Kewujudan unsur dan fikrah Tatarruf dan Irhabiyah oleh kelompok yang mengaku berada di atas Manhaj Salaf bukanlah sesuatu yang direka-reka. Pada tahun 1979, berlaku suatu tragedi berdarah apabila Juhaiman ibn Saif al-Utaibi memimpin sebuah kumpulan bernama al-Jama'ah as-Salafiyah al-Muhtasibah melakukan pengepungan dan pembunuhan di dalam kawasan Masjidil Haram selepas solat Subuh pada tanggal 1 Muharram 1400 Hijriyah, atas dakwaan kerajaan Arab Saudi pada ketika itu gagal melaksanakan syariat Allah, dan abang iparnya Muhammad bin Abdillah al-Qahtani adalah al-Mahdi al-Muntazar yang akan memerintah negara tersebut pada kurun Hijrah yang baru tiba itu.
Dokumentari pengepungan : https://www.youtube.com/watch?v=7TOsizlpOss
Penamaan al-Jama'ah AS-SALAFIYAH al-Muhtasibah datang dari Ibn Baz sendiri, dan jemaah ini menjadikan beberapa tokoh seperti Ibn Baz dan Muqbil al-Wadi'i sebagai sumber rujukan mereka. Pada awalnya, gerakan ini mendapat sokongan rasmi dari Ibn Baz dan ulama lain, dengan sangkaan bahawa Juhaiman dan kuncu-kuncunya hanya mahu menjadi skuad pencegah maksiat yang bertugas di jalanan.
Komen Muqbil : https://www.youtube.com/watch?v=F-wjPZTwMMc
Justeru, dalam sejarah Mekah moden, tidak ada satu cubaan menakluki Masjidilharam yang berjaya, melainkan di tangan sebuah jemaah salafiyah yang berfahaman ekstrim yang mengambil pendekatan bersenjata. Mereka inilah yang berjaya menawan Rumah Allah, menyebabkan beratus-ratus kematian di kalangan muslimin sendiri. Inilah akibat apabila hilangnya perasaan rahmah sesama umat, hanya semata-mata kerana perbezaan pendapat dalam perkara agama.
Budaya takfir, irhabiyah, mempunya judzur atau benih-benih yang kadang-kala ditanam sendiri oleh sebahagian pendakwa 'manhaj salaf' tanpa mereka sedari. Ibn Baz dan Muqbil al-Wadi'i sendiri berlepas diri dari keganasan jemaah salafiyah pimpinan Juhaiman. Ulama yang menjadi guru dan mentor jemaah tersebut, dikenali sebagai ulama yang selalu mengingatkan pengikut mereka tentang wajibnya mentaati pemerintah dan menjauhi khuruj ke atas pemimpin yang melakukan maksiat. Tetapi pemahaman murid boleh saja terserong jauh, apabila tiada bimbingan dan panduan yang berterusan.
Saya cadangkan agar kita semua meneliti sebuah buku karangan Nasir al-Huzaimi, rakan sepengajian Juhaiman dan bekas ahli al-Jama'ah as-Salafiyah al-Muhtasibah (namun tidak terlibat dalam pengepungan), bertajuk :
أيام مع جهيمان
"Kenangan bersama Juhaiman"
Banyak maklumat dan perincian yang sangat menarik untuk kita ambil iktibar daripadanya.
PDF : https://www.goodreads.com/ebooks/download/10211688
#berubatsebelummelarat
#jangannafikansejarahmusendiri
#irhamumanfilardhyarhamkummanfissamaa
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej