JOM TOLAK SEKULARISMA !
Fahaman Sekularisme dilahirkan di Barat dalam zaman dan suasana yang tersendiri.
Suasana itu amat berbeza dengan suasana negara umat Islam. Islam adalah berbeza daripada falsafah dan agam-agama yang lain.
Fahaman Sekularisme tidak mempunyai relivansinya dengan Islam.
Ternyata negara-negara yang secara mengikut aliran sekularisme tidak mendapat manfaat apa-apa selain daripada porak-peranda masyarakat dan rakyatnya.
Setelah jelas kepada kita bahawa Islam cukup sempurna dan sesuai untuk dijadikan satu cara hidup tanpa memisahkan urusan dunia dan akhirat dalam setiap aspek kehidupan manusia. Keseimbangan hidup yang selari dengan syariat memberi kehidupan yang baik kepada manusia tanpa perlu memikirkan secara logik akal tentang kewujudan Allah tetapi berfikirlah melalui penciptaannya serta sentiasa bergantung kepada Allah kerana Allah yang mencipta manusia , alam dan makhluk sebagainya.
Justeru penekanan yang telah dibuat, hasil semua pembincangan ini menjelaskan bahawa umat Islam perlu disedarkan dengan menyebarkan fahaman sekularisme yang boleh menjejaskan akidah dan sekali gus merosakkan kehidupan masyarakat Islam dan negara Islam. Pendedahan dengan pandangan Islam perlu diperluas bahawa Fahaman inilah ibu kepada fahaman atau ideologi lain yang akhirnya terus menafikan kewujudan Allah sebagai tuhan dan pencipta.
Begitulah perancangan Yahudi bagi menghapuskan umat Islam selepas tentera Salib gagal dan penat menyerang melalui ketenteraan kemudian bertukar kepada strategi halus iaitu melalui serangan pemikiran yang telah menular di dalam masyarakat Islam hari ini, yang mana strategi ini bagi menghancurkan Islam.
Justeru, Penekanan dalam soal ajaran Islam perlu diperhebat dan dilancarkan bagi membasmi keruntuhan akhlak dan sosial masyarakat dan memastikan setiap ruang pendidikan, pentadbiran, ekonomi jauh dari unsur dualisme yang boleh menghancurkan institusi keluarga, masyarakat dan negara.
Masanya sudah tiba untuk umat Islam kembali pada ajaran dan pegangan agama yang suci ini.
Masanya sudah tiba untuk umat Islam kembali pada ajaran dan pegangan agama yang suci ini.
Tidak ada jalan lain menebus dan menyelamatkan umat Islam daripada penindasan umat lain kecuali kembali kepada Islam dan mengikuti ajarannya.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej