Amanat TGHH dlm majlis penutup Persidangan ICT & Data Raya 2015
12 Dec 2015
Surah Fussilat: 33-35
وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِمَّنْ دَعَا إِلَى اللَّهِ وَعَمِلَ صَالِحًا وَقَالَ إِنَّنِي مِنَ الْمُسْلِمِين
Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh, sambil berkata: "Sesungguhnya aku adalah dari orang-orang Islam (yang berserah bulat-bulat kepada Allah)!"
وَلَا تَسْتَوِي الْحَسَنَةُ وَلَا السَّيِّئَةُ ۚ ادْفَعْ بِالَّتِي هِيَ أَحْسَنُ فَإِذَا الَّذِي بَيْنَكَ وَبَيْنَهُ عَدَاوَةٌ كَأَنَّهُ وَلِيٌّ حَمِيمٌ
Dan tidaklah sama (kesannya dan hukumnya) perbuatan yang baik dan perbuatan yang jahat. Tolaklah (kejahatan yang ditujukan kepadamu) dengan cara yang lebih baik; apabila engkau berlaku demikian maka orang yang menaruh rasa permusuhan terhadapmu, dengan serta merta akan menjadi seolah-olah seorang sahabat karib.
وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا الَّذِينَ صَبَرُوا وَمَا يُلَقَّاهَا إِلَّا ذُو حَظٍّ عَظِيمٍ
Dan sifat yang terpuji ini tidak dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang-orang yang bersikap sabar, dan tidak juga dapat diterima dan diamalkan melainkan oleh orang yang mempunyai bahagian yang besar dari kebahagiaan dunia dan akhirat.
1. Kita umat akhir zaman dikurniakan oleh Allah sedikit ilmu & teknologi.
2. Kita menyambung tugas utk menyampaikan risalah dakwah yg dibawa oleh para rasul kpd seluruh ummah.
3. Tiga kategori ummah:
Ummah dakwah - seluruh manusia
Ummah ijabah - yg terima seruan islam
Ummah ittiba' - penganut setia
Kita perlulah melaksanakan tanggungjawab kita utk mnyampaikan mesej Islam kpd seluruh manusia dgn menggunakan semua alat, teknologi dan pendekatan.
4. Islam adalah ajaran yg sempurna; ajaran Islam mesti disampaikan mengikut mawdhuk2 nya yg menyeluruh - bukannya secara terpisah.
- Fahami dahulu apa yg kita nak sampaikan agar kita tidak menyampaikan ajaran yg salah.
5. Mesej Islam mesti disampaikan melalui uslub yang baik & sesuai
- seruan dakwah kita adalah utk menarik & mendekatkan manusia kpd Islam
- kejayaan menarik org kpd Islam adalah sgt besar
- dosa menyesatkan org dgn ucapan @ tulisan kita adalah sgt besar
6. Gunakan teknologi maklumat sbg senjata lembut yg menyampaikan Islam agar masuk dlm hati2 manusia - mencari ahli yg sebanyak2 , bukan membuat musuh.
"Tugas utama ahli Pas dlm alam maya ialah menyampaikan Islam dan bukan sibuk menjawab tohmahan dan fitnah pihak lawan.
Sampaikan dgn penuh Hikmah dan Beradab"
TGHH SEDANG BERUCAP MENUTUP PERSIDANGAN ICT DAN DATA RAYA 2015 DI DEWAN SIVIK MBPJ
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej