Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Friday, November 6, 2015

Istiqaamah Bersama Islam, Di antara Beratnya Perjuangan dan Pedihnya Fitnah

Istiqaamah Bersama Islam, Di antara Beratnya Perjuangan dan Pedihnya Fitnah
Diantara Beratnya Perjuangan dan Pedihnya Fitnah Sebelum Menggapai Kemenangan
Tepatnya 29 Oktober 1923, Republik Turki Telah dideklarasikan dengan menenggelamkan Khalifah secara rasmi.

Dengan kuasa tentera, Sultan Abd Hamid disingkirkan. Seluruh keluarga Othmaaniah diusir, kalau melawan dibunuh !

Attarturk cuma memerintah 15 tahun, meninggal pada 1939. Namun dalam masa 15 tahun saja, dia telah berjaya melakukan revolusi mental di kalangan bangsa Turki yang selama ini mengamalkan hidup secara Islam tulin.

Perubahan yang dilakukannya yaitu :
1. Menghapus syariah kerajaan dan tidak ada lagi jabatan kekhalifahan;
2. Mengganti hukum-hukum Islam dengan hukum-hukum Italia, jerman, dan Swiss;
3. Menutup beberapa Masjid dan Madrasah;
4. Mengganti agama Negara dengan sekularisme;
5. Mengubah azan ke dalam bahasa Turki;
6. Melarang pendidikan agama di sekolah umum;
7. Melarang tudung bagi kaum wanita
8. Institusi Pendidikan yg memisahkan antara lelaki dan perempuan dihapuskan
8. Mengganti naskah-naskah bahasa Arab dengan bahasa Roma.
9. Arak dibenarkan diminum dan dijadikan minuman rasmi tentera dan kerajaan.

Sekularisme menjadi ideologi Turki, menyingkirkan cahaya Khilafah 600 tahun lamanya.

Selepas kematian Ataturk, Perdana Menteri terpilih Adnan Menderes, melakukan pemulihan aktiviti keagamaan yang selama ini dilarang oleh sang Diktator (Atarturk) . Adnan pun akhirnya digulingkan dan dihukum gantung oleh tentera pada tahun 1960.

Sejak 1970an Berlaku kebangkitan dan kesedaran Islam di kalangan rakyat. Parti yg cenderung kepada Islam iaitu parti Partai Islam Refah yang dipimpin oleh Najmuddin Erbakan di Turki dan dibubarkan oleh tentera pd tahun 1980. Ribuan org ditahan oleh pihak tentera yg berfahaman sekular.

Erbakan dilarang berpolitik disepanjang hidupnya.

Erbakan membuktikan ia adalah arkitek gerakan Islam di Turki. Terbukti, lahirlah sosok Erdogan yang memiliki kemampuan dan bijak mengadaptasi politik semasa dan ekstrimist sekularisme Turki.

Erdogan mengubah langkah pendekatan politik sikit demi sedikit dari cenderung kepada konfrontasi menjadi kultural yang evolusif. Dia perpendapat, kemenangan Islam dan gerakan Islam hanya masalah masa dan waktu. Walaupun rampasan demi rampasan kuasa oleh tentera, gerakan Islam semakin kuat dan rakyat semakin memahami dan menerima.

Saya rasa pendekatan inilah yg seharusnya diamalkan oleh pemimpin kita yg sedang berjuang dlm parti Islam. Ada ceramah Tuan Guru Haji Hadi yg menyebut yg kita bukan nak berlawan dan berkeras dengan penguasa sehingga menyebabkan ketidak keruan dan sengsara di kalangan rakyat, mungkin sepanjang kunjungan dan persahabatan dengan Erdogan, Tuan Guru Haji Hadi Awang telah banyak menimba ilmu dan pengalaman yg dikongsi bersama.

Kekadang pendekatan secara lembut, gaya dan kultural yg evolusif akan lebih berkesan dan diterima rakyat dari bersikap keras dan "bengis".

Sekarang Erdogan betul betul berjaya memikat hati rakyat, betul betul berjaya memulihkan ekonomi dan sosial.
Namun di sebalik kejayaan , ada fitnah demi fitnah dilemparkan. Musuh politik, org munafiq, pehak barat juga tak jemu jemu membuat fitnah dan tuduhan.

Dia dituduh anti barat dan rejim Islam ! Juga dituduh sebagai seorang perasuah yg disebarkan oleh majalah Al-Wa'ie . Dia dituduh punyai 8 akaun di bank swiss. Ternyata semua itu tak benar !

Erdogan telah mengembalikan kejayaan Uthmaaniah dengan mengoptimakan demokrasi. Tinggal lagi, Erdogan nak mengembalikan khalifah sebenarnya untuk menyinari dunia.

Pertanyaannya, mengapa hanya Erdogan yang selalu diserang dan difitnah ? Patutkah kita curiga dan siapa di belakang sana ?

Hal ini kita sedang lihat berlaku di Negara Kita Malaysia !

Orang yang hendak mempejuangkan Islam, nak perjuangkan keadilan rakyat dilemparkan berbagai fitnah dan tuduhan.

Diharap pergelutan, mehnah dan fitnah ini akan menjadikan perjuangan parti Islam Malaysia akan lebih matang, kuat dan dipercayai rakyat.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej