Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, November 14, 2015

Apa Maksud UG

husam lupa agaknya kaedah
"البينة من المدعي واليمين على من أنكر"
"PEMBUKTIAN bagi mereka yang MENDAKWA, AKUAN SUMPAH bagi mereka yang MENAFIKAN"...ko pandai keluarkan dakwaan tanpa bukti sibuk cabar org bersumpah...sudah2 la ramai da bergelar "sesumpah" sbb mereka mendakwa tapi mereka yang sibuk bersumpah..teringin jgk ka jadi mcm tu wahai exco media sosial!!
Ini maksud UG..
Unity government" atau gagasan kerajaan perpaduan yang dicetuskan oleh Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Hj. Abd Hadi Awang tidak pernah terbentuk dalam sejarah politik Malaysia sebelum ini oleh itu tidak adil bagi mana-mana pihak untuk membuat perbandingan dengan mana-mana situasi dan kerjasama politik dalam sejarah Negara, kerana ia belum pernah wujud.
Ianya bukan bermaksud komponan Pakatan Rakyat iaitu PAS, PKR dan DAP menyertai BN dan membentuk satu kerajaan melalui BN, bukan juga PAS menyertai Umno atau BN, tetapi ia suatu gagasan yang baru yang bertujuan mahu menghadapi kemelut ekonomi dunia dan cabaran perpaduan Negara dengan satu nada dan nafas agar rakyat dan Negara tercinta ini dapat selamat dan Negara betuah ini menjadi bumi yang sejahtera buat semua.
"Unity government" yang diilhamkan adalah sebuah kerajaan yang dibentuk oleh semua parti, mungkin dalam hal ini kerajaan yang didokong bersama oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat sekaligus meniadakan sama-sekali parti pembangkang di Parlimen atau Dewan-dewan Undangan Negeri. Semua pihak diberikan saham untuk memerintah dan memimpin Negara ini bersama.
Dalam suasana demikian adalah diharapkan kerajaan "Unity government" itu nanti akan bersama mencetuskan reformasi dan perubahan terhadap seluruh sistem kehidupan masyarakat dan Negara agar dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bersatu-padu dan Negara yang adil dan saksama buat semua.
Inilah yang telah berjaya diperkenalkan oleh "Unity government" di zaman Presdien BJ Habibie di Indonesia yang kekal dinikmati kebaikannya sehingga sekarang di Negara berkenaan.
Inilah juga yang sedang diusahakan bersama oleh dua puak yang berterusan bertelagah, iaitu Fatah dan HAMAS di bumi Palestin.
Atas gagasannya yang besar dan mulia itu, "Unity government" ini sudah pasti tidak boleh berdiri dengan sendiri. Ianya perlu dokongan semua pihak , bukan sekadar PAS dan Umno malah seluruh komponan BN dan Pakatan Rakyat, semuanya perlu memberikan persetujuan dan komitmen. Kerana itu ianya bukan suatu kerja yang mudah namun tidak mustahil dicapai kiranya kita semua ikhlas dan bersedia meletakkan kepentingan agama, bangsa dan Negara mengatasi kepentingan peribadi dan politik masing-masing.
Dengan penuh ikhlas dan jujur Presiden PAS mengenengahkan idea ini untuk difikir, dikaji dan dipertimbangkan oleh semua piha
Rakyat telah mengangkat dan meletakkan kita semua sebagai pemimpin, dalam kemelut suasana ekonomi yang tidak menentu dan perpaduan yang goyah ini, mereka sudah pasti mengharapkan jalan keluar yang baik dan bermakna buat semua. Tiada siapa yang mampu menerokai jalan itu melainkan kita semua yang telah mereka angkat sebagai pemimpin. Oleh itu idea Presiden PAS ini adalah suatu cadangan, suatu jalan keluar yang sewajarnya difikirkan oleh semua.
Ia boleh diterima, boleh dikritik dan boleh ditolak oleh sesiapa sahaja, apa pun sekurang-kurangnya ia telah dicetuskan dalam realiti suasana politik dan ekonomi yang sememangnya genting dan mencabar buat semua.
- HARAKAH DAILY
Sabtu, Mac 21, 2009

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej