Syiah Di Awal Gerakan Islam di Malaysia
Pada asalnya Malaysia bukan sahaja tiada ajaran Syiah, malahan tiada mazhab fekah Ahlus Sunnah selain Mazhab Syafie. Namun pengaruh Syiah mula masuk ke dalam gerakan-gerakan Islam di Malaysia khususnya PAS bermula selepas Revolusi Iran tahun 1979. Ia bermula di kalangan pelajar-pelajar Malaysia di luar dan dalam negara.
Sebelum masuknya tempias ajaran Syiah ke Malaysia, rakyat Malaysia tidak mengenali apa itu Syiah. Bahkan saya rasakan umat Arab di Afrika (Mesir, Libya, Algeria dll) tidak mengenal Syiah sebanyak umat Arab di Asia (Iraq, Syria, Lubnan, Bahrain dll) mengenali Syiah. Ini adalah kerana Sunni Arab di Asia hidup berjiran dengan Syiah sejak berkurun lamanya.
Dulunya, Dr Yusof Qardhawy, seorang Mesir, ada meletak harapan terhadap “projek mendekatkan Syiah dengan Sunni” atau مشروع التقريب serta mencanangkannya ke seluruh dunia walaupun ketika itu ramai ulamak Arab dari Asia menegur beliau. Seruan beliau banyak diambil kesempatan oleh negara Iran untuk menyebarkan ajaran sesat Syiah ke dalam masyarakat Sunni di seluruh dunia.
Namun selepas Arab Spring 2011 yang diikuti regim Syiah Syria pimpinan Bassyar Asad dibantu Syiah Iraq, Iran, Lubnan, Rusia dll. memerangi Umat Islam Sunni di Syria (230,000 syahid setakat ini), kerajaan Syiah Iraq memerangi Sunni Iraq dan yang terkini di Yaman, sekelian ulamak Muslimin seluruh dunia telah sedar bahayanya ajaran dan politik Syiah terhadap aqidah dan dunia Islam.
Ini ditambah dengan kelibat kerjasama Syiah dengan Dunia Barat seperti Amerika dan Eropah dalam menentang Islam yang semakin tersingkap akhir-akhir ini, walaupun sebenarnya kerjasama itu telah bermula sejak lama.
Jesteru, selain seruan Jihad perang menentang Syiah di negara-negara Arab di atas, para Ulamak Muslimin hari ini juga mengangkat seruan membenteras Syiah di seluruh negara-negara Islam lain di dunia termasuk Malaysia. Walaupun ajaran Syiah sedikit sebanyak telah membarah dalam masyarakat Islam, namun masa masih belum terlewat untuk menyelamatkan keadaan.
Demikian lambatnya sebahagian Dunia Islam mengetahui bahayanya Syiah berbanding sebahagian Dunia Islam yang lain.
Walaupun Revolusi Iran 1979 adalah hasil dari segenap jelata rakyat Iran, sunni (1/3 penduduk) dan syiah (2/3 penduduk), namun setelah berjaya, ketua Revolusi Iran, Ayatollah Khomeini menjadikan Iran sebagai negara Syiah mazhab Imamiah yang jauh dari aqidah Ahlus Sunnah. Bermula sejak itu, Iran menekan rakyatnya sendiri yang beragama Islam Sunni, dan dalam masa yang sama menyebarkan ajaran Syiah ke seluruh dunia termasuk ke Malaysia dan kepada pelajar-pelajar Malaysia di luar negara.
Selepas peperiksaan SPM 1982, saya melanjutkan pelajaran ke Brisbane, Australia, 3 tahun selepas Revolusi Iran berlaku diikuti perang Iran-Iraq yang berlanjutan selama 8 tahun (1980-1988). Saya dapati lambakan majallah Syiah dari Iran membanjiri perpustakaan persatuan-pelajar pelajar Islam di sana. Pakaian wanita Iran yang bercadur menutup aurat dan semangat juang tentera Iran melawan kekejaman diktator Saddam Hussien dan tentera Iraq menarik minat sebilangan pelajar Melayu di Australia.
Kami di Brisbane bernasib baik kerana mendapat penerangan mengenai bahaya Syiah dari pelajar-pelajar Arab. Malangnya sebilangan pelajar-pelajar Melayu di Melbourne telah pergi lebih jauh sehingga ada diantara mereka yang memenuhi jemputan berkunjung ke Iran. Mereka kembali dengan semangat Iran atau Syiah yang tinggi. Ada yang menamakan anak-anak mereka dengan nama Fatimah, Hasan, Hussein, Mahdi dan nama-nama pujaan penganut Syiah.
Beberapa siri perbincangan dikalangan pelajar Malaysia bersama mereka kurang membuahkan hasil. Ini disebabkan 2 faktor utama
1- Tiadanya ulamak Melayu yang tinggal, dipercayai dan boleh membimbing pelajar Malaysia di Australia ketika itu. Segala urusan Dakwah diurus sesama mereka sahaja.
2- Pendirian sebilangan pimpinan kanan gerakan Islam di Malaysia sendiri yang mirip kagum terhadap pencapaian Revolusi Iran ketika itu (dan hari ini).
Saya masih ingat mendengar kata seorang pimpinan kanan ngo Islam kepada kami bahawa kelayakan “Ayatollah” itu menyamai 7 PhD.
Saya masih ingat mendengar kata seorang pimpinan kanan ngo Islam kepada kami bahawa kelayakan “Ayatollah” itu menyamai 7 PhD.
Saya juga masih ingat tafsir seorang pemimpin kanan parti Islam terhadap ayat AlQuran bermaksud :
“Wahai orang-orang beriman, siap kamu yang murtad dari agamanya, kelak Allah mendatangkan satu kaum, Allah mencintai mereka, mereka mencintaiNya, merendah diri terhadap orang-orang beriman, bertegas izzah terhadap orang-orang kafir, mereka berjihad di jalan Allah, tidak takut celaan orang yang mencela …”.
Para Sahabat bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah ?”. Rasulullah saw, sambil menepuk bahu Salman Al-Farisi menjawab, “Mereka dari kalangan dia ini”, yaitu orang-orang Parsi (Iran). Jawapan saat itu membawa maksud pendokong Revolusi Iran. (Diaspek keilmuan Islam “kaum” tersebut boleh memberi maksud orang-orang Parsi (bukan-Arab) akhirnya memeluk Islam dizaman pembukaan wilayah-wilayah baru selepas wafatnya Rasulullah saw atau lain-lain maksud. Wallahu aalam).
Para Sahabat bertanya, “Di manakah mereka ya Rasulullah ?”. Rasulullah saw, sambil menepuk bahu Salman Al-Farisi menjawab, “Mereka dari kalangan dia ini”, yaitu orang-orang Parsi (Iran). Jawapan saat itu membawa maksud pendokong Revolusi Iran. (Diaspek keilmuan Islam “kaum” tersebut boleh memberi maksud orang-orang Parsi (bukan-Arab) akhirnya memeluk Islam dizaman pembukaan wilayah-wilayah baru selepas wafatnya Rasulullah saw atau lain-lain maksud. Wallahu aalam).
Memang ketika itu, ajaran sebenar Syiah yang mengkafir kebanyakan para Sahabat, menolak riwayat Bukhari, Muslim dll, yang menyentuh lubuk aqidah Islam belum lagi banyak dimaklumi oleh rakyat Malaysia. Oleh itu ceramah pemimpin-pemimpin ngo dan parti Islam yang memuji Iran seperti di atas menaikkan lagi minat sebilangan pelajar Malaysia di luar negara terhadap Iran dan dakyah yang disebarkannya.
Sebagai pelajar di luar negara, tidak banyak maklumat pada saya mengenai sebaran ajaran Syiah di Malaysia kecuali yang berlaku pada sebilangan pensyarah dan pelajar di Universiti Malaya. Antara yang memancing sebahagian mereka adalah kahwin Mut’ah (kahwin kontrak atau sementara untuk berseronok seketika) yang hakikatnya adalah “Kahwin Zina” dalam hukum Islam sebenar.
Beberapa madrasah di Malaysia juga terlibat termasuk Madrasah Darul Falah di Kuala Sg Baru, Melaka ketika itu. Ada madrasah yang menghantar pelajar-pelajarnya menyambung pengajian agama peringkat tinggi di Iran.
Hari ini, 30 tahun selepas itu, ramai kader-kader ajaran atau peminat Iran atau Syiah mula menduduki jawatan-jawatan penting dalam negara, termasuk dalam ngo dan parti Islam.Disebabkan Syiah mewajibkan amalan Taqiyyah (bermuka-muka), jarang mereka mengaku menganut ajaran Syiah. Kita hanya boleh menyatakan mereka sebagai pro-Iran, kerana itu lebih zahir dan nampak.
Membezakan orang Syiah dari orang Islam Sunni adalah lebih mudah di kalangan Arab. Diantaranya adalah :
1- Bertanya samada dia orang Sunni atau Syiah. Orang Sunni akan menjawab jelas, “Alhamdulillah, saya Sunni”. Orang Syiah akan menjawab kurang jelas seperti, “Sama sahaja kita semua adalah orang Islam tanpa menyatakan dia adalah Syiah atau Sunni”.
2- Selawat yang dituturkan oleh orang Syiah mempunyai gaya yang berbeza dari selawat orang Sunnah.
3- Ada azan dan selawat yang ditambah dengan sebutan “Ali wali Allah”.
Adapun di Malaysia, penganut ajaran Syiah atau orang yang pro-Iran masih ditahap defensif dan tidak menzahirkan pegangan mereka sebenar. Mungkin sahaja mereka mengamalkan kahwin Mut’ah, solat dengan dahinya sujud beralaskan Batu Karbala dll amalan secara sembunyi. Namun begitu mereka boleh dikenalpasti seperti sering membawa contoh Fatimah, Hasan, Hussein dan Ali serta jarang menyebut contoh nama Sahabat-sahabat Nabi saw yang lain, memberi kerjasama dengan Kedutaan tokoh-tokoh Iran dalam menganjurkan majlis, expo dsb, tidak mengutuk keras regim Syiah yang memerangi umat Islam di Syria, Iraq, Yaman dan lain-lain.
Adapun di Malaysia, penganut ajaran Syiah atau orang yang pro-Iran masih ditahap defensif dan tidak menzahirkan pegangan mereka sebenar. Mungkin sahaja mereka mengamalkan kahwin Mut’ah, solat dengan dahinya sujud beralaskan Batu Karbala dll amalan secara sembunyi. Namun begitu mereka boleh dikenalpasti seperti sering membawa contoh Fatimah, Hasan, Hussein dan Ali serta jarang menyebut contoh nama Sahabat-sahabat Nabi saw yang lain, memberi kerjasama dengan Kedutaan tokoh-tokoh Iran dalam menganjurkan majlis, expo dsb, tidak mengutuk keras regim Syiah yang memerangi umat Islam di Syria, Iraq, Yaman dan lain-lain.
Moga masyarakat kita terselamat dari pengaruh dan ancaman ajaran Syiah di Malaysia. Moga Umat Islam di seluruh dunia terus teguh mempertahankan aqidah Islam yang suci dan hakiki. Ameen.
Us. Abdul Halim Abdullah
16 Jun 2015.
16 Jun 2015.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej