi.
Memang sukar, tetapi itulah yang ditetapkan Allah di dalam al-Quran. Tidak semestinya apabila kita mengetahui suatu maksiat yang dilakukan oleh seseorang secara pribadi (di tempat tertutup, tanpa membabitkan hak orang lain), kita akan berdosa kerana tidak mendedahkannya.
Malah kita mendapat pahala apabila kita menyembunyikan kerana tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Syariat untuk didedahkan (yakni pahala mematuhi kehendak Syariat walaupun kehendak hati kita sebaliknnya).
Diceritakan; Khalifah Umar bin al-Khattab pernah melihat dengan mata kepalanya sendiri satu pasangan (lelaki dan wanita) melakukan zina, namun hanya dia seorang sahaja melihatnya (tidak ada orang lain). Maka ia menghimpunkan sahabat-sahabat yang ada pada ketika itu dan bertanya; Apa pandangan kamu semua jika Khalifah sendiri melihat satu pasangan melakukan zina ?
Saidina Ali yang hadir ketika itu lantas berkata; "Hendaklah Khalifah membawa 4 saksi atau Khalifah akan disebat 80 rotan (hukuman Qazaf)". Mendengar ucapan Saidina Ali itu Umar membisu dan tidak mendedahkan orang yang dilihatnya.
(Tatbiq al-Hudud Fi at-Tasyri'aat al-Janaiyyah al-Hadithah, Dr Ahmad Fathi al-Bahansi, hlm. 216).

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej