Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, May 30, 2018

Tuesday, May 29, 2018

Beza Antara Dua Alim-Ulama Tuan Guru Haji Hadi & Dr Mohd Asri

“ Beza Antara Dua Alim-Ulama ”
Tuan Guru Haji Hadi & Dr Mohd Asri
.
Tempat sama, ruang sama, medium sama, peluang sama
.
Tapi Sorang gunakan medium untuk MENCELA & MERENDAH lain.
Sorang lagi gunakan medium untuk MENERANG & MERAI lain.
.
Apa yang cuba saya tekankan:
“Masalah ummah hari ini bukanlah hujjah yang tidak sampai, Tetapi akhlak/sikap yang tidak elok.”
.
Ia adalah masalah AKHLAK atau SIKAP.
.
Bila kita Dr. tuduh jadikan parti agama, PAS takfiri kafirkan orang bukan PAS, Sedangkan jelas dalam wawancara itu beliau menasihati dengan kasih atas agama supaya sahabat dari AMANAH terus berani memperjuangkan agama jika mereka keluar PAS kerana agama.
.
Tuduhan Dr. sebelum2 ini yang PAS seolah gunakan ‘Agama’ ie ‘Penungang Agama’ tak perlu ada nama ISLAM terjawab diwawancara ini, jawapan diberi berserta ‘konteks’. Dimana ‘konteks kita mahu terikut seperti Turki tidak perlu nama ISLAM, sedangkan kerana konteks di Turki perlembagaan mereka tidak membenarkan sebarang agama sebagai ideologi sedangkan konteks negara kita tiada halangan dan membenarkan.
.
Tuduhan-tuduhan yang kononya PAS tidak mementingkan korupsi dll boleh baca disini selanjutnya:
https://www.facebook.com/AbuSyafiq1/posts/1801065533317218
.
Tuduhan-tuduhan ini pedih saya sendiri dan sahabat seperjuangan menepis fitnah berterbangan.
.
Kena faham saya sayang Ulama siapapun yang saya benci adalah Fitnah. Minta bezakan & berjiwa sihat bila membaca ini.
.
Jangan salah sangka anak-muda sekarang ramai yang intelek berilmu tidak membenci. dua2 mereka ikuti.
.
Sebagaimana Imam Ghazali pakar dalam bidang falsafah, Tetapi dikatakan beliau bukan ahli hadith, maka dalam kitab beliau sendiri ad hadith yang silap. Tetapi orang yang faham(fakih) tidak memandang rendah sedikitpun keilmuan bidang falsafah beliau. Pada zaman Imam Ghazali jika ingin mendalami hadith maka refer guru lain yang lebih arif.
.
Begitulah pada zaman itu ilmuan cukup menghormati bidang masing-masing dan tidak mengatakan hayasanya bidang yang kami ceburi sahaja benar.
.
Maka kedua-dua ini juga adalah guru saya yang saya ambil kepakaran & kelebihan dalam bidang masing2.
.
Cuma dalam hal ini, dalam medium ini, dalam ruang ini tempat yang sama, peluang yang sama
Saya memilih Tuan Guru Haji Hadi berbanding Dr Mohd Asri
Saya bersama Tuan Guru dalam keilmuan bidang siasah.
.
Tahniah Satu contoh yang baik walau dicela dimedium yang sama.
Terima Kasih Ayoh Chik

Monday, May 28, 2018

Tapi kenyataan TGHH tak viral


Dalam fenomena mengatakan ramai lelaki yang tak suka caruman KWSP 2% untuk surirumah, TG Haji Hadi pula sokong inisiatif kerajaan PH itu, bahkah menegaskan tanggungjawab suami sepatutnya lebih daripada 2% tu.
Tapi kenyataan ini tak viral.
Yang viral adalah 'jika masih ada sebesar zarah...'
Nak kasi viral, kena bikin panas.
Kalau sokong, mana ada panas.
PH memerlukan PAS sebagai pembangkang yang baik, bukan menyokong pula apa yang PH buat. Ini sudah tak ikut plan.
~Bwahahahaha... gurau ja der...!
--> Dr Tanaka Mustafa

kes altantuya keluar tv australia 60 minutes



kes altantuya keluar tv australia 60 minutes

Minda Presiden PAS LIBERALISME: DI ANTARA KEBEBASAN DAN KEBABASAN


Minda Presiden PAS
LIBERALISME: DI ANTARA KEBEBASAN DAN KEBABASAN
Abd Rahim Muhammad
Minda Presiden PAS
LIBERALISME: DI ANTARA KEBEBASAN DAN KEBABASAN
Akhir-akhir ini kalangan anti Islam atau nama glamornya kumpulan liberal, menunjukkan kesombongan mereka menentang Syariat Allah, sehingga dalam urusan perkara wajib, halal dan haram dengan menolaknya bagi memuaskan nafsu semata-mata, berpandukan slogan kebebasan atau liberalisme tanpa perhitungan akal manusia yang waras. Namun merasakan diri mereka sangat bijak.
Segala bahasa daripada semua bangsa yang berakal waras dalam dunia menafsirkan kebebasan itu adalah boleh melakukan apa sahaja mengikut sempadan naluri masing-masing dengan selamat. Apabila terkeluar daripadanya menjadikan tidak selamat yang disebut sebagai terbabas dan terjerumus kepada kemusnahan, bukan lagi kebebasan yang asalnya bermaksud positif.
Kita lihat binatang tanpa akal melakukan aktiviti kehidupan secara fitrah (naluri) mengikut kebebasan dalam had sempadan naluri dan sifat kebinatangannya. Haiwan air hidup di atas konsep kebebasan dengan tidak melompat ke daratan untuk hidup, begitu juga haiwan daratan tidak terjun untuk hidup di dalam air.
Apabila boleh hidup di dua alam, maka sifatnya sangat jelek. Binatang yang hidup dalam air terlompat ke darat dan mati atau yang di darat terhumbam ke dalam air dan mati, ini disebut binatang itu sudah terbabas daripada kawasannya. Oleh kerana makhluk itu tidak berakal, maka peraturan pilihan secara akal tidak diwajibkan kepadanya.
Adapun manusia yang berakal, ada undang-undang naluri yang sama tanpa mengira bangsa dan agamanya. Namun ditambah dengan peraturan agama dan undang-undang serta hukum yang berkait dengan akal dan fitrah serta naluri bagi mengawal supaya tidak terkeluar daripada sempadan naluri dan merosakkan sifat kemanusiaannya dari segi individu dan bermasyarakat.
Dalam fitrah yang sama di antara lelaki dan wanita, ada hukum dan undang-undangnya sama seperti hukum halal dan haram dalam perkara makan dan minum. Tetapi dalam naluri dan peranannya yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, seperti hukum yang berkait dengan pusaka dan aurat yang berbeza di antara lelaki dan wanita.
Selain itu, perkara urusan penjagaan anak di antara ibu dan bapa, ada perkara yang sama dan ada peranan yang berbeza. Ini menunjukkan ada hukum yang sama dan ada hukum yang berbeza.
Kadang-kadang terdapat kemampuan yang berbeza, maka hukumnya juga berbeza, kerana haram membebankan seorang itu dengan sesuatu yang di luar kemampuan sifat nalurinya atau kemampuan lahiriahnya. Ini kerana setiap individu mempunyai tahap tenaga yang berbeza, maka tidak seharusnya di atas konsep persamaan diletakkan bebanan yang sama berat kepada yang tidak berkemampuan.
Allah S.W.T yang menciptakan seluruh alam dan makhluk manusia adalah Tuhan yang Maha Mengetahui, lagi bersifat Rahmat, Bijaksana dan Adil terhadap hamba-Nya. Walaupun Allah itu Maha Kuasa, namun Allah menetapkan sempadan kepada makhluk manusia yang baligh (berusia matang) dan berakal dengan menetapkan Hukum Syariat yang menjadi sempadan bagi kebaikan mereka semua. Adapun mereka yang tidak matang dan tidak berakal yang disebut sebagai tidak mukallaf dikecualikan daripada hukuman apabila melakukan kesalahan. Kewajipan mereka dibebankan kepada penjaga di kalangan keluarga dan masyarakat.
Dalam undang-undang ciptaan manusia yang bijak juga ada sempadan bagi perjalanan hidup individu dan bermasyarakat yang boleh menggunakan akal mengikut kemampuan kebijaksanaannya.
Contohnya undang-undang jalanraya bagi mengawal keselamatan, pemandu yang berlesen bebas memandu tetapi mengikut undang-undang yang telah ditetapkan. Oleh itu, jika berlaku kemalangan disebabkan terbabas, maka bukannya kerana memandu dengan bebas.
Begitu juga ada had kadar muatan dan tanggungan yang berbeza yang tidak boleh disamakan, maka ada undang-undang bertindak ke atas muatan yang lebih daripada kadarnya. Kalau diizinkan di atas nama kebebasan dan persamaan, maka banyak jalan dan kenderaan yang rosak, bahkan menempah kemalangan bagi manusia.
Arak diharamkan oleh semua agama yang ada kitab petunjuk, khususnya Al-Quran. Pengharaman ini merupakan sempadan bagi memelihara kemuliaan akal dan kesihatan jasad. Semua kajian yang matang menunjukkan itulah hikmahnya. Walaupun tidak boleh menganggu penganut agama lain yang menghalalkan arak, tetapi sempadan hidup bermasyarakat hendaklah dihormati, kerana boleh menimbulkan mudarat yang lebih besar kepada masyarakat umum.
Konsep kebebasan beragama bukan bermaksud bebas mengamalkan apa sahaja yang dibenarkan tanpa mengira sensitiviti pihak lain sehingga menyebabkan ketegangan yang menghilangkan keharmonian dalam masyarakat majmuk. Menjaga kepentingan umum hendaklah diutamakan, maka wajib dilarang pesta arak supaya tidak terbabas sehingga merosakkan hubungan bermasyarakat majmuk yang lebih besar mudaratnya kalau dibiarkan. Syariat Islam menamakannya Feqah Muwazanat.
Ada perkara yang dikawal dengan lesen seperti arak bagi menetapkan sempadan kepada penagihnya sahaja mengikut agama dalam konsep kebebasan beragama. Tetapi apabila mahu disebarkan kepada umum dengan menganjurkan pesta yang terbuka dan untuk mengheret pihak lain kepadanya, maka sudah terbabas daripada sempadan.
Ada perkara haram wajib ditutup rapat, sehingga tidak boleh dilesenkan sekali-kali, yang bertepatan dengan hukum agama dan fitrah, seperti mencuri, merompak dan menyamun. Maka tidak ada negara dalam dunia mengeluarkan lesen mencuri, merompak dan menyamun di atas konsep kebebasan yang salah.
Di sana banyak maksiat yang diharamkan oleh semua agama dan hukum akal, seperti berjudi, bebas berzina, berliwat dan sebagainya. Maka kita tidak boleh mengikut dan terikut dengan negara-negara yang sudah terbabas daripada hukum semua agama, naluri dan akal, sehingga melesenkannya.
Ternyata dengan terang lagi bersuluh bahawa tidak boleh melampaui batas dalam semua perkara, termasuk dalam urusan agama dan perkara lain dalam segala urusan kehidupan manusia, kerana boleh menyebabkan kemusnahan diri dan masyarakat. Maka tidak boleh diizinkan kalangan pelampau yang memainkan slogan di atas nama kebebasan, kerana pengertiannya salah dari segi bahasa, agama dan budaya. Tegasnya adalah kerana mereka terbabas daripada sempadan kehidupan manusia dan itu bukan kebebasan yang sebenarnya.
Islam bukan sahaja mengharamkan pelampau individu, bahkan juga mengharamkan negara yang menggunakan senjata pemusnah terhadap manusia dan alam sekitar. Walaupun di atas nama jihad, ianya diluar takrif jihad yang sebenarnya sangat murni dan mulia.
Apabila sudah membunuh orang awam yang tidak berdosa, atau pun menyasarkan serangan di tempat maksiat yang diharamkan oleh agama Islam, tindakan itu sebenarnya melampaui sempadan agama yang berkonsepkan wasatiyah (kesederhanaan), keadilan dan hikmah. Tegasnya, mencegah kemungkaran juga diharamkan sekiranya mencetuskan kemungkaran yang lebih besar dan lebih parah mudaratnya.
Kita wajib memahami dengan akal yang betul terhadap perbezaan di antara hak kebebasan manusia dan makhluk yang bermasyakat madani dengan kebebasan binatang di rimba belantara dan tidak bermasyarakat madani. Namun, malangnya ada manusia yang berkonsepkan haiwan yang tidak berakal, seperti dinyatakan oleh firman Allah:
وَلَقَدۡ ذَرَأۡنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرٗا مِّنَ ٱلۡجِنِّ وَٱلۡإِنسِۖ لَهُمۡ قُلُوبٞ لَّا يَفۡقَهُونَ بِهَا وَلَهُمۡ أَعۡيُنٞ لَّا يُبۡصِرُونَ بِهَا وَلَهُمۡ ءَاذَانٞ لَّا يَسۡمَعُونَ بِهَآۚ أُوْلَٰٓئِكَ كَٱلۡأَنۡعَٰمِ بَلۡ هُمۡ أَضَلُّۚ أُوْلَٰٓئِكَ هُمُ ٱلۡغَٰفِلُونَ ١٧٩ الأعراف.
“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk Neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia yang mempunyai hati (akal) tetapi tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai.” (Surah Al-Aaraf: 179)
Terpulang kepada masing-masing, sama ada memilih kebebasan tanpa sempadan, atau mengikut sempadan kejadiannya yang ditetapkan oleh Tuhan Pencipta alam, masyarakat dan alam sekitar. Adalah salah berdasarkan perhitungan agama dan akal yang waras menganggap bahawa yang terbabas melanggar sempadan itu adalah kebebasan mengikut tafsirannya.
Lebih malang kalau sehingga tidak percaya pula adanya keputusan bagi manusia selepas kematian kerana tidak percaya kepada Allah dan melawan Tuhan yang menciptakannya dan alam seluruhnya.
Binatang juga ada sempadan tabiinya. Maka tidak ada undang-undang yang adil boleh mengizinkan binatang dan manusia yang berlagak seperti binatang itu melakukan sebebasnya di atas nama kebebasan sehingga merosakkan makhluk yang lain di sekelilingnya. Tuhan Pencipta berhak menghukum sesiapa sahaja yang melawan ciptaannya.
Allah Pencipta Alam yang Maha Bijaksana dan Maha Adil terhadap makhluknya, terus membuka pintu taubat seluas-luasnya, dengan sifat Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. Hanya kalangan manusia yang tidak sayang kepada dirinya sendiri sehingga terbabas dalam cara hidup yang menyebabkan kecelakaan di dunia dan menderita di akhirat.
“Sejahtera Bersama Islam”
ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 6 Muharram 1439 / 27 September 2017

Tuan Ibrahim - kisah Almarhum Tuan Guru Haron Din yg dicerca. orang yg mencerca menyesal



Tuan Ibrahim - kisah Almarhum Tuan Guru Haron Din yg dicerca. orang yg mencerca menyesal

Saturday, May 26, 2018

Kata Mutiara Berkaitan Politik, ambillah dia sebagai ilmu dan pedoman

Kata Mutiara Berkaitan Politik, ambillah dia sebagai ilmu dan pedoman...
1. Kata Imam Ghazali, politik adalah seni yang tertinggi. Politik bukan sekadar meraih kekuasaan, menjawat jawatan penting dalam parti, jadi wakil rakyat, jadi menteri dll tetapi politik merupakan tanggungjawab dan amanah yang lebih luas, soal moral, jati diri, kearifan, kebijaksanaan memimpin dan sebagai pemimpin masyarakat yang dinilai sebagai ahli politik (politician) bukan sebagai ahli parti politik.
2. Seorang individu patutlah sentiasa bercakap benar, tetapi seorang ahli politik terpaksalah bercakap bohong untuk melindungi maksud-maksud tertentu. -Machieavelli
3. Dalam dunia politik,tidak ada jawapan adalah jawapan juga.-Tanpa nama
4. Dalam politik,kemustahilan bukanlah rintangan. -Napoleon Bonaparte
5. Dunia politik selamanya 20 tahun di belakang dunia pemikiran. -J.J.Chapman
6. Perut lapar bukanlah penasihat politik yang baik. -Albert Einstein
7. Politik adalah permainan, tetapi bisnes bagi mencari keuntungan. -Winston Churchill
8. Politik tidak sepatutnya diperdagangkan dan perdagangan tidak sepatutnya dipolitikkan.
9. Politik sama saja di mana-mana, mereka menjanjikan membuat jambatan, walau pun ditempat itu tidak ada sungai. -Nikita Krushchev
10. Politik adalah perang yang tidak berdarah, sedangkan perang adalah politik yang berdarah. -Mao Tse Tung
11. Perang tidak lain adalah kelanjutan politik dalam bentuk yang lain. -Karl Von Clausewitz
12. Politikus memikirkan pilihanraya umum yang akan datang, negarawan memikirkan generasi yang akan datang. -James F. Clark
13. Untuk menjadi ahli politik perlukan ilmu, keberanian, kekuatan minda,sihat tubuh badan, kuat kerohanian (bukat kuat merasuah !). Apa guna kalau jadi ahli politik tapi penakut, 'pak turut' dan 'tukang ampu'.
14. Begitulah politik....kadangkala ia indah khabar dari rupa.Sebenarnya bukan mudah..... untuk menjadi pemimpin politik. Bercakap soal politik memang mudah. Tetapi air liur hanya mampu untuk dijadikan modal politik bukannya mampu membela rakyat........ Kesimpulannya, ahli politik/politikus.. .janganlah seperti tikus jatuh ke beras atau bagai tikus membaiki labu.
15, Ya ....dalam politik semua boleh jadi.
Demi Menjatuhkan lawan, fitnah adalah senjata Utama. Perkara ini bukan baru berlaku, bahkan sejak zaman berzaman. Fitnah memfitnah dah jadi asam garam dalm politik
Hari ini jadi kawan,besok jadi lawan. Hari ini sibuk menuding jari kepada orang lain tapi besok atau lusa diam seribu bahasa setelah mendapat habuan masing-masing. Bak kata orang, telunjuk lurus, kelingking berkait

Politik dalam Islam ada empat

"Politik dalam Islam ada empat, pertama politik para Nabi, kedua politik para ulama, ketiga politik para menteri dan keempat politik para sultan. Semua tu ada dalam Kitab Ahkamul Sultaniah," katanya.

Friday, May 25, 2018

Sekular golongan penentang Islam

Sekular golongan penentang Islam !

http://studentsrepo.um.edu.my/7540/13/BAB_6.pdf 

hadis tentan sebelum terjadi kiamat


Surah AlHujurat. Ayat 009
Dan jika dua puak dari orang-orang yang beriman berperang, maka damaikanlah di antara keduanya; jika salah satunya berlaku zalim terhadap yang lain, maka lawanlah puak yang zalim itu sehingga dia kembali mematuhi perintah Allah; jika dia kembali patuh maka damaikanlah di antara keduanya dengan adil (menurut hukum Allah), serta berlaku adillah kamu (dalam segala perkara); sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1884 Topik Kiamat.
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah saw. bersabda: Belum akan terjadi kiamat sebelum timbul peperangan antara dua pasukan besar, antara keduanya timbul perang besar, sedang seruan keduanya sama.
Dan sebelum lahir beberapa dajjal (penipu besar) yang amat pandai berbohong, hampir sebanyak tiga puluh orang, semua mendakwakan dirinya utusan Allah.
Dan sebelum ilmu pengetahuan diambil (berkurang), banyak kegoncangan, zaman bertambah cepat, kekacauan bermaharajalela dan banyak huru-hara, iaitu pembunuhan.
Dan sebelum harta sampai melimpah-ruah, sehingga orang yang berharta ingin hendak memperoleh orang yang akan menerima sedekahnya dan ditawarkannya (kian ke mari), tetapi orang yang ditawar untuk menerima sedekah itu mengatakan tidak lagi memerlukannya.
Dan juga sebelum orang banyak bermegah-megah (bersenang-senang) dalam gedung-gedung besar. Dan sebelum seseorang melalui kubur orang lain, Lalu dia mengatakan: "Wahai, hendaknya saya menggantikan orang itu."
Dan sebelum matahari terbit di tempat terbenamnya. Setelah matahari terbit (sebelah barat) dan kelihatan oleh orang banyak mereka beriman semuanya, tetapi ketika itu keimanan tidak berguna kepada seseorang yang belum beriman sebelumnya atau keimanannya belum menimbulkan usaha-usaha yang baik.
Ketika kiamat terjadi, dua orang yang hendak berjual beli telah mengembangkan kain di hadapan keduanya, tidak sempat lagi meneruskan jual beli dan tidak pula sempat melipat kain.
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang baru selesai memerah susu lembunya, tidak sempat lagi meminumnya.
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang sedang memperbaiki tepi kolamnya tidak sempat lagi meminum airnya.
Ketika kiamat terjadi, seseorang yang mengangkat makanan ke mulutnya, tidak sempat lagi memakannya."

PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa meninggalkan setiap elemen yang terdapat dalam islam

AyobHussin Pulau Keramat shared a post.
Just now ·

Alhamdulillah, baru sudah menonton forum di Astro Awani, panelis yang dijemput adalah Dato Dr. Maza dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Mendengar ulasan ahli panel berkaitan pembawaan islam dalam kerangka kenegaraan menuju Malaysia Baharu.

Bagaimana Dr Dzul menyebut istilah isti'mar (mengimarahkan) negara dengan erti kata islam yang sebenar iaitu menegakkan kebajikan dan mengurangkan "poverty" dikalangan rakyat terutama golongan B-40 (Bottom 40). Itu adalah idea yang sangat baik.Cuma sangat menyedihkan apabila kedua-dua ahli panel menyerang PAS walaupun secara indirect bahawa PAS tidak memperjuangkan kebajikan dan keadilan sosial dan sekadar mementingkan hukum jenayah, diberi contoh (RUU355).Ini buktinya bahawa PAS memperjuangkan islam yang syumul mengambil kira semua aspek keperluan sebagai seorang insan tidak kira politik, ekonomi, pendidikan, jenayah, kebajikan sosial dsb.Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan PAS yang baru berumur beberapa hari sudah menunaikan janji iaitu subsidi air 20m3 kepada golongan yang memerlukan.PAS melalui kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan pelbagai skim dan bantuan demi membantu rakyat dalam keadaan royalti kerajaan negeri ditarik. Persepsi yang dimainkan Dr Maza dan Dr Dzul ini adalah sangat tidak sihat untuk landskap politik menuju Malaysia Baharu.Di Kedah, Semasa PAS memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri, PAS memberi tumpuan kepada agenda kebajikan dan pembangunan, rakyat boleh nilai sendiri hasilnya iaitu penubuhan kampus induk KUIN yang kini menjadi UniSHAMs dan Aman Central.Semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999. PAS berjaya memansuhkan tol di jambatan Sultan Mahmud. Menteri Besar ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ini menunjukkan bahawa PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa meninggalkan setiap elemen yang terdapat dalam islam.

Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak




Saya bimbangan firman Allah swt ketika memberikan amaran terhadapa sikap musuh-musuh Islam yang ingin menguasai harta orang-orang beriman. Firman Allah swt:
ود الذين كفروا لو تغفلون عن أسلحتكم وأمتعتكم فيميلون عليكم ميلة واحدة
Maksudnya: Orang-orang kafir memang suka kalau kamu cuai lalai akan senjata dan harta benda kamu, supaya dengan jalan itu mereka dapat menyerbu kamu beramai-ramai dengan serentak. - (An-Nisa: 102)
Dengan BN memerintah selama sekitar 60 tahun, sudah banyak bebanan ekonomi yang ditanggung. Dengan perlantikan LGE sebagai Menteri Kewangan, saya bimbang amaran di dalam ayat 102 terkena kepada kita.
Umat Islam khususnya perlu mengambil berat tentang perkara ini.
- Zaharudin Muhammad Al-Faqeeh.

Thursday, May 24, 2018

Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH

Orang PH bertanya;
"Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam? Siap kau kata orang Islam dalam PH bodoh dah kena brainwash menentang bangsa dan agama sendiri. Apa bukti kau ada? "

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211754939769603&id=1251877796

Dan aku jawab;
Setakat ni banyak. Tapi aku ambik satu yang paling nyata dan terbaru. Kes pelantikan menteri antara Lim Guan Eng dengan Dr Mazlee.

Lim Guan Eng dah didakwa di mahkamah tapi masih dibenarkan jadi menteri. Kalau BN atau PAS buat gini tentu Bar Council dan korang  bagai dah protes siap buat demonstrasi. Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada. Mereka sokong jer macam lembu.

Masuk je kes Dr Mazlee, orang bukan Islam dalam PH mula protes kata dia sokong Dr Zakir Naik. Mula timbul isu dia pensyarah UIA tak sesuai sebab credential dia lebih kepada agama, perlu menteri yang berfikiran sekular. Yang sedih tu orang Islam dalam PH bergaduh sesama sendiri isu ni. Yang menyokong dan yang menentang pelantikan Dr Mazlee. Siap dedua group buat petition kumpul sokongan online.

Waktu buat petition ni nyata group anti Islam menang. Ni disebabkan sokongan ramai bukan sahaja dari bukan Islam tetapi juga orang Islam PH yang dah dijaja jawatan tu patut diberi kepada Mahathir. Orang Islam PH ni lupa ke PM dalam PH tak boleh pegang portfolio ikut manifesto PH?

Last last orang Islam dalam PH yang ada kesedaran sikit ni, terpaksa minta bantuan daripada group PAS dan BN untuk tandatangan petisyen tersebut. Bayangkan sehingga isu lantik menteri pun orang Islam dalam PH terbahagi dua, dan akhirnya kena minta bantuan luar  begitulah hinanya kedudukan orang Islam dalam PH.

Terpaksalah demi mempertahankan portfolio pendidikan daripada jatuh ke tangan puak sekular dan tentera dajjal, orang Islam bersatu. Walaupun pahit bagi PAS membantu salah sorang yang memfitnah PAS, pahit bagi UMNO membantu parti yang memfitnah kata negara nak bankrap tapi rupa rupanya tak bankrap, kena jugak buat demi menyelamatkan pendidikan anak anak dan cucu daripada kesesatan. Barulah petition untuk Dr Mazlee naik dan setakat ni melebihi petition mereka yang membantah.

Persoalannya sampai bila kena jadi begini, yakni orang Islam PH akan selalu minta bantuan PAS dan UMNO/BN untuk mempertahankan Islam? Akan tiba waktu dan situasi kami dari PAS maupun UMNO tak dapat menolong. Apa akan jadi kepada orang Islam di negara ni bila dipimpin oleh parti sebegini?

Lemah sungguh kedudukan orang Islam di dalam PH. Mereka tak mampu mempertahankan Islam langsung. Lantik menteri pun mereka kalah. Sedang seorang bukan Islam yang didakwa rasuah di mahkamah, datang dari sebuah parti rasis dan islamiphobic, tak timbul masalah langsung jadi menteri. Menteri Kewangan pulak tu. Seorang Islam yang menyatakan sokongan kepada Zakir Naik dan Islam, timbul pelbagai masalah.

Itulah bukti negara kita dah dijajah semula secara halus oleh orang bukan Islam. Orang islam dalam PH hanyalah boneka yang senang diperkotak katikkan. Tanpa majority, mereka tak ada leverage untuk duduk berbincang dengan orang bukan Islam as equals. Pedulikan tentang perlu 2/3 undi dan persetujuan Majlis Raja raja untuk pinda perlembagaan bagai. Tak sampai few hours PH menang para penyokong PH dah mintak Agong Sultan semua dihapuskan. Nabi dan Islam dihina secara terbuka online. Orang Islam dalam PH diam jer. And now lantik menteri pun masalah.

Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH.

Pada zaman dahulu ada seorang raja mempunyai seorang tukang sihir


  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2519 Topik adalah Zuhud.

Dari Shuhaib r.a. katanya Rasulullah saw. bercerita: "Pada zaman dahulu ada seorang raja mempunyai seorang tukang sihir. Ketika usia tukang sihir itu bertambah lanjut, dia berkata kepada raja, "Aku sudah tua. Kerana itu kirimlah kepada ku seorang pemuda supaya ku ajari dia ilmu sihir." 

Maka dikirimlah kepadanya oleh raja seorang pemuda untuk belajar ilmu sihir. Di jalan yang dilalui si pemuda setiap hari hendak pergi belajar sihir ada seorang pendeta. Si pemuda selalu singah ke tempat pendeta tersebut dan menyemak ajaran-ajarannya. 

Ternyata ajaran pendeta tersebut sangat dikagumi si pemuda. Apabila dia terlambat sampai ke tempat tukang sihir, dia dipukul oleh tukang sihir. Hal itu diadukannya kepada pendeta. Kata pendeta, "Jika engkau takut dimarahi tukang sihir katakan kepadanya bahawa engkau terlambat kerana halangan keluarga. 

Dan jika engkau takut dimarahi keluargamu, katakan bahawa engkau terlambat pulang kerana tukang sihir." Sementara keadaan berjalan demikian rupa, pada suatu hari muncul seekor binatang besar menghambat orang ramai lalu lintas di jalan raya. 

Kata si pemuda, "Hari ini aku harus tahu, mana yang lebih ampuh ilmu tukang sihir dengan ilmu pendeta." Maka diambilnya batu lalu dia mendoa, "Wahai Allah! Jika ilmu pendeta yang lebih Engkau sukai dari ilmu tukang sihir, maka bunuhlah binatang ini supaya orang ramai dapat lalu." Lalu dilemparnya binatang itu dan mati seketika itu juga, sehingga orang ramai dapat lalu. Si pemuda datang kepada pendeta menceritakan peristiwa yang baru dialaminya. Kata pendeta, "Hai anak ku! Mulai hari ini ternyata engkau lebih unggul daripada ku. Engkau telah mencapai sasaran yang ku duga. Tetapi engkau akan mendapat ujian. Jika engkau diuji, janganlah engkau mengatakan bahawa aku gurumu. 

Si pemuda sudah pandai mengubati orang bisu, mengubati penyakit kusta, dan mengubati berbagai penyakit orang banyak. Hal itu terdengar oleh seorang Menteri Raja yang buta matanya. Maka didatanginya si pemuda dengan membawa berbagai hadiah yang banyak. Katanya, "Jika engkau dapat menyembuhkan dari kebutaan, maka hadiah-hadiah ini ku berikan kepada mu." Jawab pemuda, Aku tidak dapat menyembuhkan seseorang. Yang menyembuhkan sesungguhnya hanya Allah. Anda mahu iman kepada Allah, aku akan mendoa semoga Dia berkenan menyembuhkan Anda." Maka imanlah dia kepada Allah, lalu Allah Ta'ala menyembuhkannya. 

Kemudian Menteri Raja datang ke majlis raja sebagaimana biasa. Sang Raja bertanya kepadanya, "Siapa yang mengembalikan penglihatanmu?" Jawab Menteri, "Tuhan ku!" Titah Raja, "Engkau punya Tuhan selain aku?" Jawab Menteri, "Tuhan ku dan Tuhan Anda ialah Allah!" Maka diseksanya Menteri tersebut, sehingga dia terpaksa menunjukkan pemuda yang mengubatinya. Maka diiringlah si pemuda ke hadapan raja. Titah Raja, "Hai anak ku! Sungguh hebat ilmu sihirmu. Engkau dapat menyembuhkan orang buta, menyembuhkan penderita kusta, dan engkau telah berjasa begini dan begitu." Jawab pemuda "Aku tidak dapat menyembuhkan siapa pun. Sesungguhnya yang menyembuhkan hanya Allah Ta'ala semata-mata." Maka diseksanya lah si pemuda sehingga dia terpaksa menunjukkan pendeta. 

Maka digiring pula pendeta ke hadapan raja. Titah Raja, "Keluarlah (murtadlah) dari agamamu. Pendeta menolak perintah raja tersebut. Raja memerintahkan supaya mengambil gergaji dan diletakkan di tengah-tengah kepala pendeta. Lalu dibelah kepalanya sehingga kedua belahannya jatuh. Kemudian dihadapkan pula Menteri Raja. Maka diperintahkan kepadanya, "Keluarlah (murtadlah) kamu dari agamamu!" Menteri Raja menolak. 

Maka diletakkan gergaji di tengah-tengah kepalanya, lalu dibelah sehingga kepalanya jatuh. Kemudian dihadapkan si pemuda. Maka diperintahkan pula kepadanya, "Keluarlah kamu dari agamamu!" Tetapi si pemuda menolak lalu dia diserahkan kepada para pengawal raja. Titah Raja, "Bawa dia ke puncak-puncak gunung. Sampai di sana, jika dia mahu keluar dari agamanya, jangan diapa-apakan. Tetapi jika dia menolak, lemparkan ke jurang yang dalam. Maka berangkatlah mereka membawa si pemuda ke puncak gunung. Sementara itu si pemuda mendoa, "Wahai Allah, selamatkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara apa saja yang Engkau kehendaki." 

Maka bergoncanglah (gempa) gunung, sehingga para pengawal raja jatuh semuanya ke jurang. Dan si pemuda pulang kembali ke istana raja dengan berjalan kaki. Raja bertanya, "Mana para pengawal, apa yang terjadi dengan mereka?" Jawab pemuda, "Allah menyelamatkan dari kejahatan mereka." Maka diserahkannya si pemuda kepada para pengawal yang lain dengan titahnya, "Bawa dia dengan perahu ke tengah-tengah lautan. Jika dia mahu keluar dari agamanya, biarkan dia. Tetapi jika dia menolak, lemparkan dia ke laut. 

Maka berangkatlah mereka membawa si pemuda. Si Pemuda mendoa, "Wahai Allah! Selamatkanlah aku dari kejahatan mereka dengan cara bagaimanapun Engkau kehendaki." Maka terbaliklah perahu mereka sehingga para pengawal tenggelam semuanya. Si pemuda pulang kembali ke istana raja dengan berjalan kaki. Tanya Raja, "Ke mana para pengawal, apa yang terjadi?" Jawab pemuda, "Allah melindungi ku dari kejahatan mereka." Kata pemuda kepada raja, "Anda tidak akan dapat membunuh ku sebelum Anda lakukan perintah ku." Tanya Raja, "Apa itu?" Jawab pemuda, "Kumpulkan seluruh rakyat di suatu lapangan. Lalu salib aku di situ pada sebatang pohon. 

Kemudian ambil anak panah dari tempat panah ku dan letakkan di busur dengan membaca : Bismillahi rabbil ghulam (Dengan nama Allah, Tuhan Pemuda ini). Sesudah itu panahlah aku. Bila Anda lakukan seperti itu maka Anda akan berhasil membunuh ku." Maka dikumpulkannya lah seluruh rakyat di suatu lapangan. Lalu disalibnya si pemuda pada sebatang pohon. Kemudian di ambilnya panah lalu dipasangnya pada busur dengan membaca: Bismillahi rabbil ghulam. Maka dipanahnya lah si pemuda, kena pelipisnya. Si pemuda meletakkan tangannya di tempat yang kena panah lalu dia mati. 

Maka berkata orang banyak, "Kami iman dengan Tuhan si pemuda! Kami iman dengan Tuhan si pemuda! Kami iman dengan Tuhan si pemuda!" Pernyataan rakyat tersebut dikhabarkan orang kepada raja. Kata mereka, "Tahukah Anda, bahawa apa yang Anda takutkan selama ini sungguh telah terjadi. Rakyat telah menyatakan iman kepada Allah." 

Maka diperintahkan oleh raja supaya membuat parit di pintu-pintu jalan utama, lalu dibuat orang parit yang di dalamnya dinyalakan api. Titah raja, "Siapa tidak keluar dari agamanya, lemparkan dan bakar mereka dalam parit." Maka dilaksanakanlah perintah raja tersebut. Pada giliran seorang wanita yang sedang menggendong bayi, wanita itu mundur maju akan masuk ke dalam parit. Maka berkata bayinya, "Wahai ibu! Tabahkanlah hati ibu kerana ibu berada dalam kebenaran. "

Yg paling ditakuti adalah lahirnya dan berkembangnya Islam liberal




Sedarkah anda semua ?
Yg paling ditakuti adalah lahirnya dan berkembangnya Islam liberal.
Satu agenda musuh Islam terutamanya Yahudi laknatullah UTK menyesatkan umat Islam.
Dgn cara merosakkan Akidah umat Islam.
Sedang berkembang di dalam negara ini.
Muhasabah diri dan berhati hatilah agar jgn jadi salah seorang yg berfahaman liberal.

https://web.facebook.com/LiberalInternational/


Org cina selalu ke depan , kenapa ?

Mca, dap, gerakan selalu ke depan. Lepas pru13 hari tu, mereka ada suarakan yg mereka akan bersatu, di pru14 ! Mereka kotakan !

Malangnya melayu umno, pas , pkr (walaupun apa parti mereka, mereka tetap melayu majority islam)  masih berpecah belah.. masih dlm kandang pemikiran kuno, tidak mahu meraikan berbezaan idealogi yg cuma sedikit tu ! Padahal org cina semuanya boleh berbaik baik walaupun berbeza parti.

Mereka tak jadikan kisah rasuah sebagai penghalang. Mereka kata itu perkara kecil saja !?

Org melayu, perkara yg sangat kecil dijadikan seolah olah sangat besar ...  perkara persepsi yg entah betul entah tidak, seperti isu ug hingga ia menjadi satu punca kita berpecah !

Bodoh betul ! Bodoh Masih lagi bersisa sejak zaman berzaman ??!

Selepas pru kita dapati kaum cina masih bersatu buat petisen membantah atas perlantikan seorang menteri pendidikan cuma kerana dia menyokong seorang pendakwah !?

..... dan kemudian ada org ph minta tolong tak kira parti mana termasuk dari PAS balas balik petisen menyokong agar menyokong perlantikan tersebut. Sambutan agak dingin khususnya pehak pembangkang ...... bahkan ada yg sanggup kata biar mampus dia !

Sampai kita harus bepecah ? Sampai bila ?
Sampai hancur lebur ?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211753114683977&id=1251877796

Monday, May 21, 2018

Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam?

https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=10211754939769603&id=1251877796

Orang PH bertanya;
"Apa bukti orang Melayu Islam dah hilang kuasa kepada orang Cina, India dan bukan Islam? Siap kau kata orang Islam dalam PH bodoh dah kena brainwash menentang bangsa dan agama sendiri. Apa bukti kau ada? "

Dan aku jawab;
Setakat ni banyak. Tapi aku ambik satu yang paling nyata dan terbaru. Kes pelantikan menteri antara Lim Guan Eng dengan Dr Mazlee.

Lim Guan Eng dah didakwa di mahkamah tapi masih dibenarkan jadi menteri. Kalau BN atau PAS buat gini tentu Bar Council dan korang  bagai dah protes siap buat demonstrasi. Pada waktu yang sama Lim Guan Eng dan parti DAP dah banyak keluarkan statement statement yang rasis dan menentang Islam. Tapi ada orang Islam dalam PH peduli? Tak ada. Mereka sokong jer macam lembu.

Masuk je kes Dr Mazlee, orang bukan Islam dalam PH mula protes kata dia sokong Dr Zakir Naik. Mula timbul isu dia pensyarah UIA tak sesuai sebab credential dia lebih kepada agama, perlu menteri yang berfikiran sekular. Yang sedih tu orang Islam dalam PH bergaduh sesama sendiri isu ni. Yang menyokong dan yang menentang pelantikan Dr Mazlee. Siap dedua group buat petition kumpul sokongan online.

Waktu buat petition ni nyata group anti Islam menang. Ni disebabkan sokongan ramai bukan sahaja dari bukan Islam tetapi juga orang Islam PH yang dah dijaja jawatan tu patut diberi kepada Mahathir. Orang Islam PH ni lupa ke PM dalam PH tak boleh pegang portfolio ikut manifesto PH?

Last last orang Islam dalam PH yang ada kesedaran sikit ni, terpaksa minta bantuan daripada group PAS dan BN untuk tandatangan petisyen tersebut. Bayangkan sehingga isu lantik menteri pun orang Islam dalam PH terbahagi dua, dan akhirnya kena minta bantuan luar  begitulah hinanya kedudukan orang Islam dalam PH.

Terpaksalah demi mempertahankan portfolio pendidikan daripada jatuh ke tangan puak sekular dan tentera dajjal, orang Islam bersatu. Walaupun pahit bagi PAS membantu salah sorang yang memfitnah PAS, pahit bagi UMNO membantu parti yang memfitnah kata negara nak bankrap tapi rupa rupanya tak bankrap, kena jugak buat demi menyelamatkan pendidikan anak anak dan cucu daripada kesesatan. Barulah petition untuk Dr Mazlee naik dan setakat ni melebihi petition mereka yang membantah.

Persoalannya sampai bila kena jadi begini, yakni orang Islam PH akan selalu minta bantuan PAS dan UMNO/BN untuk mempertahankan Islam? Akan tiba waktu dan situasi kami dari PAS maupun UMNO tak dapat menolong. Apa akan jadi kepada orang Islam di negara ni bila dipimpin oleh parti sebegini?

Lemah sungguh kedudukan orang Islam di dalam PH. Mereka tak mampu mempertahankan Islam langsung. Lantik menteri pun mereka kalah. Sedang seorang bukan Islam yang didakwa rasuah di mahkamah, datang dari sebuah parti rasis dan islamiphobic, tak timbul masalah langsung jadi menteri. Menteri Kewangan pulak tu. Seorang Islam yang menyatakan sokongan kepada Zakir Naik dan Islam, timbul pelbagai masalah.

Itulah bukti negara kita dah dijajah semula secara halus oleh orang bukan Islam. Orang islam dalam PH hanyalah boneka yang senang diperkotak katikkan. Tanpa majority, mereka tak ada leverage untuk duduk berbincang dengan orang bukan Islam as equals. Pedulikan tentang perlu 2/3 undi dan persetujuan Majlis Raja raja untuk pinda perlembagaan bagai. Tak sampai few hours PH menang para penyokong PH dah mintak Agong Sultan semua dihapuskan. Nabi dan Islam dihina secara terbuka online. Orang Islam dalam PH diam jer. And now lantik menteri pun masalah.

Menang sorak tapi kampung tergadai. Itulah nasib orang Islam di dalam PH.

Saturday, May 19, 2018

berkenaan maslee malek


Salam semua:,
Mercy Malaysia amat memerlukan bantuan kecemasan, ubat-ubatan dan peralatan perubatan. Mereka yang diketuai oleh Dr. Jemilah sendiri sudahpun berada di sempadan Mesir-Gaza, tetapi tidak dibenarkan masuk di dalam Gaza..Untuk mengetahui lebih lanjut keterangan dan bantuan bolehlah melayari laman web: www.mercy.org.my.
Lagi satu, Dr. Maszlee Malek seorang ahli aktivis Palestin di JIM menyeru supaya jangan memberi bantuan kepada kedutaan Palestin di Kuala Lumpur kerana dipercayai mereka ini dari konco-konco Mahmud Abbas yang mempunyai rekod korupsi yang dashyat.. Wallahu'alam.....


Ada apa dengan para nabi dan wali-wali
Kata-kata masyhur Maszlee yang ditularkan oleh netizan berkaitan “… nabi-nabi dan wali-wali jika mereka masih hidup kini, akan meninggalkan profesion mereka…..” ,[6] dinafikan beliau tetapi berjaya dibuktikan benar-benar telah diucapkan sedemikian. Namun masih dinafikan Maszlee “maksud sebenar” beliau berkata demikian.
Untuk tujuan rekod, Maszlee telah dilaporkan berkata: “I believe that people of the past, even the Prophets, even the Saints, if they live now, they will give up their professions” yang difahami ramai sebagaimana yang telah jelas beliau ucapkan itu literally. Tiada maksud lain yang tersirat daripada itu.
Namun Maszlee berkeras bahawa beliau bermaksud: “Jika dilihat saya katakan ‘Prophets and saints would give up their professions’ dan bukannya “their Prophethood (kenabian) atau sainthood (kewalian)”.
Kenabian merupakan pilihan Tuhan dan bukannya pekerjaan … Nabi-Nabi mempunyai professions (pekerjaan) seperti mengembala kambing, berniaga, tukang kayu dan lain-lain lagi. Itu yang saya maksudkan…”[7].
Demikian itulah Dr Maszlee Malek sebenarnya yang sedang kita kupas tulisan terdahulunya. Tidak mustahil beliau akan membalas “dengan tafsiran yang berlainan”.
Isu yang dibawa oleh Maszlee ini menjadi menarik lebih-lebih lagi kerana ia adalah isu agama Islam yang sering dikaitkan dengan peranan dan keberkesanannya oleh pihak kerajaan dan agensinya, terutama Jawi dan Jakim.
Begitu juga dengan kedudukan fatwa dan mufti-muftinya yang sering menjadi sasaran media sosial dan terpampang di dada akhbar yang turut disentuh oleh penulis dalam kertasnya itu.
Menelusuri dan menghalusi tulisan-tulisan, ceramah, forum dan syarahan Maszlee yang agak banyak, maka tidak salah jika ada pandangan yang mengatakan terasa semacam beliau “ada saja yang tidak berpuas hati dengan PAS dan Umno” (mengungkap kata-kata seorang teman yang juga tokoh NGO Islam yang dikenali umum).
Itulah hakikatnya sehingga dalam kertas kerja ISEAS inipun beliau mudah membuat telahan (disengajakan atau tidak, Maszlee sahaja yang tahu) dengan berkata (di muka surat 2): “…..with the proposed RUU 355 (or famously coined by PAS as the ‘Hudud Bill’)”.
Tidak benar ‘fakta’ tu kerana seluruh Malaysia tahu PAS tidak pernah berkata RUU 355 yang dibawa oleh YB Marang menerusi Private Member’s Bill adalah “untuk memperkenalkan dan menguatkuasakan undang-undang hudud di Malaysia”.
Ternyata nada ungkapan Maszlee begitu selari dengan kata-kata pimpinan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan NGO-NGO liberal seperti G25, SIS, Bebas, Comango, IRF dan sewaktu dengannya.
Kita berpandangan Maszlee tidak perlu marah sebegitu sekali. Control lah sikit dan jangan terlalu berpihak kepada kumpulan tertentu dengan niat tersurat ataupun tersirat.

AyobHussin Pulau Keramat
24 mins ·

Semua ada - syiah, wahabi, liberal, sekular lgbt, SIS, antihadis, anti alquran atheis. Berhimpun dlm tu, PENAT !