Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Saturday, January 14, 2017

BANTUAN ILAHI MENGIRING POLEMIK TEHRAN

BISMILLAH...
BANTUAN ILAHI MENGIRING POLEMIK TEHRAN

Isu pemergian Tuan Guru Presiden PAS ke Tehran, Iran kali ini sangat hebat diserang. Berbagai pihak termasuk ustaz-ustaz PAS sendiri bersuara di khalayak. Walaupun penglibatan TGHH dalam jawatankuasa taqrib sejak  80an lagi, namun kali ini amat luar biasa gelombangnya.

Walaubagaimanapun, langsung tidak tergambar keresahan TGHH menghadapi polemik ini. Beliau tidak nampak sebagai ancaman, sebaliknya bijak mengubah suasana sebagai peluang untuk menerangkan hakikat yang tidak diketahui ummat.

Muslim Malaysia adalah sunni. Tentu sekali akan tidak senang dengan tindakan TGHH. Tetapi bukan sikap TGHH mengambil sikap populis walaupun berada di alam politik. Beliau berani melawan arus persepsi demi sebuah kebenaran.

Peduli apa kata orang. Sememangnya gerakan islah dan tajdid seperti PAS perlu menjadi pemandu arus persepsi, bukan tunduk kepada kemahuan persepsi. Inilah sebahagian makna istiqamah.

Istiqamah adalah perintah tuhan. Jadi mana mungkin tuhan sia-siakan mereka yang menurut perintahNya. Jika direnung mendalam dalam polemik ini, banyak bukti-bukti yang menunjukkan bantuan Allah bersama kita.

Pihak pertama yang memainkan isu ini tak lain dan tak bukan, PAN. Sejurus mendapat tahu khabar keberangkatan TGHH ke Iran lagi, cybertroopers mereka sepantas halilintar menyerang.

Namun tidak berapa lama, presiden PAN sendiri, Mat Sabu menyatakan tindakan TGHH itu tidak salah. Mati akal mereka.

Golongan Liberalis juga tidak terkecuali menyerang PAS. Mereka adalah golongan pemuja Erdogan kerana pandangan tokoh itu yang mirip ideologi mereka.

Mereka bukanlah minat sangat dengan isu-isu sektarian. Tetapi dalam keadaan terdesak, apa saja isu yang boleh mencalarkan PAS mereka mainkan.

Tidak lama selepas itu, Erdogan yang dipuja pula mencadangkan penyelesaian diplomatik dengan Iran dan menghentikan kempen ketenteraan di Syria, sama sebagaimana aspirasi TGHH. Terus senyap tak terkata.

Agamawan turut digunakan dalam memarakkan lagi kehangatan isu. Kebanyakan adalah golongan yang menggelar diri pejuang sunnah, penentang bidaah. Pandangan mereka mirip gerakan Saudi-Wahhabi yang turut berjuang menentang bidaah.

Bermacam kitab dan pandangan dicari demi membantah idea TGHH. Laporan media dan video youtube turut dijadikan sebagai nas.

Tak lama kemudian, tidak semena-mena keluar berita Saudi yang dibanggakan menjemput Iran kembali mengerjakan haji setelah disekat sebelumnya. Kehulu kehilirlah mereka mencari alasan menjustifikasikan tindakan Saudi.

Berkat sabar dan tidak melatah, tuhan hadiahkan bantuan dari jalan yang tidak disangka-sangka. Akhirnya masyarakat yang pening semakin faham. Segala pekung dan tembelang pembelit terdedah pecah. Segala salah faham bertukar kasih sayang.

Tepat sekali sabdaan Rasulullah,
"مَنِ الْتَمَسَ رِضَى اللَّهِ بِسَخَطِ النَّاسِ ، رَضِيَ الله عَنْهُ ، وَأَرْضَى النَّاسَ عَنْهُ ، وَمَنِ الْتَمَسَ رِضَا النَّاسِ بِسَخَطِ اللَّهِ ، سَخَطَ اللَّهُ عَلَيْهِ ، وَأَسْخَطَ عليه الناس"
(Barangsiapa mencari redha Allah dengan menanggung kemurkaan manusia, maka Allah meredhainya dan manusia akhirnya akan redha kepadanya.
Barangsiapa pula yang mencari keredhaan manusia dengan menanggung kemurkaan Allah, maka Allah memurkainya, dan manusia kelak akan memurkainya jua.)
[HR Ibn Hibban]

Jadikanlah redha tuhan matlamat utama, redha manusia pasti bersama!

Aziz Hamzah

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej