Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, May 25, 2018

PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa meninggalkan setiap elemen yang terdapat dalam islam

AyobHussin Pulau Keramat shared a post.
Just now ·

Alhamdulillah, baru sudah menonton forum di Astro Awani, panelis yang dijemput adalah Dato Dr. Maza dan Dr Dzulkefly Ahmad.

Mendengar ulasan ahli panel berkaitan pembawaan islam dalam kerangka kenegaraan menuju Malaysia Baharu.

Bagaimana Dr Dzul menyebut istilah isti'mar (mengimarahkan) negara dengan erti kata islam yang sebenar iaitu menegakkan kebajikan dan mengurangkan "poverty" dikalangan rakyat terutama golongan B-40 (Bottom 40). Itu adalah idea yang sangat baik.Cuma sangat menyedihkan apabila kedua-dua ahli panel menyerang PAS walaupun secara indirect bahawa PAS tidak memperjuangkan kebajikan dan keadilan sosial dan sekadar mementingkan hukum jenayah, diberi contoh (RUU355).Ini buktinya bahawa PAS memperjuangkan islam yang syumul mengambil kira semua aspek keperluan sebagai seorang insan tidak kira politik, ekonomi, pendidikan, jenayah, kebajikan sosial dsb.Kerajaan negeri Terengganu dibawah pimpinan PAS yang baru berumur beberapa hari sudah menunaikan janji iaitu subsidi air 20m3 kepada golongan yang memerlukan.PAS melalui kerajaan negeri Kelantan telah memperkenalkan pelbagai skim dan bantuan demi membantu rakyat dalam keadaan royalti kerajaan negeri ditarik. Persepsi yang dimainkan Dr Maza dan Dr Dzul ini adalah sangat tidak sihat untuk landskap politik menuju Malaysia Baharu.Di Kedah, Semasa PAS memegang tampuk kepimpinan kerajaan negeri, PAS memberi tumpuan kepada agenda kebajikan dan pembangunan, rakyat boleh nilai sendiri hasilnya iaitu penubuhan kampus induk KUIN yang kini menjadi UniSHAMs dan Aman Central.Semasa PAS memerintah Terengganu pada tahun 1999. PAS berjaya memansuhkan tol di jambatan Sultan Mahmud. Menteri Besar ketika itu adalah Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Ini menunjukkan bahawa PAS mementingkan kebajikan rakyat tanpa meninggalkan setiap elemen yang terdapat dalam islam.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej