PETIKAN KULIAH JUMAAT AYAH CHIK
DAJJAL TELAHPUN WUJUD
Adakah dajjal telahpun wujud? Berlaku perselisihan Ulama tentang perkara ini sejak zaman dahulu. Ini kerana terdapat hadis-hadis yang menceritakan tentang kewujudan Dajjal pada zaman Rasulullah SAW.
Antara hadisnya ialah yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari dari Fatimah binti Qais RA tentang pelayaran Tamim ad-Dari. Beliau mendakwa telah bertemu Dajjal di sebua pulau. Satu lagi hadis adalah dalam Sunan Abi Daud dari Ibn Umar RA tentang yahudi bernama Ibn Sayyad di Madinah. Beliau juga didakwa sebagai Dajjal.
Para ulama bersepakat bahawa kedua cerita ini adalah hadis-hadis Sahih yang tidak perlu diragukan. Tetapi mereka berselisih dalam memahami dan mengulas hadis-hadis tersebut.
Menurut al-Khattabi, al-Qurtubi, al-Baihaqi serta beberapa ulama yang sependapat dengan mereka, Ibn Sayyad adalah salah satu diantara Dajjal-dajjal yang banyak. Disebut dalam satu hadis yang lain bahawa Dajjal itu ada 30 orang. Dajjal yang akan muncul pada akhir zaman adalah Dajjal yang lain bukan Ibn Sayyad.
Menurut Imam al-Nawawi, al-Asqalani dan lain-lain pula, bahawa Dajjal menerusi kedua hadis di atas itu adalah Dajjal yang sama. Itulah juga Dajjal yang akan muncul kembali pada akhir zaman. Ia hilang pada peristiwa al-Haarah di zaman Yazid bin Muawiyah.
Kesimpulannya, ulama bersepakat bahawa akhir zaman nanti akan muncul juga Dajjal. Sebelumnya akan berlaku Malhamah Kubra iaitu perang dunia. Konstantinople berjaya ditawan kali yang kedua. Rom pula berjaya ditawan kali pertama.
Ketika umat Islam menakluk Rom itulah, Dajjal akhir zaman akan muncul sebagai pemimpin Yahudi. Orang Islam pula akan dipimpin oleh Nabi Isa, yang akan membunuh Dajjal dan menghapuskan orang-orang Yahudi.
Wallahualam.
Masjid Rusila
7 Rabiul Akhir 1437
6 Januari 2017
(Alang Ibn Shukrimun)
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej