Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, December 15, 2015

KAJI SELIDIK PERSEPSI RAKYAT MALAYSIA BERI KELEBIHAN KEPADA PAS

KAJI SELIDIK PERSEPSI RAKYAT MALAYSIA BERI KELEBIHAN KEPADA PAS

Laporan Akhbar Malay Mail oleh Boo Su Lyn pada 11hb Disember 2015 bertajuk Pakatan Harapan: More Than Just Opposition Pact, Wants To Be Government In Waiting mempunyai banyak data statistik penting tentang kajian sikap agar kita tidak lagi sekadar mendengar andaian dan teori semata mata.

Dalam laporan itu Ketua Setiausaha Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah di dalam program Retreat Majlis Presiden  PH pada 4hb Disember 2015 menjelaskan En. Ibrahim Suffian, Pengarah Merdeka Centre, Perunding Kajiselidik Bebas telah diminta berkongsi maklumat isu isu semasa dan persepsi awam terhadap parti parti politik di Malaysia.

Sekalipun Saifuddin menolak dari mendedahkan maklumat terperinci kajiselidik yang telah dibentangkan, Malaymail melaporkan berhasil melihat sendiri sebahagian dari kaji selidik itu.

Dan sangat menarik, sekalipun ia retreat Majlis Presiden Pakatan Harapan yang sepatutnya menilai PKR, DAP dan PAN , tetapi Malaymail lebih berminat melaporkan kajian terhadap UMNO dan PAS dengan menyimpulkan statistik yang ditunjukkan dengan jelas menunjukkan PAS kini adalah pilihan lebih ramai rakyat berbanding UMNO.

Lebih ramai kaum Cina berpuas hati dengan PAS berbanding UMNO.

Berikut antara keputusan yang dilaporkan dalam Kaji Selidik November hingga Disember 2015 oleh Merdeka Centre:

1.  42% Melayu gembira dengan PAS
   35% Melayu gembira dengan UMNO

2. 32% Melayu tak puashati/marah pada PAS.
54% Melayu tak puashati/marah pada UMNO.

3.  66% Cina tak puashati/marah pada PAS.
77% Cina tak puashati/ marah pada UMNO.

4.  31% luarbandar sokong PAS.
    31% luarbandar sokong UMNO.

5.  36% miskin (isirumah kurang RM2,000 sebulan) sokong PAS.
38% miskin sokong UMNO.

6. 59% bukan miskin (isirumah lebih RM7,000 sebulan) tak puas hati/marah PAS.
78% bukan miskin  tak puas hati/marah UMNO.

7. 57% Kakitangan awam tak puas hati/marah pada UMNO.
37% Kaki tangan awam tak puas hati/marah pada PAS.

8. 28% orang muda umur  21-30 tahun sokong PAS.
24% orang muda 21-30 tahun sokong UMNO.

Berdasarkan keputusan Kaji Selidik, trending yang jelas kelihatan memihak kepada PAS berbanding UMNO dan sekaligus menolak pelbagai dakwaan dan andaian kononnya PAS semakin lemah.

Kajian sikap dikalangan kaum melayu adalah penting kerana ia mewakili lebih separuh dari keseluruhan rakyat Malaysia dan faktor penstabil politik Malaysia.

HJ AHMAD AMZAD HASHIM
Pengarah
Jabatan Penerangan PAS Pusat

Dihantar oleh:  JITNT

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej