Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Tuesday, August 21, 2018

KHUTBAH ARAFAH BUKAN MEDAN MENYAMPAIKAN NARATIF LIBERAL DEMOKRATIK BARAT



KHUTBAH ARAFAH BUKAN MEDAN MENYAMPAIKAN NARATIF LIBERAL DEMOKRATIK BARAT
1. Saya menyaksikan rakaman khutbah Arafah yang disampaikan oleh Menteri Agama sehingga habis (pautan video di komen pertama). Terasa jelik apabila YB menteri agama sanggup menggunakan medan Arafah yang mulia untuk memaksa para jemaah haji mendengar tajuk “kemanusiaan” yang disampaikan mengikut naratif LIBERAL DEMOKRATIK BARAT, yang disulam dengan ayat-ayat al-Quran dengan tafsiran yang sangat selektif!
2. YB menyebut perhimpunan di Arafah adalah perhimpunan atas dasar kemanusiaan. Sedangkan medan Arafah menghimpunkan semua manusia atas dasar AQIDAH! Dan itulah yang diulang-ulang dalam laungan TALBIYAH! Kerana aqidah yang satu, umat Islam menjadi umat yang satu, tidak membezakan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.
3. YB juga cuba menggambarkan seolah-olah berlaku diskriminasi yang sangat teruk di Malaysia; bangsa lain ditindas dan diinjak-injak, umat Islam di Malaysia tidak tahu menghormati bangsa dan agama lain. Sungguh pelik gambaran ini!
4. Ayat-ayat al-Quran pula digunakan untuk mengukuhkan naratif yang cuba dibawa. Lalu YB menyebut bahawa Islam adalah “Risalah Insaniyyah.” Sedangkan antara tema utama al-Quran adalah TAQWA. Bahkan dalam ayat yang sering digunakan untuk tema “kemanusiaan” ini pun, iaitu surah al-Hujurat; 49:13, Allah menyebut;
إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ
“Sesungguhnya semulia-mulia kalian di sisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa di antara kalian.”
5. Menanggapi sikap menyulam ayat-ayat suci al-Quran pada naratif kefahaman LIBERAL DEMOKRATIK BARAT, saya memetik kalam Amirul Mukminin Ali bin Abi Tolib;
كلمة الحق أُريد بها باطل!
6. Wahai YB, sempena keberadaan di Tanah Haram yang penuh barakah, bertaqwalah kepada Allah! Jangan jadi munafiq!
-----------------------------
Untuk rujukan, rakaman khutbah YB Mujahid :




No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej