Ayob Hussin shared Lie Gj Penang's post.
5 hrs ·
Wahai Kawan-kawanku..Wahai Saudara-Suadara2ku...
Wahai Seluruh Pengundi2 Umno...
Wahai Seluruh Pengundi2 Umno...
SAUDARA KAMI AHLI UMNO, MARI SERTAI PAS DEMI MASA DEPAN NEGARA
Kita mempelawa ahli-ahli UMNO yang masih sayangkan negara untuk sama-sama menyertai PAS demi kelangsungan kuasa politik umat Islam. Nyata sekali sudah tiada lagi harapan untuk sebuah kepimpinan yang bersih di bawah kepimpinan UMNO pada hari ini. Rombakan kabinet yang dibuat pada hari ini jelas sekali bertujuan untuk menyelamatkan Presiden UMNO sendiri dan bukannya untuk menyelamatkan negara.
Kita sangat yakin, jika ahli-ahli UMNO tidak mengambil tindakan segera untuk menyelamatkan masa depan negara hari ini, kita akan menyaksikan Malaysia akan terus ditadbir dengan pelbagai salah laku dan pemerkosaan terhadap wang milik rakyat.
Rakyat hari ini sudah menyaksikan bagaimana tegarnya Perdana Menteri bertindak hanya kerana persoalan demi persoalan yang dibangkitkan oleh ahli kabinetnya sendiri. Jika ahli kabinetnya sendiri pun tidak jelas dengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB0, apatah lagi rakyat biasa.
Hari ini PAS tegas dengan prinsipnya, pada kami dasar kami tidak berubah, cita-cita kami untuk membentuk Malaysia yang bebas dari kezaliman, Malaysia yang aman makmur dengan dasar yang tidak mengenepikan syariat Islam.
Kita mengajak ahli-ahli UMNO yang tentunya terkejut dengan perkembangan hari ini, tiada lagi alternatif untuk menyelamatkan negara kecuali bersama PAS untuk menyelamatkan negara.
AHMAD FADHLI BIN SHAARI
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 28 Julai 2015
Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan.
Bertarikh : 28 Julai 2015
No comments:
Post a Comment
Tinggalkan Mesej