Betapa bahayanya 'play-save', menyebabkan seseorang itu terlibat dengan agenda kebatilan.
Rupa-rupanya di dalam peristiwa Badar, terdapat sebilang muslim yang terbunuh sedangkan mereka menjadi tentera musyrikin.
Mereka muslim, tetapi menyembunyikan prinsip Islam mereka. Bimbang kepentingan mereka diganggu oleh Abu Jahal. Mereka mahu hidup selesa, enggan berisiko.
Apabila diarahkan berhijrah, mereka buat 'donno', kononnya bimbang Abu Jahal mencula mereka sebagai pengikut Nabi. "Kalau kantoi habislah kita" sangka mereka.
Tiba-tiba tercetus perang Badar, mereka dikerah sebagai tentera musyrikin. Mereka pergi atas alasan "Kami semata-mata mengikut arahan" atau alasan "jaga periuk nasi" dan seumpamanya.. Mereka tidak fikir soal survival Islam. "Yang penting aku selamat. Islam nak jadi apa, jadilah".
Allah mendedahkan dialog malang mereka dengan para malaikat setelah mati dalam surah al-Nisa ayat 97.
Sememangnya Badar merupakan hari pemisahan antara benar dan batil. Sekaligus membunuh golongan muslim yang khianat terhadap agamanya sendiri.
Ust Muiz
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej