Hari ini, dunia melihat Islam sebagai satu agama yang didorong oleh keganasan. Terima kasih kepada media antarabangsa dan juga kemunculan kumpulan-kumpulan militan seperti ISIS yang menggunakan nama Islam sebagai 'trademark' mereka, imej Islam kini semakin dikaitkan dengan keganasan oleh orang bukan Islam.
Malah , kita boleh melihat imej Islam diburuk-burukkan lebih-lebih lagi apabila timbul militan ISIS dan sebagainya. Dan yang terbaru, serangan di Perancis yang mana menyaksikan penyerang menembak dengan melulu ke arah mangsa yang sudah pun meniarap di atas lantai (tanda menyerah). Lebih teruk, beberapa jam selepas serangan militan ISIS mengaku bertanggungjawab atas serangan tersebut.
Maka benarlah satu hadis Ibnu Majah yang mana meriwayatkan Rasulullah pernah bersabda akhir zaman adalah zaman yang penuh dengan kedustaan.
Telah menceritakan kepada kami Abu Bakar bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Yazid bin Harun telah menceritakan kepada kami Abdul Malik bin Qudamah Al Jumahi dari Ishaq bin Abu Furat dari Al Maqburi dari Abu Hurairah dia berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Akan datang tahun-tahun penuh dengan kedustaan yang menimpa manusia, pendusta dipercaya, orang yang jujur didustakan, amanat diberikan kepada pengkhianat, orang yang jujur dikhianati, dan Ruwaibidlah turut bicara.” Lalu beliau ditanya, “Apakah Ruwaibidlah itu?” beliau menjawab: “Orang-orang bodoh yang mengurusi urusan perkara umum.” (Sunan Ibnu Majah)
Perlu diperingatkan, perang di zaman kegemilangan Islam adalah berbentuk keamanan bukannya membunuh dengan melulu seperti insiden serangan di Perancis baru-baru ini. Malah, untuk berperang perlu ada sebab yang kukuh seperti mempertahankan diri dan menolong mereka yang ditindas.
Untuk berperang dalam Islam terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh pahlawan Islam seperti yang digariskan oleh Nabi Muhammad SAW.
Antara peraturan yang paling penting adalah yang disimpulkan oleh sahabat Nabi Muhammad SAW, yang juga khalifah pertama, Abu Bakar As-Siddiq [1].
1 - Tidak dibenarkan cacatkan mayat
2 - Tidak dibenarkan bunuh kanak-kanak
3 - Tidak dibenarkan bunuh wanita
4 - Tidak dibenarkan bunuh orang tua
5 - Jangan rosakkan pokok.
6 - Jangan bakar pokok, terutamanya yang berbuah
7 - Jangan bunuh ternakan musuh kecuali untuk dimakan
8 - Jangan apa-apakan orang agama (eg: sami, paderi)
9 - Jangan khianat
10 - Jangan terpesong dari jalan yang benar
Selain itu, Al-Quran juga turut menyebut perangilah mereka sehingga tiada fitnah dan hanya Allah yang disembah. TAPI hentikan keganasan sekiranya mereka menyerah.
Fight them until there is no [more] fitnah and [until] worship is [acknowledged to be] for Allah . But if they cease, then there is to be no aggression except against the oppressors. (Al-Quran 2:193).
Oleh itu, apa-apa serangan yang tidak menepati apa yang digariskan bukannya cara yang betul untuk menentang musuh. Apatah lagi dengan membunuh orang awam yang tidak bersalah sekaligus tidak mencerminkan jihad dalam Islam.
Sumber :
[1] - Aboul-Enein, H. Yousuf and Zuhur, Sherifa, Islamic Rulings on Warfare, p. 22, Strategic Studies Institute, US Army War College, Diane Publishing Co., Darby PA, ISBN 1-4289-1039-5
http://www.siakapkeli.my/2015/11/10-peraturan-nabi-muhammad-ketika.html
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej