Sarawak Report mengaku pertuduhan PAS terima dana RM90 juta dari Najib atas sangkaan dan andaian meluas sahaja ... para pentaksub Anwar Ibrahim merangkap pemuja tahap dewa DAP percaya habis sebagai pertuduhan berasas lagi sahih.
Husam Kuasa Sepuluh menuduh ada bukti PAS terima RM90juta melalui cek Affin Bank dengan menggunakan air liur basi para penyokong PAN merangkap pentaksub Anwar Ibrahim yang juga pemuja tahap dewa DAP percaya macam nak gila.
Sampai dua kali mahkamah persekutuan bersidang depan 10 hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Besar Malaya, Hakim Besar Borneo dan 6 Hakim-hakim Kanan Mahkamah Persekutuan sebulat suara, sepakat berpendapat bahawa Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya ... para pentaksub Anwar Ibrahim merangkap pemuja tahap DAP yang sama bermati-matian tidak percaya dan enggan terima keputusan penghakiman sambil menyatakan Anwar Ibrahim ialah mangsa konspirasi politik tahap tertinggi dengan pertuduhan tidak masuk akal walaupun barisan peguam yang mewakili Anwar Ibrahim adalah kumpulan peguam-peguam ternama, terhebat, terhandal dan terbilang.
Inilah apabila sesuatu isu dinilai melalui emosi bukannya dengan mencuitkan minda sambil berdingin kepala dan berlapang dada..
Kebenaran dan keadilan yang tidak memihak atau mengikuti selera dan kehendak sendiri dianggap bukan kebenaran dan keadilan.
Kebenaran itu amat pedih lagi menyakitkan.
TENKIU
#TeamIstiqomah
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej