PAS Tak Perlu Jadi Erdogan
Oleh: Dr Azman Ibrahim
Bila tengok rakyat Turki bangun mempertahankan kerajaan Erdogan dari kudeta tentera, maka ramailah yang bersuara supaya PAS juga berubah menjadi seperti parti AK pimpinan Erdogan. Dipertahankan oleh rakyat dengan darah dan nyawa. Katanya lebih baik jadi parti yang tidak bercakap Islam tetapi dipertahankan oleh rakyat daripada menjadi parti bernama Islam tetapi ditolak oleh rakyat dalam pilihanraya.
Kalau ada lagi mana-mana kudeta yang berhasil ditumpaskan rakyat di mana-mana negara lain, orang seperti ini akan bercakap supaya PAS ikut stail parti yang memerintah negara tersebut pula.
Begitulah kelompok ini akan terus menjadi lalang tanpa identiti dan prinsip perjuangan. Pergi berjalan seminggu ke Turki, dia balik dengan berdegar-degar bawak idea orang Turki, pergi pula 5 hari ke Tunisia, dia balik dengan idea-idea made in Tunisia. Pergi ke Mesir, terpikat pula dengan cara Mesir!
Inilah antara ciri kegagalan kita memahami realiti perjuangan di bumi sendiri. Ianya munasabah kerana biasanya yang bersikap dan berpandangan sebegini ialah individu yang tak berpijak di alam nyata. Politik alam maya serta politik persepsi menjadi aqidah. Realiti masyarakat Turki nak diukur dengan orang Malaysia.
Dilaung-laungkan bahawa parti AK banyak mempelopori program-program kebajikan untuk rakyat maka kerana itu mereka disayangi rakyat. Saya sekadar nak test, "doh wat mari pitih sikit nak buat kebajikan dalam kampung. Ramai orang susah hok kita kena tolong. Demo gi bagi sendiri tak apa. Kita tolong susun program." Kena buah ni dia terus diam.
Dikatakan PAS adalah parti slogan manakala parti AK tak berslogan pun, tapi berusaha untuk melaksanakan Islam. Haha... Hanya orang buta dan pekak saja yang kata PAS hanya berslogan tanpa perlaksanaan.
Mereka tak jumpa dengan fakta bahawa PAS adalah antara parti Islam yang paling berpengalaman dalam dunia dan menjadi rujukan gerakan-gerakan Islam dari seluruh dunia. Kalaulah mereka ada bersama ketika Ijtima Antarabangsa Perpaduan Ummah di Rusila dulu dan melihat bagaimana pemimpin-pemimpin gerakan Islam dari seluruh dunia duduk di sekeliling Presiden PAS mengajukan persoalan tentang pelbagai permasalahan dunia lalu mendengar penjelasan Tuan Guru dengan penuh ketekunan.
PAS bukannya parti rigid yang menolak perubahan. Manusia memang perlu serta wajib berubah. Tetapi ada sesuatu yang tak mungkin diubah oleh PAS. Islam sebagai dasar perjuangan!
share
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej