Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Monday, July 4, 2016

DAP PAKAR PERSEPSI

DAP PAKAR PERSEPSI

1997 dahulu, mungkin kita kagum dengan sosok Lim Guan Eng yang berjaya ditonjolkan sebagai seorang pembela gadis melayu bawah umur dalam satu kes rogol. Kes tersebut membuatkan LGE dipenjarakan. Viral cerita keberanian LGE berhadapan tindakan mahkamah kerana mempertahankan hak asasi wanita. Beliau disanjung ramai pihak yang menelan mentah cerita terbabit.

Rupa-rupanya cerita itu palsu. Dia bukan dipenjara kerana mempertahankan perempuan tersebut, sebaliknya kerana mencetak dan menyebarkan risalah tuduhan terhadap Tan Sri Rahim Tamby Chik kononnya beliau merogol perempuan tersebut. Dap juga disaman Rahim menyebabkan mereka terpaksa meminta maaf dan menarik balik tuduhan yang tersebar di media.

Hebatkan permainan persepsi? Yang salah boleh nampak benar hanya kerana lawannya dianggap lebih jahat dari mereka. Sebelum masuk alaf baru lagi, Dap sudah mengajar rakyat dengan politik persepsi. Sebelum media sosial menjadi mainstream rakyat lagi, Dap sudah membawa budaya buruk ini di kalangan rakyat independen.

Bukanlah saya bermaksud mahu membela Rahim Tamby. Tetapi barulah saya faham kenapa Tentera Kacang Merah (Red Bean Army) diam tidak membela langsung Dap dengan hujahan menafikan pembelian banglo bawah harga pasaran itu. Kemungkinan mereka sedang merangka satu persepsi baru terhadap KM Penang seandainya mahkamah memutuskan keputusan yang tidak menyebelahi beliau nanti. Persepsi yang bakal menggambarkan KM dizalimi hingga menggelapkan isu sebenar banglo mewah tersebut.

Apapun natijahnya nanti, kita serahkan semuanya kepada kebijaksanaan pihak mahkamah. Berikan kepercayaan kepada pegawai pengadilan walaupun kita tidak 100% setuju dengan sistem kehakiman tinggalan penjajah ini. Saya yakin mereka akan berusaha bersungguh bagi mencapai keputusan paling tepat dengan peruntukan undang-undang yang ada.

Yang pasti, rakyat Malaysia tidak perlukan politik persepsi yang hakikatnya hanya mempermainkan kepercayaan rakyat. Malaysia perlukan politik yang telus, jujur dan matang. Rakyat Malaysia tidak mahu kejahatan dilawan dengan kejahatan serupa. Kalau belum menang pun sudah banyak menipu , bolehkah dijamin kita sebagai rakyat tidak akan ditipu lagi setelah mereka menang?

Biarlah kita kalah asalkan kita berpegang pada prinsip kejujuran. Lambat laun kebenaran pasti akan menang.

(Alang Ibn Shukrimun)

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej