Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Thursday, January 5, 2017

PENJELASAN TGHH: QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Alhamdulillah..Penjelasan yang cukup terang dan padat..Sila baca..

PENJELASAN TGHH: QARDAWI TIDAK AKAN DITANGKAP

Dalam sebuah majlis makan malam mengumpul dana di Setiu beberapa hari lepas, seorang hadirin telah bertanya mengenai kes Dr Qardawi yang diancam untuk ditangkap oleh Interpol. Berikut adalah catatan dari jawapn TGHH

1. Kes ini berlaku ekoran dari permintaan kerajaan Mesir melalui Interpol yang mahu Dr Yusof Qardawi ditahan atas tuduhan bersubahat dalam keganasan yang berlaku di sana.

2. Dr Yusof Qardawi adalah salah seorang tokoh Ikhwanul Muslimin Mesir. Beliau telah keluar dari Mesir sewaktu kerajaan Mesir melakukan operasi besar-besaran menahan pemimpin Ikhwanul Muslimin (IM) pada akhir 50an atau awal 60an. Antara tokoh IM yang berjaya ditahan waktu itu ialah Syed Qutb dan Abdul Qadir Audah dan dijatuhkan hukuman bunuh, atas kesalahan berjuang untuk menegakkan negara Islam di Mesir.

3. Perjuangan Islam di Mesir menurut pandangan kuasa besar dunia adalah amat berbahaya, lebih bahaya dari Malaysia kerana Mesir merupakan sebuah negara yang penting, yang menjadi laluan dunia menghubungkan tiga buah benua melalui Terusan Suez. Kerana itulah Mesir amat diperlukan kuasa besar dunia.

Mesir juga dalam sejarahnya tidak pernah menjadi pusat pemerintahan Islam kerana lokasinya yang terancam. Pusat pemerintahan Islam adalah Mekah, Madinah, Dimasyq, Baghdad dan juga Istanbul. Namun rakyat Mesir antara yang menyumbang kepada kemenangan Islam yang besar seperti Perang Salib dan Perang melawan Tartar.

4. Interpol pula adalah organisasi polis antarabangsa (International Police). Ia adalah satu bentuk kerjasama polis antara negara-negara yang terlibat untuk memudahkan penangkapan penjenayah, dengan menyalurkan maklumat identiti penjenayah kepada negara-negara tempat penjenayah bersembunyi. Tugas Interpol menangkap mereka yang melakukan kesalahan jenayah, bukan kesalahan politik.

5. Walaupun Interpol boleh meminta negara anggota membuat tangkapan, ia perlu mendapat persetujuan negara terbabit. Jika negara tersebut tidak bersetuju, Interpol tiada kuasa untuk bertindak.

6. Lebih-lebih jika orang yang dituduh itu mendapat suaka politik di mana-mana negara anggota, hak suaka politik itu tidak membenarkan negara tersebut menyerahkan orang itu kepada negara yang menuntut.

7. Antara pemimpin Islam yang mendapat suaka politik ialah Khomeini, yang mendapat suaka politik Perancis, Rashid Ghanoushi di England dan Dr Said Ramadhan di Switzerland. Apabila Mesir menuntut mereka, kerajaan negara tersebut melindungi mereka.

Dr Yusof Nada, Bendahari IM, orang yang lebih kanan daripada Dr Qardawi, mendapat suaka di Geneva, Switzerland. Beliau siap menubuhkan Bank Taqwa di sana dan telah menjadi seorang tokoh perniagaan yang berjaya serta menyalurkan dana kepada banyak gerakan Islam dunia. Apabila Amerika menuntut beliau atas tuduhan membantu pengganas, kerajaan Switzerland yelah mempertahankan beliau.

8. Akhbar Daily Mirror di UK pernah menuduh saya sebagai orang no.2 dalam Al-Qaeda, siap pampang gambar di dalam akhbarnya. Saya pergi ke UK dan saman akhbar tersebut di mahkamah UK. Mereka tidak tangkap saya kerana hak untuk membuat pembelaan di mahkamah.

Dalam perbicaraan, PAS dituduh menyokong dan membantu perjuangan Palestin, membantu pengebom berani mati, menyalurkam senjata dan sebagainya. Saya jawab, apa salahnya PAS menyokong perjuangan mereka? Ahli parlimen British sendiri menyokongnya. Ahli Perlimen itu berkata kalau saya jadi rakyat Palestin, saya juga akan jadi pengebom nerani mati. Kenapa tak tangkap dia?

Saya juga menegaskan PAS bukan sebuah kerajaan. PAS hanya parti politik. Untuk menyalur keluar senjata bukanlah perkara yang mudah kerana kita tiada kuasa.

Akhirnya akhbar tersebut meminta maaf.

9. Israel juga pernah menyenaraikan kumpulan-kumpulan pengganas di dunia termasuk Hamas dan Persatuan Ulama, tapi mereka sekadar boleh senarai sahaja.

10. Dalam kes Dr Qardawi, Qatar memberikan suaka politik kepada beliau dan mempertahankan beliau dari diserahkan kepada Mesir. Ini telah mengakibatkan hubungan Qatar dengam Saudi, Emirates dan Mesir menjadi tegang.

11. Oleh itu kita jangan bimbang kerana undang-undang masih menjamin keselamatan Dr Qardawi. Jangan percayakan media sosial yang kata Qardawi kena tangkap atau apa sahaja. Mereka tak tahu pasal undang-undang ini semua.

12. Sebenarnya ini semua adalah langkah untuk melindungi Israel dan melindungi luasa barat yang memiliki telaga-telaga minyak di rantau teluk. Kebanyakannya dalam negara umat Islam.

13. Kita jangan merasa takut dengan apa yang berlaku. Islam mengajar kita kalimah 'Allahu Akbar'. Kuasa Allah yang paling besar. Kuasa-kuasa dunia hanya laksana debu yang halus dibandingkan dengan kekuasaanNya.

Kita diajar dalam tiap-tiap rakaat sembahyang, membaca Alhamdulillahi Rabbil Alamin. Tuhan sekalian alam. Semua alam ini adalah milikNya.

14. Dan semua yang berlaku ini menunjukkan kepada dekatnya kebangkitan Islam. Nabi SAW bersabda Islam bermula dalam keadaan dagang, dan akan kembali dagang seperti permulaannya. Maka berjayalah orang-orang yang dagang.

Islam dibawa oleh Nabi Muhammad bermula dengan keadaan orang tak kenal apa itu Islam. Macam mana Islam nak disebarkan kalau dalam Mekah sendiripun ianya telah dikepung? Tiba-tiba Islam berjaya menakluk dunia! Dan hari ini Islam juga dilihat ditindas, tetapi percayalah ini semua adalah proses Islam untuk kembali bangkit.

Dari Marwan Shukrimun
4.1.2017

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej