Ayob Hussin shared Demang Satria's post.
Demang Satria
KELEBIHAN ORANG BELAJAR
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ قَالَ فَإِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَلَكَ طَرِيقًا يَلْتَمِسُ فِيهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللَّهُ لَهُ طَرِيقًا إِلَى الْجَنَّةِ وَإِنَّ الْمَلَائِكَةَ لَتَضَعُ أَجْنِحَتَهَا رِضًا لِطَالِبِ الْعِلْمِ وَإِنَّ طَالِبَ الْعِلْمِ يَسْتَغْفِرُ لَهُ مَنْ فِي السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ حَتَّى الْحِيتَانِ فِي الْمَاءِ وَإِنَّ فَضْلَ الْعَالِمِ عَلَى الْعَابِدِ كَفَضْلِ الْقَمَرِ عَلَى سَائِرِ الْكَوَاكِبِ إِنَّ الْعُلَمَاءَ هُمْ وَرَثَةُ الْأَنْبِيَاءِ إِنَّ الْأَنْبِيَاءَ لَمْ يُوَرِّثُوا دِينَارًا وَلَا دِرْهَمًا إِنَّمَا وَرَّثُوا الْعِلْمَ فَمَنْ أَخَذَهُ أَخَذَ بِحَظٍّ وَافِرٍ
Dari Abu Darda "Sesungguhnya aku mendengar Rasulullah SAW bersabda:
"Barangsiapa melalui satu jalan untuk mencari ilmu, Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga. Para Malaikat akan membentangkan sayapnya karena ridha kepada penuntut ilmu. Dan seorang penuntut ilmu akan dimintakan ampunan oleh penghuni langit dan bumi hingga ikan yang ada di air. Sungguh, keutamaan seorang alim dibanding seorang ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama atas semua bintang. Sesungguhnya para ulama adalah pewaris para Nabi, dan para Nabi tidak mewariskan dinar maupun dirham, akan tetapi mereka mewariskan ilmu. Barangsiapa mengambilnya, maka ia telah mengambil bahagian yang sangat besar."
- (HR Ibnu Majah No: 219)
- (HR Ibnu Majah No: 219)
Pengajaran:
1. Orang yang berusaha mencari ilmu (belajar - fardhu ain dan fardhu kifayah), Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.
2. Orang yang belajar akan sentiasa dinaungi sayap Malaikat agar dicucuri rahmat.
3. Penuntut ilmu akan didoakan keampunan oleh penghuni langit dan bumi termasuk ikan yang ada di air.
4. Kelebihan orang berilmu berbanding dengan ahli ibadah adalah ibarat bulan purnama dengan semua bintang.
5. Para ulama (ilmuan) adalah pewaris para Nabi kerana para Nabi mewariskan ilmu.
6. Orang yang mencari dan mempelajari ilmu bermakna ia telah mengambil bahagian yang sangat besar daripda harta yang diwariskan oleh para Nabi.
JOM kita memiliki sifat RAHMAH untuk terus belajar bagi mendalami ilmu agama agar mempermudahkan jalan ke syurga
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej