Saya tengok antara kerjasama yg boleh dibuat dengan mengenepikan dulu kepentingan politik adalah berkait isu isu yg memang sudah jelas beri keburukan kepada rakyat dan negara.
Saya perhati selalu berlaku satu parti takut ambil keputusan yg dianggap akan merugikan sokongan ramai, malah sanggup jadi penyokong perkara mudarat semata mata kerana ada kelompok yg ramai yg terjejas kesukaan, minat dan kepentingan ekonomi mereka dgn perkara berkenaan yg dikhuatiri menjejaskan sokongan dipeti undi.
Yang jadi kebimbangan mereka adalah takut parti lawan ambil kesempatan pula membela perkara mudarat berkenaan.
Maka dari segi perhitungan politik, parti mereka rugi.
Sedangkan terbiar dan berkembangnya mudarat berkenaan akan hanya merosakkan kualiti rakyat sama ada jasmani atau rohani lebih jauh lagi.
Mengapa parti2 politik tidak boleh berbincang bersama untuk tidak berbeza sikap dalam perkara2 yg memang sudah sahih mudaratnya?
Rokok, arak, judi, maksiat dan kini vape.
Ada isu apa salahnya bincang duduk semeja. Terutamanya parti yang jadi teras dan ada sokongan akar umbi rakyat.
Peduli apa orang nak kata UG ke apa. Di negara maju orang tak main dah politik tertutup langsung tak boleh kira bicara macam ni. Sampai bergambar pun jadi isu. Gila.
Kalau perkara yang jelas beginipun satu sokong pengawalan dan yang lagi satu jadi pembela, masing masing akan pentingkan mileage politik mengatasi segala.
Berpolitik biarlah beri kesejahteraan kepada rakyat dan negara.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej