HUSAM MUSA;TAMPILLAH SEBAGAI ANAK JANTAN
1. Pembohongan demi pembohongan sedang rancak dimainkan oleh beberapa Cybertroopers pro-Husam Musa sehari dua ini. Saya cukup yakin, keghairahan para Cybertroopers didalam membuat tohmahan dan fitnah ini, adanya tangan yang memberi sokongan dan galakan daripada belakang.
2. Jika fitnah BALAK dan KETIDAKTELUSAN yang dilemparkan kepada kerajaan Kelantan ternyata gagal, peluru lain terpaksa ditembak bagi membina kembali imej Husam Musa kerana umum mengetahui di Kelantan, 'wajah' Husam Musa agak tercalar dengan pembohongan yang dilakukan sejak dari dahulu lagi.
3. Khabarnya, bagi memastikan matlamatnya tercapai, beberapa individu terpaksa digunakan. Bermodalkan air mata dan ayat-ayat kesian serta diselitkan beberapa fakta yang diselewengkan, dia aktif berlakon bagi menarik sokongan Cybertroopers bagi melunaskan cita-cita peribadinya.
4. Antara pembohongan yang dilakukan oleh Cybertroopers pro-Husam Musa ialah dengan melemparkan tohmahan PAS ingin bergabung dengan UMNO, menuduh menantu Tuan Guru Presiden menerima gaji 30ribu, dan terkini memfitnah 15 wakil PAS menerima 'dana' daripada UMNO. Tetapi sayang sekali, ini bukannya keluar daripada mulut Husam Musa sendiri. Dia terpaksa menggunakan beberapa facebookers bagi menulis tetapi bersandarkan diatas nama Husam Musa bagi mengiyakan setiap tuduhan dan fitnah yang dimainkan. Paling mengejutkan, fitnah ini juga dimainkan oleh Khalid Ismath yang juga pendokong parti sosialis dan juga syiah. Ternyata, demi menghalalkan cita-cita, individu sebegini terpaksa digunakan. Cybertroopers dan Husam Musa sudah desperado!
5. Saya juga menjadi semakin hairan, bagaimana seorang yang dikatakan melazimi lidah dengan zikir boleh melakukan pembohongan sebegini. Jika benar apa yang ditulis di facebook Ustaz Sabri Salleh, ternyata Husam Musa sudah terdesak didalam membuat serangan kepada PAS dan Kerajaan Negeri Kelantan. Sanggup melakukan fitnah terhadap parti sendiri, apakah matlamat manusia yang dikatakan ingin mati didalam PAS ini? Ini juga jelas menampakkan perangai Husam yang sebenarnya dan menonjolkan ragam seorang yang kecewa apabila hilang jawatan selepas beberapa percubaan menjadi TMB dan MB gagal !
6. Husam Musa, daripada terus menggunakan 'orang-orang' didalam membuat tuduhan, tampillah secara JANTAN, bukannya baling batu sembunyi tangan seperti seorang pejuang berdarah Bugis di Putrajaya sana. Tokoh 'besar' seperti Husam ini juga terpaksa menggunakan strategi sebegini bagi merealisasikan hasrat. Bagi saya tidak perlulah 'memohon' pertolongan Cybertroopers murahan, jika Husam Musa ada berpuluh fail penyelewengan seperti yang dilaporkan, buatlah laporan kepada SPRM. Usah mendabik kata penyelewengan sana sini, tapi sekadar gah di mulut. Jika BENAR, kenapa sampai sekarang masih bisu? Adakah khuatir nama beliau TERSANGKUT? Jika begitu, saya juga berani katakan yang saya ada berpuluh fail KETIDAKTELUSAN yang melibatkan Husam Musa. Apa macam?
7. Bagi saya juga, tidak perlu meminta orang lain membuat ugutan jika PAS Pusat gagal bertindak atas maklumat yang Husam Musa beri, dia akan sebarkan kepada umum, kenapa mesti sebar pada umum? Jelas, Husam Musa sudah menjadi seorang yang penakut dan kebudak-budakan.
8. Husam Musa, daripada anda peningkan kepala membuat pelbagai tohmahan, adalah lebih baik anda tunaikan tanggungjawab anda. Khabarnya sudah lama anda tidak melawat Isteri Kedua dan anak yang berada di Kuala Lumpur. Sudah berapa lama anda tidak melawat Isteri dan anak hasil daripada perkahwinan kedua? Bagi saya, tangungjawab dan amanah ini sepatutnya anda galasi dengan baik kerana saya yakin, isteri dan anak anda sudah amat lama tidak bertemu dengan anda. Perlu diingatkan, isteri keduanya merupakan seorang mualaf. Satu bimbingan dan tunjuk ajar agama perlu dimainkan oleh suami dan bukan berbuat sebaliknya.
9. Akhir sekali, saya ulangi ikrar saya, dengan kerosakan yang dilakukan oleh insan ini, saya mohon PAS dan juga rakyat di Salor, buatlah penilaian sebaiknya. Kita juga mengetahui dia sudah mula ingin mengkhianati perjuangan PAS ini. Buktinya, dia sanggup untuk menghadiri majlis kutipan dana PAN Kelantan yang saya difahamkan dana ini akan digunakan bagi melawan PAS pada PRU yang akan datang. Ini satu PENGKHIANATAN BESAR. Rakyat Salor, pandanglah dengan iman dan hati yang tulus, adakah Husam Musa layak bergelar ahli Yang Berhormat kita? Tekad saya, inshaAllah saya akan terus MEMPERTAHANKAN PAS dan Kerajaan PAS daripada dirosakkan oleh orang-orang begini.
Sekian,
Mohd Umar Othman Mat Faqih
Penduduk Salor
8 Rabiulawal
*viralkan
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej