Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, May 3, 2018

Menyingkira Orang Kafir Ke Bahu Jalan

Menyingkira Orang Kafir Ke Bahu Jalan!

Assalamualaikum,
Sabda Nabi saw:
{ Jangan kamu memulakan salam kepada orang-orang yahudi dan orang-orang nasrani. Bila kamu terserempak di tengah jalan dengan orang kafir hendaklah kamu menyingkirnya ke jalan yang sempit } – Riwayat Muslim
Saya ingin minta jasa baik tuan untuk menjelaskan maksud hadith di atas terutama sekali yang berhubung dengan kenyataan Nabi saw: Bila kamu terserempak di tengah jalan dengan orang kafir hendaklah kamu menyingkirnya ke jalan yang sempit.
Bagaimanakah perlaksanaannya dalam konteks kehidupan rakyat malaysia pada hari ini ?
Wassalam
jawapan:
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudari Nieta75 di atas kelewatan saya menjawab soalan saudari . Berikut ini adalah jawapannya dengan izin, petunjuk dan bimbingan Allah Ta’ala .
TEKS & TERJEMAHAN HADISTS DI ATAS :
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَبْدَءُوا الْيَهُودَ وَالنَّصَارَى بِالسَّلَامِ وَإِذَا لَقِيتُمْ أَحَدَهُمْ فِي الطَّرِيقِ فَاضْطَرُّوهُمْ إِلَى أَضْيَقِهِ 
Ertinya : Daripada Saidina Abu Hurairah r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : “ Janganlah kamu memulakan salam kepada orang-orang Yahudi dan Krsitian . Dan apabila kamu bertemu dengan salah-seorang daripada mereka di jalan , maka hendaklah kamu menolak mereka ke jalan yang sempit ( tepi / bahu jalan ) .
SUMBER HADIST ITU :
Hadist tersebut boleh ditemui di dalam :
( 1 ) –  TAFSIR al-IMAM al-QURTUBI RH :  Tafsir ayat 8 daripada Surah al-Mumtahanah , Jilid 11 , Halaman : 112 , Terbitan : Dar asy-Sya’ab , Kaherah .
( 2 )  TAFSIR al-IMAM IBNI KATSIR RH :  Halaman 533 , Bhg 1 dan Tafsiran ayat 29 drp Surah at-Taubah , Bhg ke- 2 , Halaman 354 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut .
( 3 ) –  SAHIH al-IMAM MUSLIM RH :  Hadist : 2165 – Huraiannya oleh Al-Imam an-Nawawi rh & Prof. Dr. Wahbah az-Zuhaily ( No : 2167 , Kitab as-Salam , Bhg 13 , 14 & 15 , Halaman 324 , Terbitan : Darul Khayr , Beirut – Damsyiq ) dan di dalam huraiannya yang bernama  ” Fathul Mun’iem ”  oleh Prof. Dr. Musa Syahin Lasyin , Bab 583 , Hadist ke – 4945 , Jilid ke-8 , Terbitan : Darul Shurook , Kaherah .{ 2002 }
( 4 ) –  SAHIH al-IMAM IBN HIBBAN RH :  Hadist ke-501 , Halaman 253 , Bhg ke-2 , Terbitan : Muassasah ar-Risalah , Beirut { 1993 } .
( 5 ) –  SUNAN al-IMAM at-TIRMIDZI RH  : Hadist ke-1606 . Lihat huraiannya  ” Tuhfatul Ahwadzi ”  oleh Al-Imam al-Mubarakfuri al-Hindi , Halaman : 178 , Bhg ke-5 , Kitab as-Sir . Terbitan : Darul Fikr , Beirut { 1995 } .
( 6 ) –  SUNAN al-IMAM ABU DAUD RH :  Hadist ke- 352 , Bab : As-Salam ‘ala ahli adz- dzimmah , Juz – 4 , Terbitan : Darul Fikr , Beirut . Lihat pula huraiannya di dalam  “ Aunul Ma’abud “ oleh al-Imam Abadi rh & al-Imam Ibnul Qaiyim al-Jauziyah rh , Hadist ke-5192 , Ms 88 , Bab ke-8 , Jilid ke-14 . Terbitan : Darul Fikr, Beirut { 1995 } .
( 7 ) – MUSNAD al-IMAM AHMAD RH  : Hadis ke – 8542 , Halaman , 346 , Bhg ke – 2 . Terbitan : Muassasah Qurtubah , Mesir .
( 8 ) –  At-TARGHIB WAT TARHIB  ~ Oleh Al-Hafiz al-Mundziri rh , Hadist ke – 4162 , Halaman : 293 , Bhg – 2 . Terbitan : Darul Kutub al-Ilmiah , Beirut .
( 9 ) –  SUBULUS SALAM  ~ Oleh Al-Imam as-Son’ani rh, Hadist ke – 1228 , Halaman 498 & Hadist ke – 1389 , Halaman 620 , Jilid ke-4 . Terbitan : Darul Hadits , Kaherah { 1997 } .
( 10 ) –  AL-JAMIE’ as-SOGHIR [/color] ~ Oleh Al-Hafiz as-Suyuthi rh , Hadist ke-9726 , Halaman 1942 , Jilid ke-4 . Terbitan : Maktabah Nazar Mustofa al-Baz , Riyadh { 1998 } .
( 11 ) –  FATHUL BARI SYARH SAHIH  al-IMAM al-BUKHARI RH ~ Oleh Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-Asqolani rh . Catatan bagi hadist ke- 6254 Kitab al-Isti’dzan , Bab : At-Taslim Fi Majlis Fih Akhlatun Minal Muslimin Wal Musyrikin , Halaman : 306 , Jilid ke – 12 . Terbitan : Darul Fikr , Beirut { 1993 } .
( 12 ) –  SUNAN al-IMAM al-BAIHAQI al-KUBRA  : Halaman 203 , Bhg ke-9 , Terbitan : Maktabah Dar al-Baz , Mekkah al-Mukarramah { 1994 m } .
( 13 ) –  TALKHIS al-HABIR  : Oleh : Syeikhul Islam al-Imam Ibnu Hajar al-Asqolani rh , No 1923 , Halaman 126 , Juz – 4 , Terbitan : Al-Madinah al-Munawwarah { 1964 m } .
( 14 ) –  AL-IQNAA’ FI HAL ALFAZ ABI SYUJAA’  : OLeh Syeikh al-Khatib asy-Syirbini , Jilid ke-2 , Halaman 227 , Kitab Ahkam al-Jihad . Terbitan : Mustafa al-Baby al-Halabi , Mesir { 1940 } .
*********************
HURAIANNYA :
Sebagai mana dimaklumi , orang-orang bukan Islam digelar sebagai ” KAFIR / KUFFAR ” . Dan orang-orang kafir itu sendiri mempunyai beberapa kelompok menurut aqidah ( kepercayaan ) dan agama yang dianut oleh mereka .
Di dalam skop Negara Islam yang beramal dengan ” As-Siyasah asy-Syar’ieyah ” ( Politik Islam ) pula mereka ( orang-orang kafir ) dikelaskan kepada 3 kelompok pula iaitu ( 1 ) Ahlul adz-Dzimmah ( 2 ) Al-Musta’minun ( orang kafir yg bukan rakyat sesebuah negara Islam yang memohon perlindungan daripada negara Islam itu ) , dan ( 3 ) – Al-Harbiyun ( golongan kafir yang memusuhi Islam dan umatnya ) . 
Hadis di atas sebenarnya membicarakan kaifiat ( cara ) kita bermu’amalah ( berurusan ) dengan orang-orang kafir daripada kelompok Ahlu Adz-Dzimmah .
Ahlul adz-Dzimmah / Adz-Dzimmiyun / Adz-Dzimmiyin ialah :
( Golongan orang-orang bukan Islam sama ada dari kalangan para penganut agama Krisitian , Yahudi ataupun selain kedua-duanya yang menetap di dalam sesebuah negara Islam )  ~ Ahkam adz-Dzimmiyin Wal Musta’minin Fi Daril Islam , Fasal ke-2 , halaman 20 , oleh Dr. Abdul Karim Zaidan { Terbitan : Muassah ar-Risalah , Beirut 1988 } .
Disebabkan golongan ini menjadi rakyat di dalam sesebuah negara Islam , maka ada peraturan-peraturan dan undang-undang yang wajib mereka patuhi .
Di antaranya ialah : Mereka hendaklah memberikan ketaatan yang tidak berbelah bagi kepada negara Islam yang menjadi tanah air mereka dan mereka tidak boleh menunjukkan sebarang permusuhan dan tindak-tanduk yang angkuh lagi sombong terhadap umat Islam yang juga menjadi rakyat di dalam negara tersebut . Selain itu mereka juga diwajibkan membayar jizyah ( cukai ) kepada kerajaan .
Setelah mereka mematuhi dan setuju dengan syarat-syarat itu, maka sebagai imbalannya ialah mereka tidak boleh disakiti oleh sesiapa pun , mereka tidak boleh diganggu , mereka bebas mengamalkan adat dan agama mereka dan mereka bebas untuk meneruskan hidup mereka di dalam negara itu .
Ataupun dengan lain perkataan : Mereka akan diberikan oleh Kerajaan Islam itu :
i- Hak beragama
ii-Hak mendapat pekerjaan
iii- Hak mendapat pendidikan
iv- Hak mendapat pembelaan perubatan
v- Hak mendapat perlindungan dari kezaliman dari dalam dan luar.
Ini ditegaskan oleh sebuah atsar ( kata-kata Para Sahabat r.a ) yang bersumber daripada kata-kata Saidina ‘Umar al-Khattab r.a :
حدثنا أبو داود قال حدثنا شعبة قال أخبرني أبو جمرة قال سمعت جويرية بن قدامة يقول قدمت المدينة فدخلت على عمر حين طعن فقال ثم أوصيكم بأهل الذمة فإنهم ذمة نبيكم صلى الله عليه وسلم 
Abu Jamrah r.a pernah menyatakan : ” Aku pernah mendengar Saidina Juwairiyah Bin Qudamah r.a berkata : Tatkala aku sampai di Madinah aku pun masuk menemui Saidina Umar r.a ketika beliau r.a ditikam , lalu beliau r.a pun berkata : Aku berpesan kepada kamu semua agar berbuat baik kepada Ahlu adz-Dzimmah kerana mereka itu adalah di bawah jagaan Nabi kamu s.a.w ”  ~ Musnad al-Imam at-Toyalisi rh : No 66 , Halaman 13 . Terbitan : Darul Ma’arifah , Beirut
Hadist di atas SAMA-SEKALI TIDAK menyuruh kita menyakiti apatah lagi ” pekena ” orang-orang bukan Islam yang berada di dalam sesebuah bukan Islam dan yang tidak pula bermusuh dengan Islam .
Akan tetapi , hadist di atas mengajar seseorang Islam itu agar tidak tunduk memuliakan orang-orang bukan Islam dengan cara yang tidak sepatutnya ataupun sehingga maruah Islam itu sendiri tergadai ! .
Selain itu hadist di atas juga membentangkan beberapa peraturan kepada golongan bukan Islam yang menetap di dalam sesebuah negara Islam iaitu mereka hendaklah menjaga hati dan perasaan umat Islam , tidak menimbulkan sebarang perkara yang boleh menggugat sensitiviti umat Islam , tidak mencabar umat Islam dan maruah agama Islam dan taat-setia kepada negara Islam yang mereka diami .  { Lihat : Hasyiah Ibn ‘Abidin – Syeikh Muhammad Amin – Terbitan : Darul Fikr [ Cetakan Ke-2 ] – Juz 4 , Halaman : 208 } .
Contohnya : Apabila umat Islam bertembung dengan orang-orang bukan Islam di lorong yang sempit ( diulangi lagi sekali : yang sempit ) , maka hendaklah laluan itu diberikan kepada orang-orang Islam . Kalau ada orang-orang bukan Islam itu tidak mahu memberikan laluannya , maka mereka bolehlah ditolak ke tepi tetapi bukanlah dengan cara sehingga mereka jatuh ke dalam lubang / longkang ataupun sampai mereka terperosok ke dinding / tembok .
Kalau jalan itu luas , maka tidak ada masalah dan tidak timbul permasalahan ini .
Namun jika ada seorang umat Islam diancam oleh golongan zimmi di kawasan jalan itu , maka tidaklah mengapa dihormati dan dituruti kehendak mereka .
Begitu juga jika ada seorang muslim yang bertemu di lorong yang sempit dengan kafir zimmi yang terkenal dengan kebengisannya dan ke ” samseng ” annya , maka tidak mengapa diberikan laluan itu kepada zimmi itu terlebih dahulu .
Ataupun kalau ada umat Islam yang bertembung dengan mereka di jalan yang sempit lalu diberikan laluan kepada mereka demi menarik mereka kepada Islam , maka tidaklah mengapa .
Begitu juga kalau ada orang – orang Islam yang berkerja dengan golongan ahluldzimmah ini TIDAKLAH BERDOSA kerana berkerja di situ adalah bermaksud untuk mencari sumber kewangan dan bukanlah bermaksud kita redha dan rela dengan aqidah mereka yang sesat dan palsu itu ! .
Allah Ta’ala sendiri telah mengajar kita di dalam ayat 8 , Surah al-Mumtahanah :
لَا يَنْهَاكُمُ اللَّهُ عَنِ الَّذِينَ لَمْ يُقَاتِلُوكُمْ فِي الدِّينِ وَلَمْ يُخْرِجُوكُم مِّن دِيَارِكُمْ أَن تَبَرُّوهُمْ وَتُقْسِطُوا إِلَيْهِمْ إِنَّ اللَّهَ يُحِبُّ الْمُقْسِطِينَ 
Ertinya : ” Allah tidaklah melarang kami daripada berbuat baik dan berlaku adik terhadap golongan kafir yang tidak memerangi kamu dan tidak pula pernah mengusir kamu keluar daripada kampung halaman kamu . Sesungguhnya Allah cinta orang-orang yang berlaku adil ” .
TIDAKLAH MASUK AKAL jika hadist ini digunakan secara eksploitasi oleh golongan yang benci kepada terbentuknya sesebuah negara Islam lalu mengatakan bahawa :  ” Lihatlah hadis ini ! . Inilah yang akan berlaku apabila umat Islam memerintah orang-orang bukan Islam ” .  Ianya tidak sama-sekali sedemikian rupa ! .
Sejarah Dunia sendiri telah merakamkan bahawa TIDAK PERNAH SAMA-SEKALI golongan bukan Islam ditindas dan dizalimi di bawah penguasaan sesebuah empayar Islam , bahkan yang ada para penganut Kristian di Palestin dan Mesir pula yang memberikan laluan kepada kedatangan umat Islam ! .
Bahkan Sejarah Dunia sendiri jugalah yang telah merakan betapa kejamnya kelakuan Para Penganut Kristian di Sepanyol terhadap umat Islam , Kebiadapan Kristian Ortodoks terhadap muslimin di Balkan , Kezaliman Kristian Katholik terhadap muslimin di Mindanao . Selain itu , sejarah juga telah memaparkan kedurjanaan Yahudi terhadap umat Islam di Palestin yang masih belumd apat diselesaikan lagi masalahnya , kelakuan Komunis di sekitar Balkan dan China , Para Penganut Budha Mongolia tatkala menyerang Empayar Islam Abbasiyah di Baghdad dahulu sehingga Sungai Furat dan Sungai Dijlah dipenuhi dengan darah-darah mangsa serangan dan penyembelih itu dan perpustakaan terbesar umat Islam dibakar dan dimusnahkan .
Sila lihat sejarah tersebut menerusi artikel yang bertajuk :
*********************
SENARIO YANG BERLAKU HARI INI :
Umat Yahudi lebih dikenali kuat berpegang dengan ajaran agama mereka berbanding dengan umat Kristian . Kerana itu tidak hairanlah apabila ada sejak dahulu lagi golongan Yahudi yang apabila bertembung dengan umat Islam di satu jalan , mereka akan menjadikan umat Islam itu berada di sebelah kiri mereka .
Mereka ” mengiri ” kan umat Islam dan me ” nganan ” kan diri-diri mereka sebagai tanda / simbolik orang-orang yang berada di pihak kanan adalah ” Golongan Yang Benar & Diberkati Allah Ta’ala ” . Manakala ” Golongan Yang Berada Di Kiri ” pula ialah golongan sial dan cxlxkx .
Kalau ada umat Islam yang bertembung dengan golongan bukan Islam yang berbuat demikian di SEBUAH JALAN / LORONG YANG SEMPIT , maka hendaklah umat Islam yang diberikan laluan terlebih dahulu dan golongan bukan Islam itu bolehlah berjalan di bahagian tepi jalan .
Tetapi kalau umat Islam itu sendiri memberikan laluan kepada mereka untuk berjalan terlebih dahulu demi menunjukkan sikap baik umat Islam dan demi menarik hati-hati mereka agar cenderung kepada Islam , maka tidaklah mengapa .
Tapi kalau sikap baik umat Islam itu dibalas dengan sikap “ sombong “ dan “ mencabar kedaulatan Islam “ maka perkara itu sama-sekali tidak boleh dibiarkan ! .
Dan kalau bertembung di jalan yang luas pula , tidaklah timbul lagi persoalan di atas .
e] YANG PENTING IALAH : Kita jangan sekali-kali menunjukkan pengagungan kita terhadap mereka ataupun memuliakan mereka dengan cara yang tidak dibenarkan oleh Islam itu sendiri .
Termasuklah kita tidak dibenarkan redha dengan kekufuran mereka , bahkan kita hendaklah mendakwah mereka kepada Islam daripada masa kesemasa .
Sila lihat masalah ini di dalam :  Hasyiah Ibn ‘Abidin – Syeikh Muhammad Amin – Terbitan : Darul Fikr [ Cetakan Ke-2 ] – Juz 4 , Halaman : 208 :
PENGAJARAN HADIST DI ATAS :
1 – Islam adalah agama yang tertinggi di sisi Allah Ta’ala dan satu-satunya agama yang diiktiraf oleh-Nya . Agama-agama selain Islam adalah rendah akan tetapi ” rendah ” di situ tidaklah bermakna kita boleh menzalimi golongan bukan Islam .
” Memandang rendah ” di dalam hadist itu ialah bukan dari semua sudut, tapi dari sudut aqidah . Dari sudut kemanusiaan mereka tetap sama . Kasta ( perbezaan taraf hidup ) mereka dilihat dari sudut Aqidah , bukannya dari sudut kejadian mereka sebagaimana agama Hindu memandang rendah kepada mereka daripada kasta ke-4 ( Shudra ) dan yang paling hina daripada kasta itu iaitu kasta Paria .
2 – Tidak boleh redha dengan segala jenis kekufuran dan hendaklah sentiasa berusaha mengajak mereka kepada Islam .
3 – DiHARAMkan memberi salam ” Assalamualaikum ” kepada golongan bukan Islam . Dan ini adalah pendapat yang paling kuat di kalangan sekalian ulama’ rh .
Adapun memberikan ucapan ” berbasa-basi ” kepada mereka seperti ” Selamat Pagi ” , ” Good Morning ” , ” Chow San ” dan sebagainya TIDAKLAH DILARANG .
4 – Dibenarkan kita menghormati dan memenuhi hak-hak mereka dengan cara yang diperkenan oleh agama Islam .
5 – Tidak boleh menyakiti , menggangu golongan bukan Islam dari kalangan ahluldzimmah tanpa ada sebarang sebab yang diperkenankan Islam .
6 – Golongan Ahli Dzimmah yang tidak menjaga dirinya dengan memahami dan melaksanakan peraturan-peraturan yang dikenakan ke atas mereka , bila – bila masa sahaja boleh menjadi pula Kafir Harbiyun ( Golongan Kafir Yang Memusuhi Islam ) .
Samalah juga dengan umat Islam itu sendiri , kalau mereka sendiri tidak mahu mengambil tahu mengenai tanggung-jawab mereka terhadap agama Islam , bila-bila masa sahaja mereka boleh bertukar pula menjadi golongan munafiqin ( golongan yang berpura-pura Islam dan memusuhi Islam dari dalam ) .
PANDANGAN SYEIKH al-QARADHAWI RH :
Sebelum saya menutup jawapan ini saya kira perlu saya tambah lagi dengan pandangan seorang tokoh Islam yang sangat dihormati di dunia Islam hari ini iaitu pandangan al-Imam asy-Syeikh Dr. Yusuf ‘Abdullah al-Qaradhawi ( ha ) .
Beliau telah memberikan komentar ke atas hadist yang kita bincangkan ini di dalam salah sebuah kitabnya yang terbaru , iaitu : : “ AL-MUNTAQA MIN at-TARGHIB WAT TARHIB LIL MUNDZIRI RH “ .
Kata beliau :
 “ Hadist di atas menuntut agar kita bersikap demkian ( menyingkirkan dan menolak orang-orang bukan Islam ke tepi ) jika mereka itu adalah kaum yang memusuhi umat Islam ataupun menunjukkan sikap permusuhan terhadap umat Islam . Tapi jika mereka adalah kaum kafir yang tidak memusuhi umat Islam , maka cara bermu’amalah ( berurusan ) dengan mereka adalah sebagai mana dinyatakan oleh Allah Ta’ala di dalam ayat 8 , Surah al-Mumtahanah .
Sila lihat kitab saya yang bertajuk : GHAIRUL MUSLIMIN FI MUJTAMA’ al-ISLAMI ( Orang-orang Bukan Islam Di Dalam Masyarakat Islam ) “[/color]. ~Ibid : ms 227 , Jilid 2 , Terbitan : Darut Tauzie’ Wan Nasyr al-Islamiah , Kaherah { 2001 } . :deal
<center><font size=+2 color=blue>
و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين
</center></div></font>
Sekian . Semoga Ada Manfaatnya Bersama
Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad 

https://soaljawab.wordpress.com/2007/04/21/menyingkira-orang-kafir-ke-bahu-jalan/

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej