Whatsap Saya

Jawatan Kosong Kerajaan & Swasta Terkini 2020

koleksi kitab

Wednesday, July 22, 2015

CONTOH-CONTOH BID'AH HASANAH


Dani Zaki shared your post.
57 mins · 
CONTOH-CONTOH BID'AH HASANAH YANG DILAKUKAN UMAT ISLAM SEJAK ZAMAN SAHABAT HINGGA KE SAAT INI.
1. membukukan Qur'an menjadi 1 mushaf (masa sahabat).
2. tarawih berjama'ah sebulan penuh dengan mengkhatamkan Qur'an (masa sahabat).
3. memberi tanda titik dan syakal pd Qur'an (masa tabi'in).
4. memberi istilah shohih, hasan, dhaif atau ahad pada hadith-hadith Nabi (masa tabi'ut tabi'in).
5. adanya ilmu nahwu dan sharof (masa bani umayyah).
6. adanya ilmu usul fiqh (masa Imam Syafii) dan perlu difahami oleh semuanya bahawa mashlahah mursalah adalah bahagian dari ilmu usul fiqh ini, jadi mashlahah mursalah adalah bahagian kecil dari bid'ah hasanah yg munculnya sejak zaman Imam Syafii. Jadi siapapun yg mengakui kebenaran mashlahah mursalah, maka dia pun mengakui kebenaran bid'ah hasanah, kalau dia konsisten menolak adanya bid'ah hasanah, pasti dia menolak adanya ilmu usul fiqh yg bererti juga menolak kebenaran dan adanya mashlahah mursalah ini.
Jika ada orang menolak kebenaran bid'ah hasanah, tapi menerima kebenaran mashlahah mursalah yg termasuk bahagian dari bid'ah hasanah, maka jelas ini namanya orang yg tidak konsisten atau boleh jadi dia memang tidak faham ilmu agama secara mendalam yg bahasa kasarnya "jahil masalah agama tapi sudah merasa paling tahu masalah agama"
7. dakwah melalui majalah, buku, surat kabar.
8. dakwah melalui radio, televisi dan internet (melalui blog atau FB).
9. dakwah melalui maulid nabi, tahlilan, yasinan.
10. belajar agama di madrasah ibtidaiyah, madrasah tsanawiyah dan madrasah aliyah secara klasikal dan bertahap.
11. belajar agama di madrasah2 selama beberapa tahun.
12. belajar agama di perguruan tinggi dengan masuk jurusan Pendidikan Agama Islam/Tarbiyah atau masuk jurusan Syari'ah atau masuk jurusan Bahasa Arab.
13. khutbah jum'at dengan memakai bahasa selain Arab
14. azan menggunakan speaker.
15. solat di atas lantai/sajadah.
Yang menolak bid'ah hasanah secara konsisten, maka dia pasti:
1. membaca Qur'an yang di suhuf/lembaran2 yg tanpa ada titik dan harakatnya.
2. baginya hadith hanya cukup disebut hadih atau sunnah, tidak perlu ada istilah sohih, hasan, dhaif atau ahad yg merupakan bid'ah hasanah yg dibuat oleh ulama'2 hadith.
3. tarawihnya cukup berjamaah 3 hari, dan hari berikutnya tarawih sendiri di rumahnya masing2.
4. tidak mahu belajar ilmu nahwu dan sharof.
5. tidak mahu belajar ilmu usul fiqh (sehingga tidak faham bahawa mashlahah mursalah adalah bagian dari bid'ah hasanah, kerana jelas di zaman Nabi dan sahabat sudah cukup dengan Qur'an dan Sunnah serta tidak memakai mashlahah mursalah).
6. tidak mahu mendengar radio, menonton tv, juga tidak boleh guna internet, lebih2 main FB yg merupakan karya dari non muslim.
7. tidak mahu sekolah dari peringkat rendah sampai atas, karena ini jelas bid'ah, yang mana mencukupi belajar agama hanya di masjid dengan cara membentuk halaqah2. (kerana Nabi Muhammad SAW memang tidak pernah sekolah sama sekali, dan kerana Nabi Muhammad tidak pernah sekolah, akhirnya mereka ittiba' pada Nabi Muhammad SAW dengan tidak bersekolah, kalau belajar agama di sekolah itu bid'ah).
8. kalau azan dia naik ke atas menara/tempat yg tinggi.
9. khutbah jum'at hanya dengan bahasa arab.
10. solatnya mesti di atas tanah/pasir sebagaimana Nabi Muhammad SAW dan sahabat solat di atas pasir, tidak pernah di atas lantai atau sajadah. Jadi solat di atas lantai atau di atas sajadah merupakan bid'ah dholalah yg blh menjadikan seseorang masuk neraka
Syukran :

No comments:

Post a Comment

Tinggalkan Mesej