1. PESAN Rasulullah ﷺ kepada tentera pemanah dikalangan perajurit Uhud. Sabda Baginda
:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلرُّمَاةِ إِنَّا لَنْ نَزَالَ غَالِبِينَ مَا ثَبَتُّمْ مَكَانَكُمْ
:
قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِلرُّمَاةِ إِنَّا لَنْ نَزَالَ غَالِبِينَ مَا ثَبَتُّمْ مَكَانَكُمْ
“Kita akan sentiasa menang selagi mana kamu kekal pada tempat kamu!”
2. Saudara-saudara sekalian, Rasulullah mendidik para sahabat supaya kekal dalam prinsip Islam yang teguh dan tidak lari dari medan kerana harta rampasan dunia. Seharusnya dunia itu tidak mencairkan pendirian seorang Muslim.
3. Lihatlah bagaimana Talhah ibn Ubaidullah mempertahankan Rasulullah ﷺ ketika Muslim dilanda kekalahan dalam perang Uhud. Talhah dikatakan cedera dan luka di 70 tempat sehingga Abu Bakar menyifatkan beliau sebagai syahid yang masih lagi hidup. Iaitu lelaki yang dikurniakan pahala syahid, yang masih lagi berjalan di muka bumi ini.
4. Lihatlah cantiknya pesan Rasulullah di atas. “Kita akan sentiasa menang selagi mana kamu kekal di tempat kamu!” Muslim yang pasak kukuh dengan pendiriannya akan sentiasa dianggap menang kerana tidak mudah terliur dengan habuan dunia.
Muslim seharusnya kekal utuh dengan prinsipnya! Moga Allah mengurniakan kita hati yang tsabat dan kukuh di jalan Allah.
Dr Ahmad Sanusi Azmi
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
Kalaulah Islam mudah menang, dah lama Palastine menang melawan Israel. Dah Lama Islam menawan dunia !
Pensyarah Universiti Sains Islam Malaysia
Kalaulah Islam mudah menang, dah lama Palastine menang melawan Israel. Dah Lama Islam menawan dunia !
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej