Soal Jawab Kekeliruan dalam Isu Syria , Iran dan Syiah.
Assalamualaikum ustaz.
Maaf mengganggu. Ad sahabat yg masih keliru dengna PAS tanya ana beberapa soalan berkaitan isu syiah. Ana tak mampu bagi penerangan yang jelas kepada dia. Harap ustaz dapat jawab bila ustaz ada masa.
1.Adakah syiah sesat atau tidak?
Syiah adalah daripada Ahli ISLAM. Namun status Firqah pada pandangan ulama Aqidah ( AL Milal wal Nihal) adalah sesat. Walau ahli kiblat yang sama dan syahadah yang sama. Sesat sebab ada beberapa dalam firqah syiah tidak dapat diakui benar dalam mazhab Ahlus Sunnah.
2.Adakah syiah termasuk dalam salah satu mazhab islam?
Syiah ada banyak. Kalau dari segi cabang akidah boleh terbahagi kepada 194 mazhab kecil syiah. Ini diungkapkan oleh Syeikh Abdul Aziz ad dehlawi dalam kitabnya tuhfatul isna Asyarah (syiah imam 12). Dari segi mazhab feqah yang diterima dalam OIC dan termasuk dalam perbahasan Dr Wahbah Zuhaili ialah Syiah Jaafari (imam 12 yang sebenar) dan juga Zaydiah. Feqah mazhab zaydiah hampir dengan Syafii, namun dari segi akidah sama dengan muktazilah dalam beberapa perkara.
3. Adakah iran dan basyar bersalah di dalam krisis di syria?
Iran adalah kuasa Negara dan Pragmatik dalam Kuasa Negara. Negara yang ada dasar negara masing masing. Basyar Asad pula adalah penguasa Syria asal yang Sah diakui oleh PBB sebelum berlaku perang. Penentuan benar dan salah dalam isu Syria tidak boleh sekadar hitam putih. Benar Basyar salah kerana Zalim. Iran pula ada hubungan Diplomatik dengan Syria kerana melibatkan kepentingan musuh bersama iaitu USA dan juga Israel Zionis. Mencari jawapan benar salah dalam isu Basyar Dan Iran tidak membawa kepada penylesaian, kerana kita semua setuju, IRAN yang Pemimpinnya Syiah dan juga Basyar yang melakukan kezaliman.
4.Adakah krisis di syria adalah semata mata kerana campur tangan kuasa luar ataupun kerana campur tangan kuasa luar + syiah?
Krisis Syria sememangnya campurtangan luar daripada awal pembentukan Syria dan kemerdekaan Syria dari Perancis. Israel dan Amerika memastikan Syria tidak menjadi tapak kepada HAMAS dan Mujahidin dalam perjuangan bersenjata menentang zionis Israel. Waktu yang sama, proxy kepada USA seperti Saudi, Qatar, Jordan, UAE ada kepentingan masing masing yang bergantung kepada USA dan pakatan USA Israel.
Kita juga tak nafikan peranan dan sentiment Mazhab menjadi factor yang menyemarakkan lagi api pertumpahan darah. Ia pernah berlaku dalam perang saudara akhir tahun 1970 an. Antara yang terkorban ketika itu Syeikh Matwan Hadeed, Guru dan rakan kepada As Syahid Dr Abdullah Azzam.
5.Adakah Muawiyah, Aishah dan Tolhah bughah?
Saidina Muawiyah dan Aisyah berada dalam kedudukan dan zaman yang dilanda fitnah api dalam sekam. Kita tidak boleh menghukum mereka bughah, kerana sewaktu berlaku krisis, Amir yang utama iaiatu Saidina Utsman telah syahid dan meninggalkan kelompongan pemimpin. Konflik pula diapi apikan oleh musuh dalaman dari munafik dan orang berkepentingan.
Namun, dari segi sudut perbandingan siapa yang lebih benar. Kebanyakan ULama menyebut Saidina Ali berada pada pihak yang benar dalam semua konflik tersebut.
6.Adakah hukum berbaik dengan orang yang memaki dan mengkafirkan para sahabat adalah harus? adakah hukum berbaik dengan orang yang tidak bersetuju dengan Presiden Pas haram?
Islam datang sebagai agama dakwah. Sebelum kita menghukum orang memaki dan mengkafirkan sahabat, adakah ia berlaku di hadapan kita atau kita sekadar dengar sebelum berinteraksi ? Adakah hukum umum atau sekadar pukul rata bagi akidah orang syiah yang kita kenali? Orang yang paling jahat dari memaki Nabi, adalah yahudi yang membunuh para Nabi mereka. Namun adakah Nabi menghukum yahudi yahudi yang Nabi temui ketika di Madinah dalam proses dakwah sedangkan ALlah menyebut dalam AL Quran bahawa Kaum Yahudi adalah pembunuh Nabi Nabi mereka?
Contoh mudah, ketika Presiden PAS pergi ke Tehran, adakah waktu itu untuk mendengar sahabat Nabi di maki? Adakah waktu itu Presiden PAS menyaksikan Sahabat Nabi dimaki dan dikafirkan? Jika itu tidak berlaku, maka bagaimana nak hokum untuk harus mendekati atau tidak?
Soal berbaik dengan orang tidak bersetuju dengan Presiden PAS, ia bukan soal halal atau haram. Ia soal sama ada boleh menerima kesetiaan berjemaah atau mudah mengambil hati dalam soal yang tiada ketentuan yang qatie dalam Islam. Apatah lagi, jika kita sudah membaiah Presiden sebagai ketua. Maka, nasihat dan ketaatan masih lagi laku selagi tidak menyeru kepada maksiat.
Jawapan Disediakan,
Ahmad Hakimi Othman
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej