Rasulullah bersabda:
“إِنَّ اللهَ لَا يُجْمِعُ أُمَّةِ عَلَى ضَلَالَةٍ وَيَدُ اللهِ مَعَ الجَمَاعَةِ وَمَنْ شَذَّ شَذَّ إِلَى النَّارِ”
“Sesungguhnya Allah tidak menghimpun ummatku di atas kesesatan. Dan tangan Allah bersama jama’ah. Barangsiapa yang menyelewengkan, maka ia menyeleweng ke neraka“. (HR. Tirmidzi: 2168).
Al-Hafidz Ibnu Hajar rahimahullah dalam Fathul Bari XII/37 menukil perkataan Imam Thabari rahimahullah yang menyatakan: “Berkata kaum (iaitu para ulama), bahawa jama’ah adalah as-sawadul a’dzam (majoriti kaum muslim)“
Rasulullah bersabda “Sesungguhnya umatku tidak akan bersepakat pada kesesatan. Oleh kerana itu, apabila kamu melihat terjadi perselisihan, maka IKUTILAH as-sawad al a’dzam (majoriti kaum muslim).” (HR.Ibnu Majah, Abdullah bin Hamid, at Tabrani, al Lalika’i, Abu Nu’aim. Menurut Al Hafidz As Suyuthi dalam Jamius Shoghir, ini adalah hadith Sohih)
Maksudnya, tetaplah mengikuti Al-Jamaah atau as-sawad al a’dzam (majoriti kaum muslim) walaupun kamu hanya seorang diri di suatu tempat yang terpisah. Hindarilah firqah iaitu orang-orang yang mengikuti kefahaman seseorang ulama yang telah keluar (kharaja) dari kefahaman majoriti kaum muslim (as-sawad al a’dzam).
Dari Ibnu Sirin dari Abi Mas’ud, bahawa beliau mewasiatkan kepada orang yang bertanya kepadanya ketika ‘Uthman dibunuh, untuk berpegang teguh pada Jama’ah, kerana Allah tidak akan mengumpulkan umat Muhammad SAW dalam kesesatan.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej