Seorang Muslim sentiasa terikat dalam satu sistem persaudaraan Muslim dan mereka tidak mempunyai dua ketua dalam satu masa. Kerana Allah tidak menjadikan dua hati di dalam satu dada.
Allah, Tuhan yang Esa adalah Tuhan mereka, Muhammad Nabi terakhir dari keturunan Adam adalah Nabi mereka, dan Quran kitab terakhir untuk manusia keturunan Adam adalah panduan mereka.
Semuanya satu. Dan tidak ada persekutuan atau persyarikatan di sana. Justeru kerana itu bagi Muslimin mereka tidak bisa membelah dua hati mereka dalam dua kumpulan atau organisasi, samada sesama Muslimin, apatah lagi bersama-sama yang bukan Muslimin.
Muslimin hendaklah bersatu sesama Muslimin, dan siapa yang mengeluarkan dirinya dari kumpulan Muslimin, bukanlah dari golongan kaum Muslimin. Ini adalah soal yang tegas dan tidak perlu dipersoalkan lagi
Kredit to : Muhammad Maznon Maznon
https://www.facebook.com/muhammadmaznon.maznon?fref=ufi
https://www.facebook.com/muhammadmaznon.maznon?fref=ufi
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej