Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Sunday, August 12, 2018

isu dr ilyani - dr tanaka APA KAITAN DENGAN HIPPOCRATIC OATH

Kami sedia maklum bahawa terdapat satu surat terbuka oleh seorang doktor perubatan berkenaan dengan isu LGBT.
Berikut adalah surat terbuka Dr. Nur IIyani Nawawi:
Kehadapan Cik Puan Marina bt Mahathir
1) Saya adalah seorang doktor perubatan dan saya tidak mengiktiraf perlakuan seks bebas apatah lagi songsang.
2) Adakah anda bersetuju kini golongan yang mendominasi carta penghidap HIV adalah di kalangan komuniti LGBT?
3) Sehingga kini, walaupun pesakit yang hadir mendapatkan rawatan dari saya tergolong dari kalangan LGBT, saya tetap melayan mereka sebagai pesakit dan memberikan rawatan yang terbaik buat mereka. Apatah lagi jika mereka berada di hujung usia. Maka, hak apakah yang anda sedang perjuangkan?
4) Adakah Cik bersetuju jika ada darah yang didermakan oleh golongan LGBT didermakan kepada salah seorang ahli keluarga Cik? (Buat masa sekarang pengamal LGBT tidak dibenarkan mendermakan darah disebabkan gaya hidup yang berisiko tinggi). Adakah itu kesamarataan yang Cik mahukan?
5) Jika kalian melaungkan hak, maka kami juga mahu melaungkan hak untuk hidup aman damai serta bebas dari gaya hidup songsang dan segala penyakit bawaannya.
6) Akan tetapi, jika kalian mula mempromosi gaya hidup sebegini di media, kalian sudah mula mengganggu gugat keamanan dan ketenteraman kehidupan kami untuk mendapat akses yang murni di media-media.
7) Kami juga punya hak untuk memastikan pemikiran anak-anak kami dan sanak saudara kami agar terselamat daripada terjerumus ke dalam pemikiran dan perbuatan songsang ini. Na'uzubillah.
8 ) Akhirnya, jika kalian rasa itu bukan satu dosa dan itu adalah hak peribadi, maka buatlah tapi pastikan kalian bukan berada di bumi Tuhan!
Nur Ilyani Mohamed Nawawi
Pasir Mas
Kami juga maklum berkenaan dengan laporan kepada Biro Pengaduan Awam (BPA) ke atas Dr. Ilyani.
Kami kemudiannya telah menyemak apakah Dr. Ilyani telah melakukan satu kesalahan yang boleh disabit oleh BPA termasuk lah pekeliling oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terhadap penggunaan media sosial oleh warga KKM.
Di bawah merupakan garis panduan etika penggunaan media sosial oleh warga KKM.
a) Semua warga KKM adalah terikat dengan terma dan syarat yang terkandung dalam Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 dan arahan-arahan yang berkaitan yang menjadi teras kepada keperibadian atau tatakelakuan anggota perkhidmatan awam.
b) Prinsip-prinsip penggunaan media sosial oleh warga KKM sama ada dalam urusan rasmi ataupun peribadi adalah sama seperti yang terpakai bagi media-media yang lain. Media sosial merupakan forum awam di mana prinsip-prinsip yang sama diambil kira sebagaimana pengucapan awam ataupun penulisan secara rasmi atau tidak rasmi.
c) Warga KKM dilarang menggunakan media sosial untuk tujuan peribadi semasa waktu pejabat sama ada menerusi peralatan komputer atau alat mudah alih yang dibekalkan oleh pejabat ataupun melalui peralatan peribadi.
d) Warga KKM boleh menggunakan media sosial secara peribadi di luar waktu pejabat tetapi perlu berhati-hati supaya tidak mendedahkan sebarang maklumat rasmi. Warga KKM dilarang mengambil bahagian dalam sebarang aktiviti politik kecuali telah mendapatkan kelulusan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam.
e) Sebarang komen mengenai isu-isu yang melibatkan agensi atau yang berbentuk serangan peribadi hendaklah dielakkan.
Kami berhenti pada (e) kerana rasanya ia bertepatan dengan isu di hadapan kita sekarang. Adakah Dr. Ilyani memberi komen mengenai isu yang melibatkan KKM? Ya.
Kami juga merujuk kepada seksyen 233 (1) Akta Komunikasi & Multimedia
(Rujuk Seksyen 233 (1) - Seseorang yang dengan menggunakan mana-mana kemudahan rangkaian atau perkhidmatan rangkaian atau perkhidmatan aplikasi secara sedar (i) membuat, mewujudkan atau meminta-minta; dan (ii) memulakan penghantaran, apa-apa komen, permintaan, cadangan atau komunikasi lain yang lucah, sumbang, palsu, mengancam atau jelik sifatnya dengan niat untuk menyakitkan hati, menganiayai, mengugut atau menggangu orang lain;
Dr. Ilyani telah menggunakan perkataan songsang, seks bebas. Adakah komen tersebut menganiaya? Tidak. Mengugut? Juga tidak. Menggangu orang lain? Juga tidak. Adakah ia menyakitkan hati? Mungkin, kepada golongan LGBT. Ia sangat subjektif.
Komen tersebut juga tidak lucah, tidak mengancam, tetapi adakah ia palsu, sumbang atau jelik? Sekali lagi ia merupakan satu persoalan yang sangat subjektif. Mungkin, kepada golongan LGBT.
Perlu disedari bahawa Perlembagaan kita menjamin kebebasan hak untuk bersuara, tertakluk kepada undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen. Akta Komunikasi & Multimedia adalah termasuk.
Adakah Dr. Ilyani boleh disiasat di bawah Seksyen 233(1)? Mungkin ya.
Adakah beliau wajar disiasat atau didakwa? Kami berpendapat tidak perlu kerana;
1. Kenyataan Dr. Ilyani bersifat peribadi dan tidak dilakukan dalam kapasitinya sebagai warga KKM tetapi sebagai individu biasa sahaja memandangkan beliau tidak meletakkan jawatan beliau di akhir surat terbuka terbabit.
2. Kenyataan beliau tidak mengancam dan menggangu gugat ketenteraman awam. Awam hendaklah didefinisi merangkumi semua golongan dan tidak hanya terhad kepada golongan LGBT sahaja.
3. Hak kebebasan bersuara di bawah Artikel 10 Perlembagaan perlu dilihat secara keseluruhan di sini, dan perlu dihormati.

APA KAITAN DENGAN HIPPOCRATIC OATH?
Oleh: Dr Tanaka Mustafa
1) Point nombor 1 Dr Illyani kata, sebagai seorang doktor, dia tak iktiraf amalan seks bebas apatah lagi songsang. Apa yang silapnya sampai kamu nak suruh delete point 1? Tak ada dia cakap discriminate sesiapa dalam point 1 tu.
2) Point nombor 2 Dr Illyani tanya Marina Mahathir, adakah Cik Marina setuju yang geng yang mendominari carta HIV adalah daripada komuniti LGBT? Dia tanya setuju kat dak. Tak komen pun kan point nombor 2 ni?
3) Point nombor 3, Dr Illyani tegaskan, yang dia TIDAK DISCRIMINATE mana pesakit walaupun daripada LGBT, dan tetap memberikan rawatan terbaik kepada mereka. Dr Illyani tanya dalam point 3, hak apa yang Marina Mahathir perjuangkan sebenarnya? Hak untuk puak LGBT mendapatkan perubatan dan khidmat kesihatan tak diganggu pun. Kat mana pula dikatakan dicriminate sampai kamu suruh delete point nombor 3 tu?
4) Saya ulang baca point 1-3 Dr Illyani, tak ada pun beliau discriminate mana-mana pesakit atau LGBT. Apatah lagi sampai nak langgat Hippocratic Oath bagai. Point nombor 3 tu dah terang-terang dia cakap tak discriminate.
5) Dia nak guna 'as a doctor' pun tak ada masalah. Awat kamu takut sangat kaa kalau doktor sendiri yang speak the truth? Dia nak cerita yang dia tak discriminate pesakit dan tetap beri rawatan kepada pesakit walaupun LGBT. Dia tu sebagai apa duk rawat orang? Sebagai bomoh ka apa? Mesti laa sebagai doktor. Awat mangkaq sangat sampai doktor pun tak boleh nak mengaku sebagai doktor?
6) Point nombor 4, mengenai LGBT tak dibenarkan derma darah, Doktor seberang laut sana nuu tak mau komen pulak. Betoi ka dak LGBT tak boleh derma darah? Kalau betoi, polisi KKM sendiri dah discriminate awal-awal lagi. Tak bising pula.
7) Point 5,6 dan 7 adalah point sebagai orang awam yang normal dan mahu kehidupan normal. Tak perlu ulas, doktor seberang laut pun tak komen.
8 ) Point nombor 8, saya setuju yang Dr Illyani tak perlu sebut. Sebab geng LGBT bukannya paham pun. Geng liberal pun alergik dengan point nombor 8. Saya banyak kali debat dan tengok debat antara Atheist dgn orang agama, kalau bagi point bumi Tuhan saja, depa akan gelak mengekek.
9) Kesimpulannya, semua point Dr Illyani tu tak ada masalah pun dengan Hippocratic Oath dan tak ada diskriminasi pun. Yang hangpa duk serang sangat Dr Illyani tu sebab dia Islamist? Bertudung labuh?
10) Harap Menteri Kesihatan yang bagus dan warak tidak lembik tengkuk terhadap tekanan yang mahu Dr Illyani dikenakan tindakan tatatertib. Kami yakin Menteri Kesihatan lebih baik daripada Menteri Pendidikan dan Menteri Agama.
Sekian.

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej