MUNAFIQIN SEGERA BERGABUNG DENGAN MUSUH
Oleh : Abdul Mu'izz Muhammad
Di dalam lipatan sirah, terdapat perbezaan logik yang dipegang antara para sahabat yang setia berbanding golongan-golongan yang khianat (munafiqin).
Apabila Islam dikepung dan diramalkan kalah, para sahabat yang setia bersungguh-sungguh mengukuhkan kedudukan agar perkiraan kalah bertukar menjadi menang. Ketika tekanan datang dari segenap penjuru, mereka dengan optimis berkata :
"Inilah janji Allah dan Rasulnya..."
(Surah Al-Ahzab, ayat 22)
Manakala golongan yang khianat (munafiqin) dengan segera bergabung dengan musuh atas alasan mengelakkan diri dari kekalahan. Pelik bukan? Sedangkan realitinya tindakan mereka hanyalah menggandakan kebarangkalian kekalahan Islam.
Sedari awal, antara pengikut yang setia dan golongan yang khianat, mereka berpegang dengan logik yang cukup berbeza.
Bahkan mereka berbeza dalam memahami definisi kemenangan.
Moga Allah hancurkan Ahzab Moden. Amin.
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej